Terbaru/News

Refarm Leisure Farm

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Perjalanan kami di Ipoh Perak yang sangat-sangat cantik dan kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Ipoh membantu perjalanan kami dan pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@myperodua
@Canon Marketing Malaysia
@888teacoffee
@Wangi World Malaysia

Seterusnya kami ke sini : 

Refarm Leisure Farm

Perjalanan kami di sambut meriah oleh Refarm Leisure Farm dan hidangan tengahari yang sedap di restaurant Refarm yang mantap dan segar. Refarm dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan. 

Air terjun dalam hutan adalah sumber yang berharga. Refarm mempunysi 26 ekar ladang rekreasi, bertempat di Kampar, Perak. Kira-kira 4 kilometer dari bandar Kampar, terletak di sebelah kiri jalan menghala ke arah Temoh dan Pekan Tapah.

Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur hanya 2jam perjalanan ke sini. Di Refarm anda dapat bersantai dengan tenang dan berehat bersama keluarga dan rakan. 

Ia adalah lebih daripada Ladang biasa yang anda bayangkan. Di sini mereka menyediakan penginapan, makanan, pelbagai aktiviti menarik dan yang paling penting, pengalaman alam semula jadi. 



Diwaktu percutian ini, ia adalah masa yang sangat sesuai untuk mengalami sesuatu yang berbeza di Refarm. Bawalah bersama orang yang tersayang bersama-sama anda untuk menikmati pengalaman yang paling santai tetapi amat berharga bersama alam semulajadi.

















Jika anda kesini bolehlah memcuba madu kelulut di sini. Penghasilan madu dari hutan hinggalah madu kelulut oleh ehoney. 


Refarm merupakan sebuah tempat riadah tarikan pelancongan yang mempunyai pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan untuk kawan-kawan dan keluarga untuk mencipta kenangan yang indah bersama dan sukar untuk dilupakan. Anda boleh juga ke sana seharian, event  atau menginap di Refarm.



Klik untuk senarai harga bilik.



Room / Bilik : The Cabin

Untuk 4 orang sahaja

Bilik ini dibina dengan menggunakan Kontena besar dengan konsep mesra alam sekitar.
Katil tambahan disediakan untuk maksimum 1 orang sahaja




Room / Bilik : The Brick
Untuk 6 orang sahaja
Katil tambahan disediakan untuk maksimum 1 orang sahaja



Room / Bilik : The Cave
Untuk 2 orang sahaja
Bilik ini dibina dengan menggunakan 7 kaki x 7 kaki simen kabat di mana seluruh bilik adalah dalam bentuk bulat, dan mempunya reka bentuk yang inovatif.






Villa Stay
# 1 Villa consists of two rooms.

For 6 persons only
Facilities of accommodation:
| Air conditioner | Mini bar | Shower heater | Hair dryer | Toiletries | Private pool
| Television














 Pelbagai Kemudahan terdapat di sini untuk pengunjung bersantai bersama keluarga.



Sebuah tunnel yang membawa anda mengenali sejarah Kampar yang menarik penuh dengan gambar-gambar lama.
















Di Refarm, mereka menghasilkan baja organik. Dimana mereka kitar semula najis haiwan, sisa-sisa tumbuh-tumbuhan, ditukarkan menjadi baja melalui proses penapaian. Baja organik adalah baja yang terbaik dan paling mesra alam yang mencukupi untuk tanam – tanaman berkembang dengan subur, tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan.

Refarm tidak akan membuang sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia akan dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan. 

Sepanjang 1.2 kilometer sistem paip air yang dipasang dari hulu air terjun untuk membekalkan air yang paling bersih kepada tanaman dan haiwan ternakan termasuk ayam, ikan dan kambing.










Lot 6059, Jalan Temoh Kampar,

35350 Temoh, Perak


Telefon: 012-5026115






17 comments:

  1. Refarm memang terbaik ! Tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Yang paling best makanan yang dihidang di Refarm. Sangat fresh dan sedap !

    ReplyDelete
  2. Bestnya jalan-jalan. 1st time dengar tempat ni (Refarm). Harga bilik pon tak ada lah mahal sangat.

    ReplyDelete
  3. Comel rabbit2 tu dan bilik2 pun nampak bersih dan menarik..sesuai untuk family dan pelancong berkumpulan kan..x sangka kat area Perak ada tempat menarik macam ni..akak kena explore lebih la lepas ni

    ReplyDelete
  4. menarik juga konsep bilik dengan tilam tu ya, macam style kat jepun pula. ada masa boleh bawa family ke Refarm ni, nampak macam best

    ReplyDelete
  5. menarik sangat trip korang kali ni. tengok live update pun seronok

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tahu pasal Refarm ni...dah tahu ni bolehlah terjah kalau ke sana nanti. Nampak menarik sesangat

    ReplyDelete
  7. ada kambing.. budak2 mesti suka ni.. bdk skang bukan kenal sgt kambing ni...

    ReplyDelete
  8. Suka dengan trip ni sebab banyak aktiviti alam semula jadi. Boleh chillkan diri drp KL.

    ReplyDelete
  9. Menarik betul tempat ni. Banyak jugak tempat menarik dalam malaysia yang saya still tak tau. Rugi kalau kite sendiri tak explore

    ReplyDelete
  10. looks like good place to relax. I wish to go too

    ReplyDelete
  11. best ni..nampak ada basikal. masuk wishlist.

    ReplyDelete
  12. Menarik bilik2 nya..
    Mcm.rumah jepun.pun ada.pesyen tidur kat lantai tu..tpi yang ni.ada tilam

    ReplyDelete
  13. Comel lak tengok gambar tilam tanpa katil bersusun di dalam bilik tu..macam rumah kat jepun pon ada ni

    ReplyDelete
  14. wah boleh nih jadi tempat percutian tahun ini

    ReplyDelete
  15. wow menariknya tempat ni paling menarik bahagian yang ada pokok yang mengurai-ngurai tu kalau tangkap gambar mesti cantik.

    ReplyDelete
  16. The room look nice and different type of room to choose. So many activities can do at reform.

    ReplyDelete
  17. memang menarik sungguh nampaknya tu

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...