Terbaru/News

SNICKERS OATS TERBARU ANDA PASTI SUKA

Rakyat Malaysia Kini Boleh Bertahan Apabila Perlu Menunggu Lama dengan SNICKERS Oats.

Sama ada sedang dalam perjalanan ketika waktu sibuk, menunggu untuk melakukan perniagaan, atau terperangkap dalam mesyuarat yang panjang, SNICKERS kini dapat membantu rakyat Malaysia dengan SNICKERS Oats baru, snek yang membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama dan mula berasa lapar! 



SNICKERS oats kini padat dengan oat dan digabungkan dengan rasa coklat mewah, karamel dan kacang yang amat dikenali penggemar SNICKERS. Ia juga merupakan snek yang sangat sesuai untuk pengguna yang berasa lapar apabila menjalani rutin harian yang panjang sama ada di tempat kerja, mengejar tarikh akhir untuk menghantar tugasan di universiti atau apabila sedang dalam perjalanan ke destinasi seterusnya. 



"Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan waktu menunggu terasa lebih lama dan salah satu daripadanya ialah berasa lapar. Akibatnya, kita akan berasa gelisah, tidak sabar, malah mungkin juga menjadi seseorang yang tidak begitu menyenangkan. Disebabkan rakyat Malaysia meluangkan purata satu jam semata-mata untuk perjalanan, ia bukan sahaja menjejaskan emosi tetapi juga menyebabkan banyak masa berharga hilang. 

Oleh itu, kami percaya SNICKERS Oats boleh membantu pengguna yang sering menunggu lama setiap hari untuk membantu mereka bertahan kerana ia adalah snek mudah yang boleh dinikmati sebelum waktu makan seterusnya," kata Yee Pek Kuan, Category Business Unit Director of Mars Developing Asia. 



SNICKERS Oats dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna, dengan memberi kenikmatan setiap kali dirasai, dengan rasa coklat dan kacang yang enak dan padat dengan oat Pengguna kini boleh bertahan apabila perlu menunggu lama dengan mendapatkan SNICKERS




SNICKERS Oats dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna, dengan memberi kenikmatan setiap kali dirasai, dengan rasa coklat dan kacang yang enak dan padat dengan oat. Pengguna kini boleh bertahan apabila perlu menunggu lama dengan mendapatkan SNICKERS Oats di mana-mana kedai serbaneka atau cawangan runcit di seluruh negara. 






SNICKERS Oats juga didatangkan dalam bungkusan kecil yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dan pasaraya hiper utama. Dari sekarang hingga 1 April 2018, SNICKERS Oats juga menawarkan hadiah-hadiah bernilai berjumlah lebih RM10,000 melalui peraduan dalam talian Snickers Oats Longest Hunger Story". 

Peminat yang berasa lapar boleh menyertai peraduan ini dengan berkongsi pengalaman bagaimana SNICKERS Oats membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama mengikut tema-tema mingguan. 



Mereka juga boleh memuat naik kisah mereka melalui Facebook Live atau video Instagram dengan menaip #SnickersoatsHungerStoryMY. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SNICKERS Oats dan peraduan dalam talian: 
Halaman Facebook Rasmi 

#Snickersoats HSurviveTheLongWait 

SNICKERS Oats juga didatangkan dalam bungkusan kecil yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dan pasaraya hiper utama. Dari sekarang hingga 1 April 2018, SNICKERS Oats juga menawarkan hadiah-hadiah bernilai berjumlah lebih RM10,000 melalui peraduan dalam talian Snickers Oats Longest Hunger Story". 

Peminat yang berasa lapar boleh menyertai peraduan ini dengan berkongsi pengalaman bagaimana SNICKERS Oats membantu mereka bertahan apabila perlu menunggu lama mengikut tema-tema mingguan. 

Mereka juga boleh memuat naik kisah mereka melalui Facebook Live atau video Instagram dengan menaip #SnickersoatsHungerStoryMY. 

Untuk maklumat lanjut mengenai SNICKERS Oats dan peraduan dalam talian: 
Halaman Facebook Rasmi 

#Snickersoats HSurviveTheLongWait 

15 comments:

  1. taksabar nak rasa yang oat ni, kalau yang biasa mmg sedap habis la haha. kejap lagi kena pi pasaraya harap harap ada lah

    ReplyDelete
  2. Memang feveret betul dengan coklat sneakers nie. Nak cari lah nanti ! Mana tahu kot-kot boleh menang wang tunai 10 ribu tu kan. Kaching !

    ReplyDelete
  3. Kalau nak beli energy bar mestilah Snickers! Bolehlah cuba perasa terbaru dengan oat ni. Gambar menariklah nak rebut Snickers tu. Hehe.

    ReplyDelete
  4. Looks very healthy! Maklumlah kalau nak makan chocolate kan selalu rasa resah takut ter-cheat bila diet ni kan. Tapi kalau ada yang oat ni, mesti rasa macam tak bersalah utk makan kan. hehe!

    ReplyDelete
  5. Wah snickers dah ada taste baru..snickers oat nih kalau makan confirm kenyang sebab ada oat kan.nanti nak try cari la dan rasa.sebab tak pernah rasa lagi snickers nih

    ReplyDelete
  6. Haritu ternampak yang oats punya ni dekat tesco
    Baru rupanya patut tak pernah tahu pun
    Nak beli xsempat haritu tapi nampak sedap memang kena cuba jugak

    ReplyDelete
  7. Baguslah ada oat sekali, sure tahan lapar lama sikit. Suka konsep marketing diorang. Makan snickers ni masa drive sebab rakyat Mesia memang spend byk masa utk drive, haha!

    ReplyDelete
  8. Kinah memang hantu coklat. Teruja pulak bila sneakers ada taste baru. Nanti nak cari la. Sedap kot

    ReplyDelete
  9. Snickers ni fav husband i...dia mesti akn spare snickers dalam bag dia kalau nak drive jauh2..habuan kunyah2 elak ngantuk...nnt boleh beli yg ni plak kt dia

    ReplyDelete
  10. omg ! saya memang suka makan snekar ! Tak sabarnya nak rasa sneaker oat ! lebih padat gitu hehehe dah keluar di pasaran ke?

    ReplyDelete
  11. Macam mana rasa dia? Ok ke macam energy bar. MAcam-macam eh makanan zaman sekarnag.

    ReplyDelete
  12. Wah macam best jer event ini, gempak korang play games during the event. I pun nak cuba snickers baru ini, yummsss.

    ReplyDelete
  13. Snickers is my favourite chocolate. So happy knowing they come out with oat flavour. I brings with me whenever I travel.

    ReplyDelete
  14. dah try dah snickers yg baru ni. Not bad, tapi emi lagi suka sneakers yg before ni. sbb mmg kurang gemar oats kot haha

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...