Terbaru/News

Festival Ramadhan 2019 bersama Azadan Rabbani Dan Artis Tempatan Malaysia

Festival Ramadhan 2019 bersama Azadan Rabbani Dan Artis Tempatan.

Rabbani Resources yang dimiliki oleh Ustaz Azadan Rabbani dan En. Khairul Faisal buat julung kalinya akan menganjurkan Festival Ramadhan 2019. 

Festival Ramadhan 2019 akan bermula pada1 mei 2019 ini sehingga 1 jun 2019 bertempat di Star Avenue Subang Bistari. Star Avenue Subang Bistari akan kembali bergema dengan kunjungan orang ramai dengan adanya Festival Ramadan anjuran Rabbani Resources, rakan penaja dan dengan kerjasama pihak Star Avenue Mall


Pelbagai aktiviti menarik bakal dijalankan sepanjang program antaranya gerai jualan pelbagai produk persiapan hari raya seperti baju raya, hiasan wanita, perabut, barang kemas, produk kecantikan, barang elektronik, gajet, kuih raya, makanan kesihatan dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi Festival Ramadan @star avenue Subang Bistari menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian dibulan yang mulia ini antaranya, majlis berbuka puasa bersama anak yatim, solat terawih berjemaah, moreh, tadarus Al-Quran, bubur lambuk dan membuka kuanter Zakat fitrah.


Kemeriahan Festival Ramadan @star Avenue Subang Bestari pasti mengemparkan dengan kehadiran tetamu istimewa dan artis-artis Popular sepanjang zaman seperti Dato Nasir Wahab, Rohana Jalil,Siti Fairuz, Zaiton Samion, Farhan Af, Isma Af, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Raihan, Putra Fawazz.

Peluang terbaik untuk para pengunjung dan peminat artis kesayangan anda untuk membeli dan mendapatkan produk berjenama dengan harga istimewa seperti Baju melayu, Kurta, jubbah, tudung dan kuih raya di sepanjang Festival Ramadan @star Anvnue Subang Bistari.

Hadiah istimewa untuk pengunjung bertuah yang membeli belah di Festival Ramadan @star Avenue Subang Bistari akan mendapat  hamper raya. Cabutan bertuah akan diadakan pada setiap hari di sepanjang Ramadan kali ini.

Bagi rakan niaga yang ingin mendapatkan maklumat penuh berkaitan booth dan sebagainya boleh menghubungi  wakil kami di talian 01161329179 atau 01132621042.

Facebook : Instagram 
“Festival Ramadan”.

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...