Terbaru/News

8 PERSEMBAHAN ARTIS TERBAIK DI 3MENDOUS JOOX CONCERT 2018

MARI RAIKAN ULANG TAHUN KE 3 JOOX BERSAMA ARTIS-ARTIS KESAYANGAN MALAYSIA! 

Aplikasi strim muzik, Joox, telah menyediakan para pendengarnya dengan lagu-lagu hits dan pemegang carta sejak 3 tahun yang lalu Bersempena dengan ulang tahun ketiga mereka dan IN Festival: Influencers 2018 JOOX ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat mereka menerusi Tremendous JOOX Live Concert pada Sabtu, 22 September, dari pukul 7.30 malanm di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.












Peminat aplikasi muzik popular ini berhibur dalam suasana pesta bersama sama penyanyi kegemaran Malaysia iaitu Joe Flizzow, Dayang Nurfaizah dan Aizat Amdan bersama Aziz Harun, Ismail Izzani, Farisha Irish, Akim and The Majistret dan Uriah See! 



"Kami sangat teruja untuk mengumumkan barisan penyanyi untuk meraikan ulang tahun ketiga kami melalui acara Tremendous JOOX Live Concert. 
Pemilihan penyanyi-penyanyi ini dibuat terutamanya untuk pelanggan JOOX, berdasarkan populariti lagu mereka melalui aplikasi tersebut," ujar Angie Tan, Pengarah  Perniagaan JOOX 





"Bilangan pendengar lagu-lagu artis yang akan tampil di malam konsert terus meningkat, dan masih stabil dalam senarai lagu-lagu popular yang dimainkan hingga ke hari ini," tambahnya Penyanyi yang juga pemenang pelbagai anugerah, 







Dayang Nurfaizah menyatakan bahawa JOOX telah memberikan para peminatnya sebuah platform yang mudah untuk mereka mencari lagu-lagu nyanyiannya tidak kiralah yang lama mahu pun baru. Penyanyi berbakat besar ini muncul dengan lagu terbaru bertajuk 'Layarlah Kembali' dan lagu ini mendapat respons yang baik di aplikasi Joox. 




Sementara itu, Akim and The Majistret menyatakan bahawa aplikasi seperti JOOX merupakan satu aplikasi yang baik untuk band-band seperti mereka. Ini kerana aplikasi ini berjaya memperkenalkan muzik mereka kepada penonton yang lebih besar "Kami tidak akan berjaya mendapat bilangan para peminat seperti hari ini kalau bukan kerana JOOX membantu mempromosikan muzik kami," ujar mereka yang popular dengan lagu 'Potret' dan 'Lagu Untuk Laila 





"Ini merupakan cara kami menyatakan ucapan terima kasih kepada pendengar dan peminat yang selama ini menyokong JOOX selama tiga tahun beroperasi," ujar Angie. 

"Dalam jangka masa tiga tahun, jumlah pelanggan telah berkembang dan kami berharap dapat terus menyediakan peminat kami dengan muzik terbaik, barang-barang eksklusif percuma dan mudah-mudahan lebih banyak konsert eksklusif dalam masa terdekat!" 




Peminat hanya perlu membeli JOOX VIP untuk mendapatkan 1 pas masuk biasa, atau JOOX VIP tiga bulan untuk mendapatkan 1 pas masuk VIP ke Tremendous Joox Live Concert. Kad VIP boleh dibeli melalui JOOX atau di mana-mana cawangan 7-11 (terhad kepada Malaysia Barat), bermula Khamis, 6 September.

Bagi mereka yang membeli kad VIP dari cawangan 7-11, jangan lupa untuk membawa kad tersebut ke RedBox The Gardens atau RedBox Low Yat Plaza mulai 13 September (Khamis) hingga 17 September (Isnin) bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang untuk menebus Pas masuk anda. Jangan ketinggalan kerana Pas masuk adalah terhad. 







Jika anda membeli kad melalui Joox, anda akan menerima mesej pengesahan yang anda perlu tunjukkan di kaunter penebusan untuk masuk. Anda juga boleh melawat laman Facebook JOOX Malaysia (facebook.com/JOOXMY) untuk maklumat lanjut mengenai cara menebus pas masuk anda.

JOOX juga turut menyediakan aktiviti yang menyeronokkan, termasuk JOOX P2P Live, yang membolehkan anda merasai P2P secara langsung dan bertemu artis kegemaran anda seakan di studio, pada hari IN Festival: Influencers 2018 pada 22 September dan 23 September, dari 11 pagi hingga 10 malam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 









Terdapat juga booth karaoke, video mini VOOV, (di mana pengunjung boleh membuat video mini!) dan putaran percuma 'wheel of fortune' (terma dan syarat dikenakan) 

Pelbagai aktiviti konsert di sediakan sebelum konsert antaranya  cabutan bertuah hadiah utama serta bertemu dengan Social Influencers dari seluruh Asia Tenggara!

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...