Terbaru/News

KONSERT KUGIRAN MASDOR SEMPENA SEMARAK MERDEKA NIGHT RUN 2019

Kami ingin berkongsi dengan anda sempena dengan sambutan Bulan Merdeka dan juga Hari Malaysia,  Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 akan dianjurkan pada 15 September ini bertempat di Universiti Malaya yang bakal memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati dan menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 62 tahun ini.




Apa yang menariknya kali ini,  penglibatan Kumpulan Kugiran Masdo sebagai “Rakan Artis Larian Semarak Merdeka Night Run”  yang terkenal dengan lagu lagu bertemakan kugiran 60an bakal memeriahkan dan membakar semangat anak anak muda dalam menghayati sambutan kemerdekaan dan juga sambuatan Hari Malaysia .


Penglibatan Kugiran Masdo adalah sebagai salah satu cara mereka menghayati kemerdekaan  dan menzahirkan rasa cinta pada Negaraku Malaysia dengan bersama sama mengajak anak anak muda dan generasi muda Malaysia bersama sama meraikan sambutan Hari Merdeka dan Malaysia dengan semangat cintakan negara dengan penuh iklas dan tulus.


Kepada peminat Kugiran Masdo pelbagai hadiah khas dan  “limited edition “ bakal di berikan,  antaranya seperti   100 slot khas “ Seisi Meet & Greet” semasa hari acara , Medal Larian Limited Edition Masdo , Tshirt Khas Larian dengan Tandatangan Masdo akan diberikan kepada mereka yang bertuah jika mereka mendaftar untuk Larian Semarak Merdeka Night Run 2019.
Acara Semarak Merdeka Night Run 2019 kali ini bertemakan “Glow In The Dark” dan juga bakal menonjolkan pengisian yang bercirikan kejayaan Malaysia sejak era 60an hingga sekarang.

Antara yang menarik adalah dendangan Lagu lagu Patriotik, persembahan seni rakyat dan Persembahan “LED Colours Of Drum “ yang akan memainkan lagu lagu Patriotik.

Terdapat 3 kategori Larian iaitu 3K untuk “ begginers & family run, 5KM –Patriot Run, 10KM Vision Run.  Terdapat hadiah misteri seperti Pakaian Beragam Terbaik bakal di menangi oleh peserta larian.



Selain berlari bersama Masdo peserta Larian juga bakal berlari dengan beberapa selebriti tanahair  lain seperti Keena Mentor, Taufik Hanafi Paskal, Arman Ma, Zarina Maharaja Lawak, dan lain lain lagi.

Acara Larian ini juga turut menawarkan hadiah cabutan bertuah melebihi RM 20 ribu ringgit.
Gerai pameran dan jualan dan  food truck juga turut disediakan kepada para pengunjung pada hari acara nanti.

Untuk menyertai Larian Semarak Merdeka Night Run 2019 sila layari link :
https://sportsevents.asia/event/semarakmerdekanightrun

Jom jangan berlengah lagi, sama-sama kita menghayati bulan kemerdekaan yang lebih bermakna lagi.

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...