Terbaru/News

Lata Kolam Air Deru Ecopark , Jertih, Terengganu.

Pengembaraan kami ke Negeri Terengganu bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Lata Kolam Air Deru Ecopark , Jertih, Terengganu. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 

Jika anda tiba ke Negeri Terengganu yang kaya dengan budaya dan makanannya pasti anda teringin menikmati pulau-pulau cantik di Terengganu. 

Lata Kolam Air Deru Ecopark , Jertih, Terengganu menjadi tempat percutian yang menarik ketika ini di Terengganu.





Lata Kolam Air Deru Ecopark telah di bangunkan pada 3 tahun lepas. Pemilik yang merupakan anak jati Kg.La tidak pernah kenal erti lelah dan jemu berusaha untuk bangunkan kawasan seluas 7 hektar ini.


Lata Kolam merupakan hutan simpan yang kedua di Malaysia diberikan kepercayaan oleh pihak berwajib untuk dijaga dan diuruskan. 



Memang harus menjamu selera dengan sata dan Otak-otak, kalau ke Terengganu dan ia adalah salah satu makanan yang popular selain keropok lekor.







Antara kabin dan penginapan yang di sediakan di sini. Anda jugak boleh berkemah dan memasang hammock dengan suasana dingin di malam hari.


Bahagian dapur untuk memasak bagi yang menginap bersebelahan kabin.


Ruang bilik di kabin



Tapak perkhemahan disediakan dengan kadar sewa hanya RM5 semalam dengan kemudahan yang lengkap seperti tandas, elektrik dan paip air bersih.













Aktiviti memanah turut juga di sediakan dan Lata Kolam turur membuat kelas bagi sesiapa yang berminat.




Lata kolam terdapat 3 fasa:
Pengkalan Satu  
sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil untuk mandi manda
 
Pengkalan Suri 
untuk dewasa kanak-kanak perlu ada pengawasan orang dewasa

Lata Kolam
untuk dewasa dan permainan water sliding di sini.





Pengunjung juga boleh menyewa basikat Mountainbike dan Atv untuk merasa pengalaman yang menarik melalui denai-denai dan laluan mencabar sekitar kawasan Lata Kolam.












Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kesejukkan air terjun yang cukup dan cantik ini. Pengunjung di sarankan agar berhati-hati ketika mandi-manda.



Selain bermandi-manda pengunjung juga dapat melakukan aktiviti air dan water sliding di sini. Tunjuk ajar dan bantuan akan di sediakan bagi tujuan keselamatan.













Air Deru Archery Combat Tag
Memang sesuatau yang baru di Malaysia dan menarik dan dapat menguji kehandalan peserta dalam acara memanah.












Hidangan malam yang menarik  ketika kami berada di sini, jangan risau terdapat kedai makan di sini yang boleh anda nikmati dan minum petang.



Pada Penggemar Kambing Golek Rakyat Kelantan Dan Terengganu. Tercari cari katering kambing golek dagingnya empuk dan lembut. Boleh lah mencuba katering ONEFENDY KAMBING GOLEK
Untuk tempahan kambing golek.
sila whatsapp
www.wasap.my/+60103933921










Dikir Barat Suara Harmoni Sri Manar, Besut.
sempat kami di hiburkan dengan kumpulan dikir barat dan penduduk kampur sekitar yang sama-menikmati hidangan malam kali ini.




suasana dingin di pagi hari dan tiba masanya untuk pulang membuatkan saya turun untuk merasakan kesejukan air di Lata Kolam.











Sebelum pulang kami sempat bergambar bersama-sama dan pastinya kenangan berada di Lata Kolam ini tak dapat dilupakan dan pasti akan kembali lagi.






Biru jernih air cantik sangat 
Seronok boleh pergi bersama cuti-cuti nanti. 
Tenangkan fikiran dan terima kasih kerana teruskan menjaga keindahan alam!

Lata Kolam Air Deru Ecopark , Jertih, Terengganu.







LATA KOLAM ECO PARK
https://facebook.com/AirDeruEcopark/
https://www.instagram.com/latakolam_ecopark/
No untuk di hubungi :
Kaswadi: +6013.9276998
Syahrin: +6013.9178633
Dyana: +6019.6931662


#LataKolamEcoPark
#LataKolam
#AirDeruEcopark
#EcoTourism
#ATV
#BeautifulTerengganuMalaysia
#Terengganu
#TravelogueMalaysia
#TravelogueTerengganu



Terima Kasih Premia
ASTAXANTHIN Premium Eggs.






No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...