Melaka Tropical FRUIT FARM
Melaka Tropical Fruit Farm destinasi pertama kami singgah untuk merasai apa aktiviti yang boleh kami lakukan dia sana. Sebelum melakukan aktiviti lasak dan mendaki sempat la abam dan kawan-kawan makan durian dahulu.
Tiket masuk:
Dewasa RM7
Kanak-kanak RM5
Tiket masuk sambil menikmati buah-buahan.
RM60/pax unlimited buahan + durian
RM40/pax unlimited buahan tanpa durian
Bermula sudah episode Borakkita.com menjelajah selatan Johor bermula 26-31 Januari ini.
Kekal follow hastag #TravelogueMalaysia untuk perkembangan kami
Melaka Tropical Fruit Farm menawarkan pelbagsi aktiviti menarik untuk anda antaranya : Mini zoo, Taman herba, Aktiviti jungle tracking, Aktivti lasak, Sukan air dan tradisional serta banyak lagi.
Sesuai bagi korang nak merasai suasana dusun sambil makan buah tempatan. Malah Melaka Tropical Fruit Farm amat popular sebagai tempat untuk melakukan team building.
Musim terbaik untuk menikmati durian adalah dari bulan Julai hingga september. Pihak Melaka Tropical Fruit Farm juga membuat Fiesta Buah-buahan bila tiba masanya untuk di buka jualan kepada orang ramai. Ketika inilah sambutan yang luarbiasa dari penduduk luar dari Melaka.
Terima kasih kepada @sittytravel kerana menjadi penaja perjalanan kami kali ini. Apa yang perlu diketahui lebih banyak#traveltips untuk anda.
Pihak MTFF mengadakan aktiviti bolasepak bendang yang jarang-jarang sekali dapat dilihat pada hari ini. Sesuatu keunikan yang ada disini yang patut di cuba permainan tradisional suatu ketika dahulu.
Kami berpeluang untuk memasuki ke kawasan ternakan puyuh dan belajar secara dekat lagi bagaimana penghasilan telur-telur burung puyuh.
Pengalaman bersama kawan-kawan memang tak dapat di lupakan dengan melakukan aktiviti flying fox dan water rafting.
Aktiviti Jungle trackking yang memenatkan tetapi mengujakan dapat melihat keindahan hutan dan perkara-perkara baru.
Terdapat juga mini zoo yang menempatkan haiwan-haiwan seperti ostrish , rusa , kuda dan arnab. Masa begini boleh mengambil peluang untuk memberi mereka makan.
Apa anda tunggu lagi? Rancang perjalanan anda ke destinasi seterusnya. Segala maklumat tambahan Melaka Tropical Fruit Farm boleh ke website mereka.
Melaka Tropical FRUIT FARM
Melaka Tropical FRUIT FARM Facebook
https://www.facebook.com/melakatropicalfruitfarmMTFF/
Bestnya fruit farm. Pernah pergi fruit farm kat balik pulau pulau pinang je. Leh try ke sini pulak...
ReplyDeleteAlahaiiii.. Bestnya tengok durian tu. Puas lah dapat makan buah-buahan. Kalau pergi melaka boleh lah singgah sini.
ReplyDeletebest yer makan buah-buahan tempatan yang segar.
ReplyDeleteeh..ni kalo pergi sini cnfirm tamau balik.aktvt tu yg best.. buah buahan pon.Hilang stress
ReplyDeletewah macam menarik je , durian tu tak tahan penuh menyelerakan !
ReplyDeleteBestla baca pengalaman korang. Buah durian betul-betul mengugat selera.
ReplyDeleteWowwww best ni. Siap boleh makan durian lagi ha.. Menarik. Bolehlah masuk dalam list nanti
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ReplyDeletebestnya dapat makan buah fresh baru petik dari pokok kat sini. banyak juga aktiviti yang boleh dilakukan di sini. memang kena pergi ni
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Pergh best betul..berbaloi dengan harga dan aktiviti yang dibuat
ReplyDeletewah baru tahu tempat ni////bestnya doriyannnn
ReplyDeleteBookmark! hehe.. syok ni camping camping.. tq untuk entry ni.
ReplyDeleteBestnya ada aktiviti macam ni. Lagi best kalau gi gan kenkawan yg sekepala..sure happening.
ReplyDeleteFruit farm memang best sangat ! Dpt main bola di padang lumpur tu best walaupon memenatkan
ReplyDeletewowwww unlimited durian.... ok je.. lepas makan durian tue.. mmg terbungkang xboleh nk join aktiviti yang lain hahahah
ReplyDeleteDalam byk2 gambar tu.. saya paling suka tengok gambar durian tu. Hehehe
ReplyDeleteAhhhhh!!! Durian!! I love love love durian! Gonna plan a trip someday!
ReplyDeleteTernakan puyuh and Durian is the best thing to do. I not into a mud person so I will skip this.
ReplyDeleteserius menarik betul tengok durian2 berlonggok2 tu
ReplyDeletehehe
Ok fine, aktiviti semua best. Tu je nak bagitahu ..
ReplyDelete