Terbaru/News

JOM SERTAI Sukarelawan Budaya Bersama JKKN


Jom sertai kami sebagai sukarelawan budaya.
Daftar sekarang di www.jkkn.gov.my
Pada 26, 27 MEI dan 2, 3, 9, 10 JUN 2018 JALAN RAJA DATARAN MERDEKA 
2.00 Petang Hingga 11.00 Malam
Tel : 03-2614 8200 8298 8263 8264 
Fb : @sukarelawan Budaya Jkkn.

Program ini mendekatkan sukarelawan dengan kerja-kerja kemasyarakatan bercorak volunteerism serta membangunkan sikap kesukarelaan minda kelas pertama dalam kalangan pencinta seni budaya di Malaysia.



Photo by JKKN




Photo by JKKN

Berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja telah menarik kehadiran pengujung tempatan dan antarabangsa sejak ia dilaksanakan enam  tahun yang lepas yang pada mulanya dilaksanakan 2012-2014 menerusi program Festival Ramadan dan dijenamakan semula Iftar@KL pada 2015. 

Iftar@KL 2016 telah berjaya menarik kehadiran orang ramai keseluruhannya seramai 17,250,600 orang merangkumi di lokasi, media, paparan blog dan media sosial oleh para blogger yang menulis tentang Iftar@KL 2016. Manakala kehadiran pelancong tempatan berjumlah 66,080 orang manakala seramai 16,520 orang pelancong luar negara yang terdiri dari pelancong timur tengah, negara Asean, Korea Selatan, China, Jepun, Sepanyol, Itali, Jerman, Belanda, Amerika Syarikat serta Perancis.

Manakala Iftar@KL 2017 pula menyaksikan peningkatan jumlah pengunjung sepanjang enam hari setiap hujung minggu sepanjang bulan Ramadan ialah seramai 93,588 orang pengunjung termasuk pengunjung luar negara seperti Brunei, Thailand, Singapura, Indonesia Kazakhstan, Korea Selatan, UAE, dan Kanada.

Bagi tahun ke-7 ini, Iftar@Kuala lumpur 2018 yang akan berlansung pada bulan Ramadan 1439H sebanyak enam kali pada tarikh 26 dan 27 Mei, 2 dan 3, 9 dan 10 (setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Urus setia telah berusaha melakukan penambahbaikan penganjuran oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Kemajuan islam Malaysia JAKIM. 

Iftar@ KL 2018 bertujuan untuk sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam disemarakkan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti. Urus Setia berusaha membawa Iftar@KL 2018 sebagai satu program keperluan pelancongan secara islamik dan platform menjadikan Kuala Lumpur sebagai Pusat Seni dan Budaya di peringkat Antarabangsa. 

Melalui program seumpama ini, umat Islam digalakkan untuk mengejar ganjaran dan kenikmatan bulan yang penuh berkat. kelainan pengisian IFTAR@Kuala Lumpur 2018, sebanyak 15 komponen pengisian aktiviti akan dilaksanakan oleh Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama Rakan Pengajuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kementerian Pertahanan Malaysia, Kewangan serta pelbagai agensi laitu Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI), Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan,  Masjid Jamek Kampung Bharu, Alam Flora, Food Truck Entrepreneurs dan Sukarelawan Budaya JKKN sertaVoluntourism di bawah  kementerian Pelancongan dan Kebudayaan iaitu penyediaan dan pengagihan bubur lambuk, Produk pakej umrah ,tadarus Al-quran, Sukarelawan, Klinik Tahsin Al-Quran, Jualan food truck, kaunter zakat, Terawih, Bicara Ramadan , Majlis Berbuka dan Moreh.
---------------------- 



Gambar sekitar Iftar @ Kuala lumpur pada tahun-tahun lepas.







Melalui program ini juga, akan dihiburkan oeh Kumpulan Nasyid Tanahair iaitu Kumpulan Raihan, Hijjaz, Unic dan artis nasyid yang lain manakala penceramah terkenal akan di jemput untuk memeriahkan majlis sepanjang iftar@kuala Lumpur 2018 iaitu Sahibul Samahah Datuk Dr. zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Ustazah Siti Bahyah Mahamood, YBhg Datuk Ustaz Kazim Elias,


YBhg. Ustaz Badlishah Bin Alauddin, YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dan PU Azman. 









JKKN ialah sebuah agensi di bawah Kementerian pelancongan dan Kebudayaan yang bukan sahaja menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia malah menyemarakkan nilai-nilai murni, semangat perpaduan, penyelidikan, kerohanian, dan mengetengahkan majis majlis Ilmu yang berlandaskan kecintaan kepada Negara. 

Melalui Iftar@Kuala Lumpur 2018, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni terutama masyarakat kota.


Jom sertai sebagai sukarelawan budaya.
Daftar sekarang di www.jkkn.gov.my

Tel : 03-2614 8200 8298 8263 8264 








No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...