Terbaru/News

COWAY RUN 2018

Coway Run akan membuat kemunculannya kali ke dua kali ini.
Coway (M) Sdn Bhd, Coway Run 2018 akan menampilkan tema "Beat the Heat" yang akan diadakan pada 7 Oktober 2018 di MAEPS di Serdang. Berpeluang mendaftar pada awal lagi bagi bersama-sama memeriahkan Coway Run kali ini.




Bukan sahaja Coway Run 2018 menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan tetap terhidrat dan mengekalkan gaya hidup aktif, bertujuan untuk membawa semua pelari bersama-sama untuk menyokong sesuatu yang baik.

RM10 dari harga jualan tiket akan disumbangkan kepada Happy Water Project - satu program CSR Coway membantu menyediakan saluran air bersih kepada masyarakat Orang Asli di Pahang memandangkan sesetengah kawasan terpencil sukar mendapat bekalan air. Sasarannya 1 000 keluarga dalam masa 5 tahun. Sesuai la dengan julukan syarikat Coway sebagai 'pakar air' terutama dalam membekal air tulen.



Bersama Tetamu Kehormat Encik James Park, Pengarah Bahagian Perniagaan Global Coway; Encik Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway (M) Sdn. Bhd dan Encik Ryan Jung Tae Seung, Ketua Bahagian Komunikasi Bahagian Coway



Video Coway Run 2017 yang mendapat sambutan yang hebat.




Harga Tiket COWAY Run 2018

COWAY Run & masih mengekalkan kategori sama iaitu 5km & 10km bagi lelaki dan wanita. Hari ni hingga 18 Julai ada promosi ealier bird RM50 (5km) & RM55 (10km) sebelum kembali pada harga asal. Lihat promosi di bawah.
Selebriti fitness terkenal, Jordon Yeoh akan turut bersama di Coway Run. Apa yang menarik lagi Coway bakal membuat laluan khas seperti laluan direka dengan percikan air, mist tunnel dan wind tunnel. Pelbagai aktiviti seperti Korean Village , food truck, photo props dan live band untuk hiburan semua kepada pelari.


Untuk maklumat lanjut mengenai Coway Malaysia, sila layari https://www.coway.com.my/

#coway #cowayMy #Beattheheat #Cowayrun #CowayRun2018

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...