Terbaru/News

Amari Hotel Johor Bahru, Mewah Eksklusif Bercirikan Asian,

Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore. 


Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.




Seterusnya perjalanan kami menuju ke Amari Hotel Johor Bahru yang terletak di Jalan Wong Ah Fook berkongsi bangunan dengan Zenith Mall. Pelbagai pusat membeli-belah yang berhampiran seperti Komtar JBCC, City Square Shopping Mall dan juga Persada Convention Centre.






Lobby Hotel Amari berada di tingkat 6 dan nampak kemewahan yang ada pada hotel 5 bintang ini. Kami di sambut dengan meriah dan di bawa melihat sekitar kawasan hotel yang bercirikan Asian. Amari Hotel Johor Bahru merupakan sebuah hotel yang baru sahaja dibuka pada bulan May 2017.





Pelbagai kemudahan seperti bilik interaktif  yang cantik dan komputer berinternet boleh digunakan serta ruang untuk mengadakan mesyuarat dan tempat rehat.






Amari Hotel JB juga menawarkan perkhidmatan spa di Breeze Spa. Pelbagai rawatan ditawarkan di sini, antaranya ialah mood-based scrubs dan massage, Siam Sabai, rawatan muka dan macam-macam lagi. Untuk details harga dan rawatan yang ditawarkan di Breeze Spa  anda boleh lihat di SINI .














Breeze Spa,
Tingkat 6 Amari Hotel Johor Bahru
Dibuka setiap hari : 10.00 AM - 10.00 PM
Tel untuk tempahan : 016-776 8341




Terdapat 2  ruang yang disediakan untuk membuat sebarang majlis yang sememangnya cantik dan eksklusif.








Amari Hotel terkenal dengan hidangan authentic Thai yang terdapat di Amaya Food Gallery. Hidangan Thai cusines yang ditawarkan di sini menarik dan kesemua bahan-bahan mentah seperti rempah ratus yang tiada di Malaysia untuk sesuatu hidangan itu, diimport terus dari negara Thailand. Pastikan anda teruja datang ke sini seperti berada di Thailand.






Anda pasti teruja melihat bilik hotel yang bercirikan kemewahan dan mengekalkan ciri-ciri budaya negara Asia seperti yang terdapat pada dinding dan bahagian kepala katil di setiap bilik. Ia bercirikan seni halus yang memaparkan tentang seekor gajah.



















Terdapat Pelbagai jenis bilik yang ditawarkan di sini, antaranya ialah Superior Room, Deluxe Room, Grand Deluxe Room, Deluxe Pool Excess Room, Executive Club Room, Junior Suite Room dan juga One Bedroom Suite. Untuk details harga bagi setiap bilik, boleh lah layari website Amari Hotel.


AMARI HOTEL

No. 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru

80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tel : 07-266 8888

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...