Terbaru/News

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT Bersama Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

KEMPEN JADI KAYA DENGAN ZAKAT

Hari ini berkesempatan menghadiri sidang Media khas "Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat" bersama Tuan.Hj.Ustaz Ahmad Shukri Yusoff (CEO PPZ-MAIWP), PU Azman, Amar Baharin dan Bell Ngasri .




Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.


Menuju gerbang terakhir tahun 2018, Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada pihak umum.


Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember ialah Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat.



Selaras dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' menepati saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:

1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP

Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM
Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember: 8.15 pagi - 4.45 petang 


Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
11. Labuan Times Square




Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.

2. PORTAL PPZ-MAIWP  
http://WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?

1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas.
3. Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.

Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin. 


3. PERBANKAN INTERNET. 

Dengan kosep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.


4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmatan khas 'Door-to-Door' bagi pembayaran zakat RM5000.00 ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan PPZ-MAIWP ke lokasi anda. Anda boleh hubungi talian zakat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini.  Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri.






5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna. 

PU Azman atara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 





Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. 


PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunaiannya. 





Tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat.

.Tunaikan zakat harta & pendapatan anda sebelum 31 Disember ini untuk mendapat rebat cukai sehingga 100%. Kaunter PPZ-MAIWP dibuka 7 hari seminggu sepanjang Disember. Mari kita bersama berzakat bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut lawati portal:

Tel :1300885757

#PUAzman #AmarBaharin #BellNgasri

'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'

Kunjungi :
Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur






No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...