Terbaru/News

Majlis Pecah tanah dan perasmian SCland sebagai EMHub dan Emporis dianugerahkan bersama sebagai Hub E-Commerce SITEC Pertama

Majlis Pecah tanah dan perasmian SCland sebagai EMHub dan Emporis dianugerahkan bersama sebagai E-dagang (Hub E-Commerce) SITEC pertama oleh YAB Tuan Amirudin bin Shari, Dato 'Menteri Besar Selangor.




Anugerah disampaikan oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari kepada Pengerusi Alcom, Dato’ Seri Subahan Kamal.

Inisiatif kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebagai hab 
E-dagang global serta Bandar Pintar yang menggalakkan lebih banyak peluang dan kemajuan dalam ekosistem ekonomi digital yang kondusif.


Projek EMHub yang terletak di Selangor Science Park 1 Kota Damansara Selangor dibangunkan oleh SCland Developement Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah Alcom Group Berhad.

Projek bernilai RM600 juta berkeluasan 9.4 ekar dengan 6 tingkat hub perdagangan dijangkakan akan siap pada tahun 2022. Pembangunan dua buah blok (Hub 1 dan Hub 2) dan 6 tingkat ini boleh menempatkan 247 unit kedai runcit serta pejabat yang akan dibuka untuk jualan. EM Hub 1 mula dijual dengan harga bermula RM800,000 berkeluasan 2,196 hingga 4,014 kaki persegi.

Rekaan inovatif EMHub yang cukup versatil menggabungkan pejabat duplex, bilik pameran duplex dan gudang duplex sesuai untuk pelbagai jenis perniagaan. Keluasan setiap unit adalah 2,196 kaki persegi dan 4,014 kaki persegi bergantung kepada aras unit tersebut.


Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia sebagai langkah baharu bagi Selangor mengorak langkah ke hadapan dalam perniagaan runcit baharu, di mana Online to Offiline (O2O) dan Penggabungan Online dengan perniagaan Offline (OMO) semakin meningkat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Pengerusi SITEC, Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Eksekutif SITEC, Yong Kai Ping atas usaha memastikan usaha komprehensif serta menggalakkan pendekatan bersepadu antara Kerajaan Negeri, pemaju hartanah juga pemain utama dalam ruang digital.

“Saya harap anugerah pertama yang diterima ini dicontohi oleh komuniti perniagaan dan menjadikan hab ini sebagai pintu masuk kepada ekosistem digital”


Pengerusi Alcom Group Bhd Datuk Seri Subahan Kamal berkata “bahawa EMHub merupakan ruang terbaik untuk syarikat dan Perusahaan Kecil serta Sederhana (PKS) yang berminat untuk menyebarkan perniagaan mereka kepada e-dagang. Apatah lagi EMHub menyediakan segala kemudahan e-dagang contohnya sokongan jalur lebar optik berkelajuan tinggi, memastikan keselamatan sepanjang masa, bekalan tenaga yang stabil dan banyak lagi”.


Projek EMhub telah menerima Sijil Hab E-Dagang dari Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (SITEC). 
Membolehkan EMHub sebagai pusat penyelesaian sehenti yang dilengkapi kemudahan kepada penjual untuk memiliki kedai, bilik pameran dan pejabat di bawah satu bumbung sambil mengendalikan perniagaan mereka secara dalam talian di Emporis.



SITEC akan memainkan peranan penting dalam memudahkan ekosistem ekonomi digital di pusat sehenti e-dagang itu. Merangkumi gerbang pembayaran, logistik dan program pembangunan bakat yang berkaitan dengan e-dagang termasuk latihan.

Untuk maklumat lanjut layari:


No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...