Terbaru/News

eCurve Serlahkan Bakat di K-Heat Kpop Talent Show

 eCurve telah menganjurkan festival negara Korea sempena cuti sekolah baru-baru ini demi peminat setia K-drama, K-Pop dan K-fashion di Malaysia.




Pertandingan K-Dance dan K-Sing merupakan antara tarikan utama K-Heat Kpop
Talent Show 2019. Pertandingan K-Dance telah dihakimi oleh Choi Ssaem, Sachie
Amira, yang merupakan penyanyi, penulis lirik serta ahli kumpulan TigaSoul; Iylia Anis,
ketua kumpulan Kueendom dan juri selebriti istimewa, Mix, ketua kumpulan tarian Brute
serta pemenang pertandingan Kpop International Dance Cover.






32 buah kumpulan telah berentap di dalam pertandingan yang cukup mencabar ini. Peserta diadili berdasarkan pergerakan tarian dan ketepatan gerak tari berserta kreativiti dalam persembahan.






Bagi pertandingan K-Sing, 36 orang peserta telah menyertai dan bersaing hebat. Peserta pertandingan K-Sing diadili berdasarkan kebolehan menyanyi, personaliti serta sebutan semasa menyanyi oleh Choi Ssaem, Sachie Amira dan Iylia Anis.





Gina Long Ahmad, Pemangku Pengurus Kompleks, berkata, “Kepada mereka yang berminat menunjukkan bakat mereka, K-Heat Kpop Talent Show 2019 merupakan peluang untuk mereka menunjukkan bakat! Ia menjadi pentas untuk mereka mengasah bakat dan mengasah serta memupuk kerjasama antara ahli pasukan. Ianya turut bagus sebagai platform bertemu kenalan baharu di kalangan mereka yang mempunyai minat yang sama."



Bermula 9 hingga 18 Ogos 2019, eCurve telah menganjurkan Kolours of Korea Festival
2019, di mana peminat fanatik Korea boleh menikmati pelbagai barangan, makanan
serta persembahan bertemakan Korea. Pengunjung turut menikmati pelbagai
permainan tradisional Korea, barangan eksklusif serta makanan sepanjang kempen
berlangsung.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai K-Heat Kpop Talent Show dan kempen Kolours of
Korea Festival 2019 eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan di 0 3-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di
www.facebook.com/eCurveMall.

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...