Terbaru/News

GAHARU TEA VALLEY

Pengembaraan kami ke negeri Perak 
#traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Perjalanan kami di Ipoh Perak yang sangat-sangat cantik dan kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Ipoh membantu perjalanan kami dan pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@myperodua
@Canon Marketing Malaysia
@888teacoffee
@Wangi World Malaysia

Seterusnya kami ke sini : 


Gaharu Tea Valley Gopeng


“Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula”. Pokok yang sangat tinggi nilainya.



kami sempat melawat Gaharu TeaValley Yang berada di Gopeng. Keluasan kawasan ini sebesar 300 ekar dan mempunyai 200 ribu pokok gaharu.


Kayu gaharu atau agarwood adalah kayu aromatik yang terbentuk di dalam pokok-pokok gaharu. Ia adalah produk yang berharga kerana ia dituai dari dalam pokok yang terbentuk apabila pokok itu "terluka" oleh jangkitan serangga, serangan kilat, atau suntikan.


Gaharu sangat berharga kerana wangiannya serta bagus untuk perubatan dan kesihatannya. 








Kami di jamu dengan air teh gaharu yang di katakan berfaedah dari segi kesihatan. Dikatakan bahawa teh yang dibuat dari daun Gaharu dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah, menurunkan tekanan darah, meningkatkan kualiti tidur,  sembelit, kembung perut, gout dan asma. Anti-kanser dan anti-penuaan juga dituntut.




Cuma Rm 10 anda dapat tour ke kawasan ini dengan menaiki van dan sememangnya cantik sesuai untuk agro pelancong di Malaysia







kami sedang mendengar penerangan mengenai pokok gaharu dan penjagaanya. Agak sukar untuk menjaga dan mendapatkan hasil gaharu yang berkualiti. Tetapi dengan usaha dan penjagaan yang baik pasti membuahkan hasil.










 Terdapat banyak spot bergambar di sini untuk anda bergambar bersama kawan-kawan dan keluarga.




Sejarah mengenai perubatan yang boleh di gunakan dari pokok gaharu sejak dahulu lagi oleh doktor dari Japan.





Pelbagai Produk yang di hasilkan di sini seperti Teh Gaharu, Gaharu Cookies, Gaharu Instan Mie, Gaharu, Soup Mix, Gaharu Nougat, Gaharu Oil / Fragrance, Gaharu Wood Chip dan lain-lain.










Terdapat bilik pameran yang mempunyai kepingan besar Gaharu  yang boleh dibeli dan harga yang menarik. 















Jika anda berpeluang kunjunglah ke sini bersama keluarga dan kawan-kawan  hayati keindahan serta pengalaman bersama pokok gaharu yang amat berharga ini.






14 comments:

  1. wah.. memang cukup menenangkan pemandangan kat sini! mural pada pokok tu nampak comel dan kreatif betul lah! haha

    ReplyDelete
  2. Baru CCL tahu kat gopeng perak ni ada Gaharu Tea valley , keadaan dan suasana yang hampir sama dengan cameron highland bezanya cameron kaya dengan teh , gopeng kaya dengan pokok gaharu di tanam berteres- teres . Salah satu tempat tarikan pelancong di negeri Perak ni

    ReplyDelete
  3. Malunya kita. Kita orang dekat Gopeng pun tak sampai gaharu valley lagi. Nantilah balik kampung sekali lagi nak jalan sini pulak

    ReplyDelete
  4. oh we been there before. with laneige malaysia team. nice place

    ReplyDelete
  5. Kalau pergi Perak boleh singgah sini

    ReplyDelete
  6. wow kat perak pun ada teh erk..bestnya

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tahu pun tentang tempat ni. Terima kasih atas perkongsian. Boleh masukndlm list tempat menarik di Perak yang perlu dikunjungi.

    ReplyDelete
  8. Banyak manfaat rupanya pokok gaharu..baru je tahu..padanla ada pepatah.."sudah gaharu cendana pula..hehehe

    ReplyDelete
  9. Nice info to me. Klu visit perak boleh singgah.

    ReplyDelete
  10. banyak juga khasiat teh gaharu ni. boleh cuba ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. First time dengar ada ladang gaharu kat Perak. Jadi dah tahu ke apa maksud peribahada gaharu tu?

    ReplyDelete
  12. Wah...ada teh gaharu? Baru tau..selalu ada pewangi dari gaharu ja

    ReplyDelete
  13. wow i sebenarnya sangat addicted dengan pokok gaharu sebab haruman dia memang boleh buat mental i jadi normal balik serious ! tapi tak sangka ada juga nama kedai tea gaharu ni, dia letak cebisan gaharu dalam tea ke ?Macam menarik rasa kena try ni ! :)

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...