Terbaru/News

Savio Riana Dutamas Kediaman menarik dan lengkap di Segambut, Kuala Lumpur

Baru-baru ini kami berkesempatan bersama mengunjungi majlis meraikan tamatnya fasa pembinaan struktur yang terakhir Savio Riana Dutamas. UM Land Berhad dan rakan kerjasamanya, FCW Holdings Berhad, pemaju bersama Savio telah menganjurkan sebuah majlis yang cukup meriah di atas bumbung bangunan tersebut bagi meraikan penyiapan kerangka bangunan Savio "Multi Generational" Suites.


Terletak di kawasan Segambut yang pesat membangun, Savio merupakan pembangunan pertama daripada tiga fasa pembinaan Riana Dutamas, sebuah menara 37 tingkat yang memiliki nilai pembangunan kasar RM565 juta. Sehingga ke hari ini, ia telah mencatat kadar pengambilan 90 %. Dengan harga mampu milik, lokasi, pengangkutan terbaik dan proposisi nilai, tidak hairanlah jika projek ini berjaya menarik minat dari pembeli rumah serta pelabur hartanah. Pembinaan 1,018 unit Savio yang dijangka siap pada 2021 itu kini mengikut jadual.








"Kami sangat teruja untuk mencatat pencapaian ini dengan pembangunan Savio yang bermula sejak Januari 2018. Selari dengan komitmen dan rangka masa, kami berjaya menyiapkan kerja-kerja struktur Savio sehingga ke tingkat yang teratas dalam tempoh 19 bulan. Perkembangan projek yang positif ini disumbang oleh kerjasama rapat di antara pasukan UM Land dan FCW Holdings. Bersamping dengan rakan kami Setiakon Builders yang bertungkus-lumus untuk membawa kami hingga ke tahap ini," kata Pengarah Urusan UM Land Berhad, Encik Edward Chong.






Turut hadir di majlis meriah ini lalah Ketua Pegawai Eksekutif UM Corporation Berhad, Dato' Soam Heng Choon; Pengerusi FCW Holdings Berhad, Tan Sri Robert Tan; Pengarah Ekskutif FCW Holdings Berhad, Dato Anderson Thor Poh Seng dan Pengarah Urusan Setiakon Builders Sdn. Bhd., Dato' Kuan Ah Hock.



Terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah segi tiga Emas Kiara Utara, Savio mempunyai akses melalui banyak jalan dan lebuh raya berdekatan. Ini termasuklah Lebuh Raya DUKE, Lebuh Raya SPRINT, Lebuh Raya PLUS, Lebuh Raya NKVE, Jalan Segambut dan Jalan Kuching, sekali gus menjadikan kawasan ini mudah diakses dari lokasi lain di Lembah Klang. Kemudahan tersebut ditingkatkan lagi menerusi ruang pejalan kaki ke Stesen KTM Segambut yang menghubungkannya dengan KL Sentral.






Direka agar sesuai dengan setiap generasi pembeli rumah, dari pembeli rumah kali pertama hingga pembeli matang, pembeli individu hinggalah multi-generasi, pelabur novis dan berpengalaman, Savio merupakan realiti terbaik tentang hidup, bekerja dan bermain di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, UM Land dan FCW Holdings juga berjaya memastikan pembangunan ini mampu dimiliki. Pada masa yang sama ia juga memenuhi impian setiap lapisan pembeli-terutamanya pembeli rumah pertama dan golongan profesional muda.





"Riana Dutamas adalah ikon daripada kerjasama kami yang membolehkan kumpulan UM Land bersama-sama rakan kerjasama kami, membangunkan kawasan Segambut. Selain menambah nilai ke atas landskap Segambut dengan menawarkan kediaman yang mampu milik, praktikal dan selesa bersama kemudahannya sendiri dalam satu lokasi yang tidak dapat ditandingi dari segi pengangkutan dan kemudahan- kemudahannya. Dengan pembangunan Savio, kami yakin ia akan meningkatkan lagi aspek kepelbagaian kawasan ini. Sekali gus mencipta satu gaya hidup yang lebih holistik kepada penduduk dari pelbagai generasi," jelas Dato' Anderson mengenai masa depan Segambut.







"Kami sangat gembira dengan jumlah jualan Savio dan ia menjadi bukti terhadap nilai serta potensi projek ini. Melihat kepada kadar pengambilan hingga ke hari ini, kami menjangkakan Riana Dutamas mampu meningkatkan pemintaan ke atas hartanah kediaman di Segambut," kata Encik Edward.

Pembangunan itu dikelilingi oleh kejiranan terkenal seperti KL Metropolis, Bukit Tunku, Mont' Kiara, Sri Hartamas dan Dutamas. Demi memenuhi impian seluruh rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri, Riana Dutamas menawarkan lebih daripada sekadar hubungan yang rapat dengan rakan-rakan dan keluarga





Kejiranan ini memang ideal untuk mereka yang ingin tinggal dekat dan gemar berada berhampiran dengan pusat bandar, lokasi-lokasi popular dan kemudahan-kemudahan di bandaraya demi memenuhi keperluan penduduk dari semua aspek. Ini merangkumi institusi pendidikan yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa hingga ke ruang-ruang gaya hidup. Kemudahan- kemudahan berdekatan termasuklah pusat membeli-belah seperti Publika, Hartamas Shopping Centre,Sunway Putra Mall, Suria KLCC dan Pavilion. Pusat bandar Kuala Lumpur hanyalah sejauh 7km.



Pembangunan yang padat dengan kemudahan ini disasarkan kepada individu, keluarga muda, golongan profesional, mereka yang baru berkahwin dan ibu bapa yang anak mereka sudahpun tidak tinggal bersama. la menawarkan beberapa jenis susun atur bermula dari unit pangsapuri satu hingga tiga bilik tidur dengan keluasan 653 hingga 1,177 kaki persegi bagi memenuhi keperluan setiap peringkat kehidupan. Kemudahan yang ada termasuklah kolam renang infiniti, taman berlandskap lengkap bersama "cabana", bilik gim, dek "lounge", ruang jakuzi, gelanggang futsal dan dewan serba guna. Savio juga menyediakan kemudahan lot parkir berbumbung bertingkat dan rondaan keselamatan sepanjang masa.



Riana Dutamas ialah sebuah pembangunan bersepadu bercampur di atas tanah pegangan bebas seluas 16 ekar di Segambut yang pesat membangun. la terdiri daripada enam buah blok kediaman servis, ruang pejabat dan kedai. Keseluruhan GDV projek ini adalah sekitar RM1.5 bilion.

Untuk maklumat lanjut mengenai Savio @Riana Dutamas,
kunjungi Galeri Jualan Riana Dutamas di Jalan Segambut atau layari laman web: www.rianadutamas.com 

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...