Terbaru/News

KIWANIS-MBO Mega Movie Treats 3.0' raikan lebih 3,400 kanak-kanak di Malaysia.

Tayangan serentak khas untuk filem ‘Dumbo’ dianjurkan untuk kanak-kanak istimewa dan yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

 Salah sebuah rangkaian pawagam terbesar di Malaysia, MBO Cinemas bersama kumpulan NGO berfokuskan kanak-kanak, Kiwanis Malaysia, telah menganjurkan sebuah program amal khas untuk lebih dari 3,400 kanak-kanak berkeperluan khas dan yang kurang bernasib baik di seluruh negara.




Kembali untuk tahun ketiga, 'Kiwanis-MBO Mega Movie Treats 3.0' kali ini telah menganjurkan tayangan khas untuk filem Disney terbaru ‘Dumbo’ yang diadakan secara serentak di cawangan MBO Cinemas seluruh negara. Majlis pelancaran program amal ini telah berlangsung di cawangan MBO Cinemas terbaru di Atria Shopping Gallery dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk Kampung Tunku, YB Lim Yi Wei, yang disertai oleh Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran MBO Cinemas, Jamie Tiong, dan Gabenor Kiwanis Malaysia, Ivan Oh.




Tetamu khas lain yang hadir ke majlis tersebut termasuk Ibu Kiwanis yang juga isteri kepada pendahulu Tan Sri Khir Johari, Puan Sri Khir Johari; Timothy Chu, Naib Presiden JCI Malaysia; dan En Kamarul Hisham Bin Hj Yeop Hashim, ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).


Gabenor Kiwanis Ivan Oh berkata, "Kerjasama dengan MBO untuk membawa peluang ini kepada kanak-kanak bukan sahaja membawa senyuman dan sorakan hari ini, tetapi lebih penting lagi, ia membantu mencetuskan imaginasi dan untuk mereka membawa pulang nilai-nilai bermakna seperti saling menerima perbezaan atau berusaha sehingga kejayaan dicapai."

"Asas filem 'Dumbo' yang mengisahkan tentang seekor anak gajah yang dilahirkan dengan sepasang telinga yang amat besar, mempunyai pelbagai nilai positif seperti memupuk keyakinan diri dalam kalangan golongan berkelainan upaya untuk mencapai hasrat hidup dan kami berharap ia berfungsi sebagai penyuntik semangat kepada anak-anak istimewa ini," tambah Ivan.

Pengurus Besar Pemasaran dan Penjualan MBO Cinemas, Jamie Tiong, berkata bahawa MBO Cinemas gembira kerana berpeluang untuk memanfaatkan kedudukan pasarannya sebagai salah satu rangkaian pawagam terbesar di negara untuk membantu menambah nilai kepada masyarakat menerusi acara amal sebegini. 

 "Program amal yang dijalankan secara serentak di seluruh negara sememangnya memerlukan penyelarasan dan perancangan yang menyeluruh dan kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Kiwanis Malaysia sekali lagi dalam menjadikan acara ini satu kejayaan yang hebat. "Saya juga amat terharu apabila mendengar bahawa untuk beberapa kanak-kanak di sini, ini kali pertama mereka menonton wayang di pawagam. Kami harap mereka membawa pulang kenangan yang manis dari pengalaman ini," tambah Jamie.


Cawangan pawagam MBO Cinemas yang terlibat termasuk di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Ipoh, Skudai, Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi, Teluk Intan, Taiping, Kuantan, Kulim, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Program amal ini juga dijayakan oleh JCI Malaysia selaku rakan badan amal bersama Kiwanis Malaysia, manakala tajaan makanan dan minuman diberikan oleh penaja seperti Coca-Cola, Pizza Hut dan Dutch Lady.

Untuk maklumat lanjut layari :

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...