Terbaru/News

Gabungan Zee Avi Dan Njwa Konsert Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019

Gabungan Zee Avi Dan Njwa Konsert sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019 


Menggabungkan dua (2) orang penyanyi wanita dengan cita rasa muzik yang tinggi serta ada stail tersendiri dalam sebuah konsert seumpama menyajikan hidangan makan malam yang bermutu tinggi. Pihak penganjur, Showlab mempersembahkan Zee Avi dan Njwa dalam sebuah konsert khas sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Mac 2019. 




Dengan judul International Women’s Day With Zee Avi & Njwa, konsert ini bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Level 4, Putra World Trade Center (PWTC) pada 22 Mac 2019 ini.
 
Ternyata Zee Avi dan Njwa adalah nama yang cukup signifikan dan melambangkan hampir semua tentang kuasa wanita iaitu sentiasa inovatif dan kreatif dalam kerja mereka serta mempunyai manifesto yang seiring dengan kuasa wanita.
 



Zee Avi dan Njwa secara eksklusif menerusi International Women’s Day With Zee Avi & Njwa pada 22 Mac 2019 di PWTC, Jumaat malam, bermula pukul 8.45 malam, 
Konsert berdurasi 2 jam. 
Tiket-tiket berharga (Meet & Greet, RM388), 
(Diamond, RM288), (Platinum, RM228), 
( Gold, RM188), (Silver, RM128) dan (Bronze, RM88) 

Anda boleh mendapatkan tiket di https://airasiaredtix.com 
bermula 23 Januari 2018. 
\




Info lengkap mengenai konsert ini boleh didapati di:
Instagram: @showlabmy
Facebook: showlabmy 



No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...