Terbaru/News

Philips Airfryer XXL Pilihan Untuk Anda

Cara lebih sihat untuk menggoreng dengan Airfryer XXL Philips Viva Collection Airfryer XXL . Airfryer paling berkuasa pernah dihasilkan.

Philips Airfryer XXL adalah peralatan pertama menggabungkan teknologi turbostar berkembar dan teknologi penyingkiran lemak yang menawarkan pengalaman menggoreng lebih Besar, lebih Menyihatkan dan lebih Baik.









Hari ini, rakyat Malaysia semakin peka tentang makanan yang kita ambil. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan kegemaran tempatan adalah bergoreng, daripada ayam goreng berempah hinggalah ikan sumbat sambal, maka kita memang sudah biasa menggoreng makanan setiap hari. 



Airfryer terbaharu Philips yang memudahkan anda memasak hidangan untuk seisi keluarga. Saiznya yang lebih besar direka khusus agar anda dapat menyediakan makanan yang secukupnya untuk seisi keluarga. Anda boleh memasak seekor ayam atau sehingga 1.4kg kentang goreng, cukup untuk 6 hidangan dengan sekali masak menggunakan Airfryer berkapasiti paling besar pernah dikeluarkan setakat ini.




Philips Viva Collection Airfryer XXL menawarkan pengguna cara yang lebih sihat untuk menggoreng, dengan menyingkirkan sehingga 50% lemak daripada makanan, terutamanya daging ketika dimasak tanpa menjejaskan rasa.

 Ia merupakan Airfryer Philips pertama menggabungkan Teknologi Penyingkiran Lemak yang memberi tumpuan kepada pengurangan lemak di dalam makanan, menjadikannya alat menggoreng yang lebih sihat, berbanding teknik menggoreng tradisional.



Ciri Turbostar Berkembarnya yang terbaharu menggunakan 2,225W kuasa untuk menyingkir lemak dengan lebih berkesan, yang mana udara panas dipusarkan di dalam Airfryer bagaikan puting beliung yang kuat di dalam keseluruhan ruangan bakul memasak bagi menyingkirkan lebih banyak lemak. 



Lemak itu kemudiannya diperangkap di bahagian bawah pan menerusi Penutup Pengurangan Lemak supaya boleh dibuang dengan mudah.

Anda boleh memanggang seekor ayam sekaligus, atau menggoreng ayam untuk seisi keluarga, menyajikan hidangan sempurna yang rangup di luar dan lembut di dalam, menyingkirkan lemak namun pada masa sama mengekalkan rasa.



Kepelbagaian fungsi Airfryer XXL membolehkan pengguna memasak beraneka jenis makanan untuk hidangan yang pantas lagi enak buat seisi keluarga. 

Dengan kuasa 2,225W, ia adalah Airfryer yang paling berkuasa setakat ini, membolehkan anda memasak dengan lebih cepat.

 Dilengkapi dengan fungsi pemanasan serta merta, Airfryer ini sedia untuk digunakan pada bila-bila masa, bermakna anda tidak lagi perlu menunggu peralatan menjadi cukup panas. 





Sama ada anda memilih untuk menggoreng, membakar, menggril atau memanggang, anda boleh menetapkan suhu daripada 80˚C hingga 200˚C. Untuk tempoh memasak yang lebih panjang, anda boleh menetapkan masa sehingga 60 minit bagi memberikan anda lebih kemudahan.


Untuk membantu pengguna baru, Airfryer XXL turut didatangkan dengan buku resipi yang menampilkan lebih daripada 30 hidangan enak yang disediakan oleh chef-chef profesional dengan arahan yang mudah difahami.



Menu snek ringan hinggalah hidangan penuh untuk seisi keluarga. Mahu lebih lagi? Anda boleh mendapatkan lebih banyak panduan, tutorial serta resipi mudah diikuti menerusi aplikasi Philips Airfryer yang disediakan untuk peranti iOS atau Android anda.

Sempena Hari Jantung Sedunia 2018, Philips Malaysia sedang menganjurkan pameran ‘Philips Healthy Eating, Healthy Living’ pada 2 hingga 7 Oktober 2018 bertempat di Atrium Tingkat Bawah, IPC Shopping Centre di Mutiara Damansara. 





Dapatkan Philips Viva Collection Airfryer XXL anda pada harga promosi RM1,499 di sini dan terima seutas gelang tangan pintar MiBand 2 bernilai RM109 secara percuma bagi membantu anda untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat dan cergas! 


Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99) boleh didapati pada harga runcit disyorkan RM1,699,
Kunjungi kedai rasmi Philips atau dalam talian rasmi di Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99), sila kunjungi https://www.philips.com.my/c-p/HD9630_99/viva-collection-airfryer-xxl

Untuk mendapatkan maklumat 
lanjut mengenai rangkain produk Philips di Malaysia, 
sila kunjungi
www.philips.com.my







No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...