Terbaru/News

Indobowl Cafe Sungai Besi

Kali ini ingin kami kongsikan makan tengahari terbaik dan menarik di Indobowl Cafe Sungai Besi. Jika anda berhampiran dengan area sini jom kita singgah merasai menu menarik mereka.



Semua telah abam cuba dan yang abam paling suka sekali adalah Indomie Salted-Egg Chicken dan Indomie Cheesy Chicken Chop. Perghhh sedap!!!



Konsep IndoBowl Cafe ni lebih kepada santai dan sangat sesuai untuk lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Dekorasi ruang cafe yang menarik dan hiasan dinding yang cantik sesuai untuk anda bergambar. 





Penuh dengan hiasan dan perabot yang jarang di lihat menanti anda. Pelbagai jenis frame gambar jugak menarik perhatian kami.






IndoBowl Cafe memberi peluang peminat indomie menjadiakan ia satu makanan yang sesuai di makan waktu tengahari dan untuk seisi keluarga. Anda bayangkan indomie dengan campuran ayang dan daging yang mewah.




Indomie Salted-Egg Chicken - RM11.90 
 Indomie Salted Egg Chicken menjadi pilihan kami semua sebab sedap dan menarik. Gabungan indomie dengan salted egg chicken, isi ayam yang lembut disalut dengan telur masin yang sedap macam makan udang butter.



Indomie Cheesy Chicken Chop - RM14.90
 Indomie dengan cheesy chicken chop memang sedap dan berjaya menarik perhatian dengan rasa keju yang pekat dan unik.


IndoMie Dendeng/Ayam Balado - RM10
IndoMie yang dihidangkan bersama ayam grill style Madura, berserta campuran sos istimewa menjadi pilihan ramai.



Mumbo Jumbo Seafood Soto – RM39.90
Portion sangat besar untuk 2-4 orang makan dengan pelbagai seafood dan ayam. Pastikan anda betul-betula lapar untuk hidangan besar ini.


Kombinasi menarik bersama-sama indomie yang harus anda cuba. Jangan ketinggalan untuk merasai menu enak ini. Anda boleh follow mereka di social media:

Instagram: @indobowlcafe
Facebook: IndoBowl
Indobowl Cafe, 72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur


No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...