Terbaru/News

MENARA KUALA LUMPUR, Bufet Ramadhan Iftar Disyukuri, Ramadhan Diberkati.


[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bufet Ramadhan Menara Kuala Lumpur dengan tema Ramadhan Iftar Disyukuri, Ramadhan Diberkati. Menara Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pelbagai ktiviti menarik sepanjang bulan tersebut. Menyedari keistimewaan bulan itu, Menara Kuala Lumpur tidak ketinggalan untuk turut mengadakan Bufet Ramadan dengan bertemakan Ramadhan disyukur, Ramadan diberkati.

Harga Bufet Ramadhan.
Dewasa : RM128 
Kanak-kanak: RM78

Harga istimewa mulai sehingga 20 Mei  2018, 
Dewasa RM102  
Kanak-kanak RM62





Bufet Ramadan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim tetamu Menara Kuala Lumpur serta sanak saudara dan kawan-kawan ketika 'lftar @ berbuka puasa.

Tetamu Menara Kuala Lumpur dapat menikmati lebih daripada 80 jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat dan menyelerakan. 

Dbo

Sajian istimewa ini disediakan khas oleh rakan kerjasama menara kuala lumpur iaitu Restoran berputar Atmosphere 360 Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak. 

Para tetamu juga akan dihiburkan oleh kumpulan muzik dari Menara Kuala Lumpur yang berjenama baru iaitu The sky yang akan membuat persembahan setiap hari untuk menghiburkan para tetamu yang hadir Bagi Buffet Ramadan menawarkan 



Sajian istimewa pada tahun ini adalah Asam Pedas ekor lembu yang jarang-jarang dihidangkan dimana-mana restoran dan tidak lupa juga Kambing Golek serta pencuci mulut Serawa Durian yang pastinya dapat menepati citarasa setiap pengunjung ke Buffet Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada tahun ini. 















Setiap pembelian akan disertakan dengan sampul raya dan tiket percuma ke Pelantar Permandangan (observation Deck), Menara Kuala Lumpur.

Harga-harga yang di tawarkan amatlah berbaloi dan tiada tandingannya. Bagi menghargai para tetamu yang disayangi, setiap pembelian tiket Bufet Ramadan untuk 10 orang dewasa akan mendapat satu Bufet Ramadan PERCUMA untuk seorang dewasa.


Para tetamu juga berpeluang untuk berkunjung ke Pelantar Terbuka (sky Deck) dengan harga istimewa iaitu RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Menara kl menjanjikan pengalaman Mesra Keluarga dengan kemudahan- kemudahan yang ada seperti ruang solat yang selesa dan lain-lain lagi.

Jumpa anda di Menara Kuala Lumpur pada bulan Ramadan ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-20205444 www.menarakl.com.my

Menara Kuala Lumpur :
Jalan Puncak Off Jalan P. Ramlee, 50250
Kuala Lumpur.



No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...