Terbaru/News

Trend Baru Dalam Teknologi Pintar Bersama Taiwan Excellence

Trend Baru Dalam Teknologi Pintar

Bersama Taiwan Excellence



Memperkenalkan masa hadapan bandar pintar, pembuatan dan hiburan dengan 92 produk yang terpilih.


Taiwan Excellence yang sekian lama mewakili keunggulan inovasi Taiwan dan Pavilion Taiwan Excellence di Taiwan Expo 2018 mempersembahkan pratonton pantas masa depan pintar melalui 92 produk inovatif dari 37 jenama.





Ekspo Taiwan 2018 di Malaysia yang berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menampilkan beberapa produk terbaik Taiwan. Pada tahun ini Pavilion Taiwan Excellence yang berada di barisan hadapan inovasi Taiwan memberi tumpuan kepada pembangunan bandar pintar, pembuatan dan hiburan




 Antara produk bernilai tinggi yang dipamerkan adalah yang berkaitan dengan rumah pintar, pengangkutan pintar, industri 4.0, e-sukan, dan sebagainya.

Pengunjung juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian pintar ADVANTECH dan Techman robotik serta banyak teknologi lain yang menarik ketika pameran berlangsung. Selain daripada menjadi platform untuk mempamerkan teknologi terkemuka di Taiwan, pavilion Taiwan Excellence bertujuan untuk membina peluang kerjasama yang lebih besar antara Malaysia dan Taiwan.








Dianggarkan sepertiga rakyat Malaysia terlibat dalam permainan e-sukan, dan pameran ini juga akan memberi tumpuan kepada pasaran e-sukan yang berkembang pesat di Malaysia. Pengunjung ke pavilion Taiwan Excellence akan berpeluang merasai pengalaman bersama produk terbaru dari jenama permainan terkemuka termasuk ACER, ASUS, MSI dan GIGABYTE. Rakaman permainan VR yang memenangi anugerah MSI’s 2018 Taiwan Excellence Silver Award-winning VR gaming backpack dan juga alat dengar mainan Mixed Reality (MR) yang dibangunkan antara Acer dan Microsoft pasti akan menjadi tarikan utama pada acara itu. 












Pameran ini akan dimeriahkan lagi dengan kejohanan e-sukan yang dianjurkan oleh Taiwan Excellence di sepuluh kolej . Perlawanan akhir akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Ice Sunway Pyramid, di mana pasukan yang bertanding berpeluang memenangi hadiah sehingga RM130,000. Kedua-dua acara itu akan mempamerkan produk e-sukan yang paling inovatif serta menjadi salah satu acara utama bagi kalender e-sport Malaysia.

Taiwan Excellence telah membuat kemunculan di Malaysia pada tahun ini dengan pelbagai aktiviti yang telah mendapat sambutan hebat serta maklum balas positif. Ia termasuklah pameran besar-besaran di Pavilion KL pada bulan Mei dan ARCHIDEX 2018 pada bulan Julai. Selepas Taiwan Expo 2018, Taiwan






Excellence akan mengambil bahagian dalam Batik Fun Walk 2018 pada bulan November bagi membawa jenama Taiwan Excellence lebih dekat lagi dengan rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Taiwan Excellence, sila layari laman web rasmi di

https://www.taiwanexcellence.org/my 
Facebook di taiwanexcellence.MY

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...