Terbaru/News

KONSERT PERMATA SENI, Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur.


Konsert PERMATA Seni, Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur. Orang ramai berpeluang menyaksikan konsert Permata Seni: Menggilap Bakat Muda, Membentuk Generasi yang buat julung-julung kalinya diadakan secara terbuka di Panggung Sari, Istana Budaya pada 28 dan 29 April 2018 Konsert yang bertema "Menggilap Bakat Seni Anak Muda, 

Dbo




Bahagian Kebudayaan dan dengan kerjasama Kesenian Negara (JKKN) dan Istana Budaya, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC). Konsert ini melibatkan seramai 342 orang peserta yang membuat persembahan selama tiga sesi sepanjang dua hari diadakan. Persembahan sepanjang 1 jam 50 minit tanpa henti, konsert ini turut dihadiri tetamu kehormat iaitu Isteri Perdana Menteri merangkap Penaung Program PERMATA 
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. 


konsert ini adalah untuk menyerlahkan kehebatan anak-anak Malaysia yang telah digilap bakat mereka dalam bidang seni melalui program PERMATA Seni Selain itu antara kelainan konsert pada kali ini ialah memberi peluang kepada khalayak umum untuk menyaksikan persembahan anak-anak.





Berkonsepkan muzikal yang menggabungkan empat (4) segmen seperti Muda, Membentuk Hebat dan Gemilang dan Pewaris Seni ini menjalinkan elemen muzik nyanyian, dan lakon, serta disokong oleh unsur-unsur kekaguman seperti pencahayaan, mulmedia set dan prop, koreografi tari dan gubahan koir dan muzik yang mantap dan menghiburkan 

Dboy

Selain persembahan PERMATA Seni tersebut, barisan artis jemputan turut akan menyemarakkan lagi persembahan dan pementasan pada malam tersebut seperti Hael Husaini, Sheery Al-Hadad, Datuk Man Kida Datuk Syafinaz Selamat, Azrul Zaidi Raja Lawak dan adik Baihaiqi selaku dalang dalam persembahan wayang kulit Konsert percuma ini akan berlangsung pada jam 8.30 malam pada 28 April dan jam 3.00 petang pada 29 April. Pas-pas masuk telah diedarkan di Kaunter Box Office Istana Budaya mulai 25 April 2018 mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang




Pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diterima oleh PERMATA SENI dari pelbagai pihak dari dalam dan luar negara serta memberi manfaat kepada individu yang menyertai program ini selain secara berkumpulan yang mengangkat, memperkasakan jati diri, martabat seni dan budaya Malaysia ke luar negara serta mengharumkan nama baik Malaysia ke seluruh pelosok dunia. Tahniah kami ucapkan dan moga maju jaya.


PERMATA Seni telah dilancarkan pada tahun 2010 dan ditadbir urus oleh JKKN. PERMATA Seni terbahagi kepada dua program iaitu PERMATA Seni Muzik yang dikelolakan oleh Istana Budaya manakala PERMATA Seni Koir dan PERMATA Seni Tari dikendalikan oleh JKKN. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia Program PERMATA Seni di PERMATASENI@JKKN.  

Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Tel 03-88917194/5 
Faks 03-88917181 
Website: www.motac.gov.my 
Email: info motac.gov.my 
Platform Media Sosial Rasmi MOTAC: 
Facebook: @MyMOTAC dan @SayangMalaysia.motac Instagram: mymo tac dan sayangmalaysia.motac 
Twitter: mymotac dan sayangmalaysia3

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...