Terbaru/News

Pelancaran single terbaru dari Putra Fawwaz

Pelancaran single terbaru dari Putra Fawwaz yang melancarkan 3 lagu terbaru. Pertama kali menyanyikan lagu di atas pentas bersama artis- artis lagenda tanahair menonton adalah satu peluang keemasan yang ada. Sokongan dari ibu tersayang Dato' Rohana Rahman pengasas Najwa Beauty menambahkan lagi semangat dan sokongan artis-artis lagenda.


Bekas pemain drum sebuah band merebut peluang apabila diperkenalkan oleh Syed Wafa kepada komposer popular S.Atan. Nyanyian lagu irama Pop balada ini sesuaikan dengan keunikkan suara beliau.


Muhammad Izwal Fawwaz bin Abdul Talib atau Putra Fawwaz, 23 tahun ingin menjadi seorang penyanyi yang berbakat seterusnya bercita-cita menjadi seorang Penyanyi Rock.

Putra Fawwaz telah pun melancarkan 3 buah lagu terbaru genre Pop Balada ciptaan Komposer popular S. Atan iaitu Gerimis Musim Rindu, Bertabahlah dan Bukan Cinta Sedulang Permata.

Baru-baru ini Putra Fawwaz ditemubual oleh para media semasa pelancaran lagu beliau yang dihadiri oleh artis-artis lagenda seperti Zaiton Sameon, Siti Fairuz, Rozita Rohaizad dan ramai lagi. Beliau juga menyampaikan lagu terbaru beliau buat pertama kalinya di atas pentas dan disaksikan oleh para artis dan tetamu. Putra Fawwaz di bawah pengurusan Rohana Productions.


No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...