Terbaru/News

Hin Yai & Hin Ta Pantai Lamai

Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini semakin bertambah. Antara destinasi yang sering dilawati adalah phuket, Bangkok dan Hatyai. Namun, tahukah anda selain daripada tempat tersebut, Thailand juga mempunyai banyak lagi destinasi menarik lain yang masih belum lagi anda terokai. Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti. Keindahan pulau serta pantainya sangat cantik. 
 @amazingthailand @bangkokairways @santaitravel 

 Syarikat penerbangan Bangkok Airways dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand telah membawa kami ke Koh Samui untuk melihat dan merasai sendiri yang sebenarnya Koh Samui juga mesra muslim dan mudah mendapat makanan halal di sana.

Pantai Batu Datuk dan Batu Nenek. (Hin Yai & Hin Ta)

-----------------------------------------------------------
destinasi seterusnya adalah yang dikunjungi adalah pantai Batu Datuk dan Batu Nenek yang terletak di Pantai Lamai 
Pantai berbatu ini amat popular di sini di mana terdapat batu yang menyerupai kemaluan lelaki dan wanita. 
Cukup ramai yang mengunjungi pantai berbatu ini dengan kemudahan gerai-gerai kecil untuk membeli cenderamata dan kraftangan.
kami sempat merasai kesedapan aiskrim kelapa yang unik menggunakan tempurung kelapa yang di isi kekacang dan aiskrim.
Alami keindahan semulajadi pantai berbatu yang unik sambil duduk berehat dan menikmati suasana yang segar. 











No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...