Terbaru/News

Tanjung Tualang Tin Dredge No5

Pengembaraan kami ke negeri Perak #traveloguemalaysia ( Colours of Lives Travelogue Malaysia ) bersama @borakkita_official dan sokongan dari Tourism Malaysia menjelajah selatan Perak selama 6 hari. 

 Perjalanan kami di Ipoh Perak yang sangat-sangat cantik dan kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Ipoh membantu perjalanan kami dan pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.

@myperodua
@Canon Marketing Malaysia
@888teacoffee
@Wangi World Malaysia

Seterusnya kami menuju ke sini : 

Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 - TT5
Malaysia|Kampong Batu Tujoh
Salah satu kapal korek biji timah yang masih wujud di Malaysia. Ini je bukti kemasyuran negeri Perak dengan aktiviti perlombongan timah.


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5) merupakan lokasi di mana tersimpannya kapal korek bijih timah yang terakhir di Malaysia. Kapal korek ini dahulu digunakan sebagai medium untuk mendapatkan bijih timah.

Suatu masa dahulu Perak merupakan lubuk bijih timah yang terkaya dan sangat terkenal dengan hasil mineral di perut muka bumi Perak ini. 


Untuk melombong bijih timah memerlukan kapal korek yang mengambil masa setahun untuk dipasang dan di bawa khas dari England. Perak menjadi satu kawasan yang terkaya suatu sama dahulu.


Ini dibuktikan dengan jenama kenderaan mewah banyak di beli oleh penduduk perak satu masa dahulu hinggakan satu saat harga bijih timah merundum di pasaran dunia dan menyebabkan satu persatu penghasilan bijih timah dan syarikat di tutup. TT5 terpaksa diberhentikan operasi setelah selama 44 tahun . Tahun 1982 merupakan tahun terakhir perlombongan bijih timah dijalankan di sini.








Selain itu juga, di bahagian pintu masuk Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 nie terdapatnya sebuah galeri yang mempamerkan latar belakang dan informansi mengenai lombong bijih timah dan kawasan sekeliling.


Penerangan untuk yang ingin memasuki kapal korek di lakukan di sini 




Pelbagai merchandise TT5 yang anda boleh beli pada harga yang berpatutan.

























Anda juga boleh cuma mendulung mengunakankaedah tradisional zaman dahulu. Agak sukar dan bijih timah yang terhasil berat dan berwarna kelabu.




Terima kasih kongsi gambar : zahrif




Terima kasih Kerajaan Negeri Perak dalam memelihara dan memulihara kapal korek bijih timah tinggalan sejarah ini.  Ia amat berharga dan harus dijaga agar generasi muda dapat melihat serta merasai berada di kapal korek bijih timah ini.



Tahniah! @tanjungtualangno5 dan Menteri Besar Inc berusaha baik pulih heritage kapal korek ni. Jangan lupa singgah sini kalau datang ke Perak

Dibuka hari Selasa - Ahad
Masa pagi sampai petang
Tiket masuk dewasa (RM10) kanak-kanak (RM5)

Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5)
9th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak
Tel : 014-904 3255 / 05-370 2253


Tour time :

10.00 AM | 11.00 AM | 12.00 PM | 2.30 PM | 3.30 PM | 4.30 PM
Full video tentang lawatan kami ke TT5 nie, boleh saksikan video di bawah.





11 comments:

  1. Memang ada bagusnya kapal korek ni dipelihara dan dijaga sekurang kurangnya genarasi akan dtg akan tahu sejarah mengenai bijih timah dan kapal korek yg digunakan

    ReplyDelete
  2. Menariknya. Kalau bawak anak2 mesti mereka teruja nak mencuba aktiviti mendulang. Dulu baca dlm buku ja

    ReplyDelete
  3. boleh dijadikan top attraction di perak. walaupon sy org perak tp xpernah pergi lagi.

    ReplyDelete
  4. Tiket pun murah je kan. Nak jugakla bawak anak² , atleast dpt tgk kapal korek tu ha depan mata . Sal sendiri tak penah datang Tg Tualang ni

    ReplyDelete
  5. This is pretty interesting of course.. I should find some tine to visit the places there also

    ReplyDelete
  6. i didnt learn about this when taking license for tour guide few years ago! a new place?

    ReplyDelete
  7. salah satu tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati ni. besttt

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tengok kapal korek bijih timah tu. Biasa tengok org mendulang je..tak sangka perak banyak tempat menarik ntk dilawati kan..

    ReplyDelete
  9. menarik ni, sejarah untuk anak2 kita tengok sendiri

    ReplyDelete
  10. Menarik betul tempat ni. Tapi bagus apa yang Tourism Perak buat untuk preserve tempat macam ni. At least kite yang tak pernah tengopk tempat-tempat macam ini ada peluang untuk tenogk one day

    ReplyDelete
  11. No opportunity try the real biji timah. Only saw the fake one when I visit Tambun.

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...