Terbaru/News

6 Tempat menarik di PULAU PANGKOR yang harus anda lawati.

Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan menjelajah serta meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda dilawati. Perjalanan kami ke Pulau Pangkor dengan pantai yang indah dan pelbagai aktiviti riadah di sana.


Perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam menaiki bas dari TBS terminal kuala lumpur menuju ke hentian bas Lumut daerah Manjung, Perak. Jika di Jeti Lumut perjalanan menaiki feri agak lama sedikit berbanding di Jeti Marina. 

Jika ke Pulau Pangkor 6 Aktiviti 
yang anda harus singgah atau lakukan jika ke Pulau Pangkor.



1. Melawat kawasan sejarah kubu Dutch Fort.


Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.  Bagi yang sukakan sejarah boleh singgah port Kubu Belanda . Kawasan runtuhan Kubu Belanda di baik pulih oleh Majlis Perbandaran Manjung. 









2. Batu Bersurat Pulau Pangkor

Terdapat batu bersurat lakaran dari orang belanda pada zaman dahulu yang meninggalkan lakaran yang pelbagai maksud.

 Anda boleh ke sini untuk maklumat lanjut.





3. Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM Pulau Pangkor.



Penghasilan ikan bumiputera iaitu Sate Ikan Pak Su Enterprise. 

Di sini terhasilnya pelbagai jenis keropok dan ikan kering yang anda boleh beli. Ikan di keringkan menggunakan sistem solar dengan teknologi terbaru dengan bantuan Sirim.







4. Kilang memproses kapal-kapal nelayan.

Mesti ada yang ingin tahu bagaimana sesebuah kapal dibina boleh anda melihat-lihat di kawasan sekitarnya.






5. Memberi makanan kepada burung Enggang.


Antara keunikan Pulau Pangkor adalah kawasannya mempunyai populasi burung enggang. Enggang di sini paruhnya berwarna putih berbeza dengan Enggang Sarawak. Kunjungi di hadapan Sunset View Chalet pada jam 6 petang. 

Anda berpeluang untuk memberi makan kepada burung berkenaan. Hanya tegak berdiri sambil angkat tangan menyepit pisang pasti burung enggang tersebut terbang disekeliling anda.











6. Masjid Al-Badr Masjid terapung.


Masjid Al-Badr yang tersergam indah ini telah dirasmikan setahun yang lalu dan apa yang unik adalah ia masjid terapung yang mempunyai 1000 selawat di dinding-dinding masjid ini. Menarik bukan? Singgah ke sini jika anda ke Pulau Pangkor nanti.






No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...