Terbaru/News

IyerWeng yang mempersonakan bersama awan nano di Betong, Selatan Thailand

Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan bolehdikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran inisemakin bertambah. Perjalan Malaysia ke Phuket, Thailand bertambah dekat dengan adanya penerbangan terus, keretapi dan bas dari Malaysia. 

Kali ini kami menjelajah ke Selatan Thailand bersama rombongan media anjuran Kelab Keamanan Selatan Thailand (SPMC) dan Persatuan Media Selatan Thailand (STMA) ke lima wilayah di Selatan Thailand dengan kerjasama Smile Vision Holidays, Khalifakota Travel danTourism Authority of Thailand (TAT) bagi mempromosikan Betong, Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla. 

Thailand terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong dengan terkenalnya pusat barangan murah, aneka makanan moden dan tradisonal serta masyarakat tempatannya yang lemah - lembut dan peramah. Bagi yang suka pada keindahan alam tak lengkap pula jika tidak singgah ke IyerWeng. 

Pemandangan alam yang indah menarik pengunjung ke sini. Pada ketinggian 2085 meter paras laut anda dapat melihat kabus di sekitar bukit di sini.





Sebelum dapat bergambar lawa-lawa macam nie kena la mendaki sedikit anak tangga untuk mendapat port yang lawa macam ini. 






























Mari kita saksikan video pendek ketika kami mendaki ke sini.




Anda dapat menyaksikan awan kabus yang berkepul-kepul muncul seperti lautan yang putih seperti kapas.



Awal pagi lagi kami mendaki tangga untuk berada di spot menarik melihat lautan kabus ini. Anda harus berhati-hati ketika mendaki dan pastikan membawa lampus suluh ketika di awal pagi.

16 comments:

  1. Cantiknya .. nice shoot gambar2 tue .. dengan kabus lagi . Cantik tau pemandangan .. sapa cakap dalam malaysia takde tempat- tempat yang cantik kan

    ReplyDelete
  2. Nampak macam berlantaikan awan je dari atas tu. Cantik sangat2 pemandangan. Dekat sini ke yang boleh berkhemah tu? Suhu mesti sejuk kan kalau pagi2 dah kena mendaki tu.

    ReplyDelete
  3. wah.. kalau tengok gambar kotang berada kat tempat tinggi tu mesti sejuk kan udara nya? Yang paling best pemandangan dari atas puncak .. mesti nampak kehijauan alam.. alahai.. bestnya. tapi TB tak berkesempatan pun nak ber aktiviti mcm korang huhu

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pemandangan! Seronok betul kalau dapat join aktiviti macam ni. Bila pergi ramai2 lagi seronok

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pemandangan. Boleh plan untuk next visit ke Thailand.

    ReplyDelete
  6. Wahhh cantiknya permandangan kat sana dengan kabus yang jelas nampak.. Tinggi pulak nak mendaki xleh tengok tempat tinggi gayat rasa hahahaha

    ReplyDelete
  7. cun gilerrr... suka aku tengok gambar-gambar masa matahri terbit.dari tempat tinggi lak tu.. terbaik

    ReplyDelete
  8. Masya Allah , ciptaan Allah semua nya indah . Seronok dapat naik puncak , boleh tengok pemandangan . Lagi seronok dapat pergi ramai ramai .

    ReplyDelete
  9. Wahh lawanya gambar2! Tak dapat join hari tu sebab clash dengan trip lain. Moga2 nanti dapatlah sampai ke sini juga. Hihi

    ReplyDelete
  10. Subahanallah cantiknya pemandangan. Rasanya encik suami pernah pegi tmpt macam ni tapi tak pasti samada ini tempatnya, view macam sama :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  11. Cantiknya view die. Tinggi tinggi macam tu sure sejuk dia sampai ke tulang kan. Seronoknya ada pengalaman macam ni

    ReplyDelete
  12. i never heard of this place - iyerweng but the scenery looks stunning!

    ReplyDelete
  13. Indahnya pemandangan..best betul korang yang dpt pi trip ni...syok weh...sesuatu yg indah terpahat di hati kan?

    ReplyDelete
  14. lawanya pemandangan dekat sini. bestnya teringin lama dah nak ke thailand tapi tabung trip tak cukup2 hahaha

    ReplyDelete
  15. Cantiknya permandangan kat sini..untung berpeluang ke tempat camni kan...

    ReplyDelete
  16. Thailand memang tempat yang menarik bukan sahaja dari segi makanan tetapi kaya dengan permandangan yang cantik

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...