Terbaru/News

Saksikan Konsert HausBoom 2019 Bakal Berlansung Bersama Artis Hebat

Set tarikh anda dan jom sertai Konsert HausBoom 2019 akan dilancarkan dengan skala yang lebih besar di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC) bermula jam 4 petang hingga 10 malam. Pasti anda akan terhibur dengan konsert pelbagai aktiviti



Konsert yang bakal menghimpunkan lebih 7,000 penonton itu membariskan Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerha Ska Cinta, K-Clique dan Budak Nakal Hujung Simpang. Gabungan unik antara rock, hip hop, reggae dan ska ini bakal mencipta sejarah tersendiri dengan bersatu di atas sebuah pentas yang gah, bersama ribuan penonton yang bakal hadir.





Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi, konsert berskala besar yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat menarik seramai mungkin rakyat Malaysia terutama golongan muda yang menantikan gabungan unik ini.



Setelah hampir setiap tahun menganjurkan konsert, kali ini ia akan berlangsung dengan kapasiti yang lebih besar dan meriah. Apa yang pasti, gabungan ini sememangnya ditunggu-tunggu ramai setelah kami mengambil kira setiap maklum balas peminat dan pencipta muzik yang menginginkan artis kegemaran mereka bersatu di atas satu pentas.



Acara yang mampu memuatkan 7,000 penonton itu bakal dimeriahkan dengan persembahan demi persembahan selama tujuh jam sekali gus membuatkan penonton teruja dengan seleksi lagu yang dipersembahkan nanti dan menjamin konsert akan menghidupkan lagu-lagu popular dan dewan akan bergema nanti.

( Tiket boleh di beli pada Jumaat 15 Oktober di aplikasi TicketApps)
-Harga tiket - Early Bird RM30 - Pintu Masuk RM60 - Rock Zone RM100


Pastikan anda membeli awal kerana hampir 1000 tiket telah terjual lebih kurang 3 jam sejak mula di jual.

Barisan para artis yang akan membuat persembahan sempena Konsert HausBoom Music 2019
💿Ella 💿Bunkface 💿Hujan 💿Gerhana Ska Cinta 💿Pop Shuvit 💿K-Clique 💿Budak Nakal Hujung Simpang





Kepada mereka yang belum cuba minuman terbaik Hausboom korang boleh terjah ke mana-mana 7e, my news.com, stesen Petronas dan banyak lagi. Perisa Roti Bakar pun menarik untuk korang enjoys!

 





Jom sama-sama memberi semangat  kepada industri tempatan kita agar bertambah maju di masa hadapan. Tahniah Hausboom yang memberi peluang kepada anak-anak muda menyerlahkan lagi bakat mereka,

Untuk maklumat lanjut layari laman web dan sosial mereka :
Facebook: www.facebook.com/Hausboom
Instagram: www.instagram.com/Hausboom
Website: www.hausboom.com

#hausboommusicconcert #hausboommusicpresent s#hausboommusic19 #inilagiboom #hausboommusic #Musicparty #KonsertHausBoomMusic2019 #konsert #ella #bunkface #hujan #gerhanaskacinta #popshuvit #budaknakalhujungsimpang #kclique #Dboystudio

2 comments:

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...