AirAsia umum kerjasama dengan (RED) dan 88rising
AirAsia berbangga mengumumkan kerjasama dengan (RED) dalam usaha menyokong Dana Global membanteras AIDS di rantau Asean.
Hasil yang dijana daripada kerjasama (AirAsia)RED akan disalurkan terus ke Dana Global bagi membantu program HIV/AIDS di rantau Asean, di mana lebih daripada 1.8 juta pesakit yang menghidap HIV, menurut data pada tahun 2017 UNAIDS.
AirAsia akan menyalurkan kutipan daripada jualan promosi Tempat Duduk Percuma yang sedang berlangsung dan pelbagai aktiviti lain yang dirancang bagi tahun 2019.
Bagi setiap tempat duduk yang dijual di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dalam tempoh 24-jam bermula dari tengah hari esok hingga waktu tengah hari pada hari Rabu (GMT +8), AirAsia akan menderma sebanyak USD 20 sen yang cukup untuk menangung keperluan rawatan antiretroviral harian yang boleh menyelamatkan nyawa bagi pesakit HIV.
Selain itu, AirAsia dan (RED) akan bekerjasama dengan syarikat label muzik terkemuka Asia di peringkat global 88rising bagi melancarkan sebuah festival muzik dan seni Asean baharu pada tahun 2019 bagi meningkatkan sikap positif dan kesedaran terhadap HIV/AIDS di rantau ini. Tarikh, tempat dan barisan persembahan akan diumumkan pada tarikh yang akan datang.
Kerjasama ini diumumkan pada majlis pelancaran rekaan pesawat khas (WEAREALLCHAMPIONS)RED di hangar Sepang Aircraft Engineering (SAE) pada hari ini. Para tetamu turut dihiburkan secara langsung oleh penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles, Dumbfoundead, yang turut berkolaborasi bersama 88rising di festival Head in the Clouds di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Abdul Rahman, Pengurus Konsortium Bisnes Malaysia untuk HIV/AIDS Yayasan AIDS Malaysia (MAF) Dr Rethish Raghu, Pengurus Advokasi MAF Dayana Omar, Ketua Pegawai Eksekutif (RED) Deborah Dugan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 88rising Sean Miyashiro, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw, dan lain-lain.
Ketua Pegawai Eksekutif (RED) Deborah Dugan berkata, “Kami sangat teruja dapat kerjasama dengan sebuah jenama yang kreatif dan inovatif seperti AirAsia yang merupakan jenama pilihan ramai dan komited untuk membawa perubahan ketara di Asia Tenggara. Justeru, kami percaya kerjasama (AirAsia)RED ini dapat membawa kesedaran terhadap AIDS ke tahap yang baharu.”
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 88rising Sean Miyashiro berkata, “88rising berbesar hati untuk melancarkan festival muzik dan seni Asean yang dapat mendorong para hadirin untuk turut menyelamatkan nyawa. Kami akan bersama-sama menjana idea yang kreatif untuk menghasilkan pengalaman unik sambil mewujudkan kesedaran dan penglibatan besar-besaran buat penonton para penonton di peringkat global. "
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, “AirAsia sentiasa membuat sesuatu yang mustahil menjadi nyata. Kerjasama global pada hari ini adalah untuk meneraju peluang baharu, bagi pesakit HIV/AIDS dan dari segi membawa mesej positif serta membawa arus perubahan di Asean. Ini hanya titik permulaan, dan kami mempunyai lebih banyak rancangan bersama (RED) dengan sokongan daripada 88rising, untuk meluaskan rangkaian di rantau ini.
About (RED)®
(RED) was founded in 2006 to engage businesses and people in the fight against AIDS. (RED) partners with the world's most iconic brands that contribute up to 50% of profits from (RED)-branded goods and services to the Global Fund. (RED) Proud Partners include: Apple, Bank of America, Beats by Dr. Dre, Belvedere, Claro, The Coca-Cola Company, MCM, NetJets, Salesforce, SAP, Starbucks, Supercell, Telcel, and Tradeshift. (RED) Special Edition partners include: aden+anais, Alessi, ALEX AND ANI, Fatboy USA, Fresh, FreshDirect, Girl Skateboards, Gretsch, HEAD, Jonathan Adler, Le Creuset, Live Nation Entertainment, Moleskine, Mophie, Square, Uber, and Wolfnoir. To date, (RED) has generated $350 million for the Global Fund to fight AIDS, Tuberculosis and Malaria, to support HIV/AIDS grants in Ghana, Kenya, Lesotho, Rwanda, South Africa, Swaziland, Tanzania and Zambia. 100 percent of that money goes to work on the ground – no overhead is taken. Global Fund grants that (RED) supports have impacted more than 70 million people with prevention, treatment, counseling, HIV testing and care services.
About 88rising
By now, if you’re in tune with the culture, you know about 88rising. Revered by the likes of CNN, Forbes, Bloomberg, The New Yorker, Billboard, Pitchfork and Los Angeles Times, 88rising is at the forefront of catapulting Asian culture and stories into new dimensions. Refusing to be confined within a single vessel, 88rising has exceptionally executed any and all ideas, while breaking new ground along the way. Best known as the team behind Internet-breaking sensations, including Joji, Rich Brian, Higher Brothers and Keith Ape, 88rising have quickly escalated to selling out world tours, hosting festivals and working with today's biggest stars. “88rising is distinguished by its idiosyncratic tone and its up-to-the-nanosecond appreciation of hip-hop’s youthful, Internet-driven trends,” The New Yorker said, in their 8-page long features on CEO Sean Miyashiro and the company. Furthermore, it’s highlighted that in just two years, “88rising has become an authority on how to create Asian and American pop-culture crossovers. With over 20M subscribers of their talent and nearly 700M views on their YouTube channel, 88rising's influence is undeniable.
No comments
I want you to know how much I value your support.