Terbaru/News

GEGAR GEMPAK RAYA 2019

GEGAR GEMPAK RAYA 2019 
FESTIVAL SHOPPING RAYA TERBESAR RAYA TERBESAR & TERPANJANG 72 JAM TANPA HENTI 72 JAM TANPA HENTI

Berita baik bagi Warga Selangor terutamanya di Bangi, Kajang dan Putrajaya serta Kuala Lumpur, festival Gegar Gempak Raya 2019 iaitu festival 72 Jam Tanpa Henti bakal memeriahkan Tapak Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) bermula jam 12.01 pagi pada 24 Mei 2019 (Jumaat) dan berakhir jam 12.01 pagi pada 26 Mei 2019 (Isnin). 





Sila Set Kalender tarikh tersebut untuk datang beramai-ramai membeli-belah bagi persiapan sambutan raya di Festival Shopping Raya yang Terbesar dan Terpanjang ini.

Festival yang dbawakan khas oleh syarikat Pengurusan Acara, Aisy Azka Event Management Services akan menampilkan 44 selebriti popular tempatan yang teridiri daripada pelakon, penyanyi dan instafamous dengan booth jualan mereka. 

Menurut Encik Anuar Mohd Azmi, Pengarah Urusan Aisy Azka Event Management Services, penganjuran festival GGR2019 ini berperanan sebagai satu hentian yang menyediakan semua kemudahan keperluan menyambut lebaran Aiditlfitri dibawah satu bumbung. Konsep yang dibawakan adalah beramal sambil berniaga iaitu memudahkan masyarakat setempat membeli persiapan raya dan dalam masa yang sama membantu para usahawan yang terlibat meningkatkan ekonomi pendapatan mereka.

Sewa tapak perniagaan yang ditawarkan adalah tidak terlalu tinggi berbanding tapak festival sempena lebaran yang lain. Dengan lebih 200 jenama pakaian, perfume raya, biskut raya, hiasan rumah, barang keperluan dan bermacam-macam lagi, dapat memenuhi keperluan keperluam setempat serta menafaat kepada peniaga dan pengunjung dalam persiapan menjelang hari raya. Di harap karnival ini menjadi titik permulaan usahawan untuk bergerak lebih jauh dalam perniagaan.

Selain aktiviti jualan, festival Gegar Gempak Raya 2019 turut menyediakan FIESTA TRAK MAKANAN yang akan turut berkampung selama tiga hari berturut-turut bermula jam 4 petang sehingga 5 pagi sepanjang festival. Dengan kehadiran lebih 150 buah trak makanan, festival ini juga akan membuat percubaan memecah rekod bagi HIMPUNAN TRAK MAKANAN (Largest Foodtruck Gathering) bawah MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR). 

Festval ini juga MESRA IBADAH, memberi manafaat kepada pengunjung dan usahawan yang ingin menunaikan terawih berjemaah selain dari berbuka puasa piknik bersama keluarga. Pihak kami menyediakan khemah besar yang boleh memuatkan 400 orang jemaah untuk solat terawih. Selain itu, kami menjemput uztaz yang berbeza untuk mengimankan solat terawih sepanjang berlangsungnya karnival ini. Kami juga turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk perkhidmatan buggy untuk wanita hamil, golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.



Menurut Encik Anuar lagi, GGR2019 turut memperkenalkan slot aktiviti kemasyarakatan iaitu GGR KONGSI KEBAHAGIAN pada 25 dan 26 Mei 2019 dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh orang awam seperti aktiviti rawang penyedian bubur lambuk, memasak rendang dan menganyam ketupat. 

Untuk menghangatkan lagi suasana, festival ini turut disertai lebih 44 artis dan selebriti media social yang terlibat sebagai peniaga seperti Zain Saidin, Rosita Che Wan, Alif Satar, Ernie Zakrie, Izzue Islam, Nabil Ahmad, Syamel, Black Hanifah, Sharnaaz Ahmad, Nina Iskandar, Noraniza Idris, Elyana, Ezzaty Abdullah, Ayu Damit, Zaiton Sameon, Zulin Aziz, Reyhana, Arja Lee, Zoey Rahman, Roslan Shan dan ramai lagi.



Dalam kita bergembira untuk menyambut hari raya, festival Gegar Gempak Raya 2019 tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Pada hari terakhir festival, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa bagi meraikan warga emas dan orang kurang upaya
(OKU).

Selain itu, setiap satu peratus daripada sewaan tapak perniagaan di festival GGR2019, akan dermakan ke tabung rumah kebajikan terpilih. Encik Anuar berharap dengan lokasi dan kedudukan MAEPS yang sangat strategic akan memberi menafaat kepada para pengunjung dan peniaga dan beliau juga berharap festival GGR ini akan menjadi acara tahunan kelak.



Sekali lagi, jangan lupa berkunjung ke festival Gegar Gempak Raya 2019 72 Jam Tanpa Henti anjuran Aisy Azka Event Management Services yang akan bermula jam 12.01 pagi pada 24 Mei 2019 (Jumaat) dan berakhir jam 12.01 pagi pada 26 Mei 2019 (Isnin) di Hall A, Tapak Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS).

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...