Terbaru/News

Kempen Potongan Gaji Zakat | SKIM THOHIR 2018

Kempen Jom Berzakat adalah satu kempen untuk menggalakkan masyarakat berzakat dengan menggunakan platform portal Pusat Pungutan Zakat-MAIWP. 




Mana tahu sambil rezeki anda untuk menang hadiah-hadiah yang disediakan seperti pakej-pakej umrah dan perlancongan.


Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) 
melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) yang berlangsung selama 4 bulan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2018.

Ia merupakan tahun ketiga kempen ini dilaksanakan berikutan sambutan luar biasa yang diterima dari pihak majikan dari syarikat swasta dan kerajaan pada tahun sebelum ini. 

Skim Thohir merupakan kemudahan saluran bayaran zakat pendapatan untuk menggalakkan lebih ramai menunaikan kewajipan berzakat melalui saluran potongan gaji zakat. 

Melalui Skim Thohir ini, kakitangan swasta atau kerajaan dapat menunaikan zakat tanpa bertangguh dan menjimatkan masa agar memperolehi keberkatan di sisi Allah S.W.T, selain dapat meningkatkan kutipan zakat sekali gus membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf.


Ada 10 hadiah percutian menarik termasuk hadiah utama menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat (Skim Thohir).

Pemenang utama: Pakej Umrah bagi 2 orang 
Pemenang kedua: Percutian ke Beijing 6H5M
Pemenang ketiga: Percutian ke Bangkok 5H4M
Pemenang keempat dan kelima: Percutian ke Jakarta 3H2M
Pemenang keenam dan ketujuh: Percutian ke Pekan Baru 3H2M
Pemenang kelapan sehingga kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M



Kempen Pelancaran Kempen Skim Potongan Gaji Zakat 
(Skim Thohir 2018) 
Telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn. Bhd, Puan Sharizan Mohd Saad.

Wakil-wakil majikan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kementerian Asas Tani, Touch & Go Sdn. Bhd. dan Telekom Malaysia Berhad (TM Malaysia) turut hadir bagi memberi sokongan untuk kempen ini.

Seiring pelancaran kempen Skim Thohir 2018, PPZ-MAIWP akan menganjurkan aktiviti turun padang ke beberapa syarikat swasta dan badan kerajaan untuk memaklumkan mengenai skim ini disamping menerangkan fungsi utama PPZ-MAIWP yang merupakan agensi dilantik bagi mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, manakala agihan pula dilaksanakan oleh Baitulmal-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,000 kakitangan yang akan membuat potongan gaji zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung.


Syarat-syarat penyertaan kempen:

Membuat potongan gaji zakat ATAU penambahan potongan gaji zakat dengan mengisi Borang Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir) melalui:
11 kaunter PPZ-MAIWP
Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my
Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP.
Majikan di syarikat atau organisasi
TALIAN ZAKAT - 1-300-88-5757

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam yang mempunyai pendapatan untuk menunaikan zakat melalui potongan gaji agar dapat dengan mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita agar memperolehi berkat di sisi Allah S.W.T. 

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"

-------------------------------------------------
Nak bayar zakat TAPI
----------------
✔ Malas nak keluar
✔ Malas nak tempuh jem
✔ Malas nak bersesak-sesak
✔ Tak ada masa

Kelebihannya
-----------------
✔ Boleh bayar 24 jam sehari
✔ Diperakui SAH di sisi hukum syarak
✔ Boleh dapat REBAT TAX
✔ Boleh dibuat di mana sahaja

-----------------
Semua jenis zakat boleh dibayar
-----------------
✔ Zakat Fitrah
✔ Zakat Pendapatan
✔ Zakat Wang Simpanan
✔ Zakat Perniagaan
✔ Zakat Emas & Perak
✔ Zakat KWSP
✔ Zakat Saham
✔ Qada Zakat



2 comments:

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...