Terbaru/News

Telekung Siti Khadijah lancarkan Dahsedekad.com sempena ulangtahun ke-10

Telekung Siti Khadijah lancarkan Dahsedekad.com sempena ulangtahun ke-10.

Jenama Telekung Siti Khadijah sememangnya cukup dikenali dikalangan masyarakat di Malaysia. Cukup membanggakan setiap pemakainya yang cukup selesa dan cantik. Tahniah! Pada tahun 2019 telekung Siti Khatijah sudah berada di pasaran selama 10 tahun lamanya (1 dekad). 


Sempena ulangtahun Siti Khadijah, pelbagai program dan aktiviti yang bakal diperkenalkan oleh #TeamSK bagi menghargai para penggemar telekung Siti Khadijah yang bergelar #FamilySK. Bagi tahun 2019 , tema yang dipilih oleh #TeamSK ialah ' kesetiaan , sejajar dengan sokongan daripada #FamilySK sejak tahun 2019  lagi.



Telekung Siti Khadijah juga telah melancarkan logo terbaru mereka.

Dahsedekad.com merupakan laman sesawang mini pertama yang julung kali dilancarkan oleh #TeamSK istimewa sempena ulangtahun Siti Khadijah . 

Ianya telah dilancarkan pada 4 Januari 2019. Dahsedekad.com merangkumi segala aktiviti dan informasi berkaitan Siti Khadijah yang sudah meluaskan empayar perniagaan selama 10 tahun. 

Segala cerita dalam membangunkan produk SK dan penat lelah yang dilalui akan dipaparkan di dahsedekad.com kepada masyarakat. Laman sesawang mini pertama SK ini juga akan menerapkan cerita di sebalik penghasilan telekung SK secara teknikal yang tidak pernah dikongsikan kepada #FamilySK sebelum ini . la juga akan membawa kepada perkongsian tentang insan yang bekerja keras di sebalik penubuhan perniagaan Siti Khadijah . 










Bermula Januari 2019 , selama 4 bulan #TeamSK akan mengemaskini segala aktiviti/event SK di laman sesawang mini SK ini. Bertepatan dengan ulangtahun ke-10 SK, laman sesawang mini ini juga ingin mengupas tentang penglibatan SK yang telah menyumbang kepada ekonomi negara dan masyarakat melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dijalankan sepanjang 10 tahun Siti Khadijah.


Ikuti coretan perjalanan SK yang bermula dari tahun 2009 hingga kini, pelbagai program korporat sosial yang dijalankan, dan melalui laman web mini ini dapatlah peminat SK mengenali Pengasas Siti Khadijah, Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman dengan lebih dekat hanya di laman sesawang mini dahsedekad.com


"Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah 10 tahun SK berada di industri ini. Saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana masyarakat yang saya gelarkan #FamilySK ini tidak pernah putus dalam menyokong produk tempatan kita sendiri. 10 tahun di dalam industri ini sudah pasti ada pengalaman pahit dan manis, namun itulah adat di dalam perniagaan. Apa yang penting, kena fokus dan terus maju ke hadapan untuk lebih berjaya dan teruskan kejayaan. Harapan saya untuk 10 tahun akan datang, SK akan menjadi pengedar produk gaya hidup Muslim yang terbesar di dunia, selari dengan visi Siti Khadijah insyaAllah." 

kata Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman, Pengasas Siti Khadijah.




1000 TELEKUNG SK DIBERIKAN SECARA PERCUMA SEPANJANG TAHUN 2019 

Sempena sambutan ulangtahun ke - 10
#TeamSK juga akan menghadiahkan 1000 helai telekung secara percuma sepanjang tahun 2019. Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong Siti Khadijah sepanjang 10 tahun ini . Ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua #FamilySK yang sentiasa menyokong jenama Siti Khadijah. 



laman Dahsedekad.com #TeamSK juga mencari kelainan dengan menerbitkan sebuah drama bersiri SK yang mengandungi 15 episod drama pendek ini dari saluran Youtube Siti Khadijah TV.

Selepas berjaya menarik perhatian orang ramai dengan iklan Raya 2018 yang sangat menyentuh hati, drama bersiri SK ini akan dipertontonkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia.


 #TeamSK ingin menjemput #FamilySK yang bertuah untuk menjadi VVIP di Malam Sedekad Siti Khadijah sempena ulang tahun ke-10 Siti Khadijah di Hotel Marriott, Putrajaya pada 5 April 2019. 

Penyertaan untuk menjadi jemputan VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah adalah dengan menonton drama bersiri SK dan berpeluang memenangi tiket VVIP tersebut. Mereka yang menonton dan berjaya memenangi tiket tersebut juga akan dapat telekung SK secara percuma. 

Ikuti langkah-langkah mudah untuk dapatkan tiket VVIP Malam Sedekad Siti Khadijah 

1. Tonton drama bersiri pertama Siti Khadijah di DahSedekad.com dan dapatkan KATA KUNCI di setiap episod drama bersiri SK. 

2. Hantarkan KATA KUNCI setiap episod tersebut di DahSedekad.com 

3. Jawapan yang tepat dari episod 1 hingga episod 15 akan berpeluang mendapat tiket VVIP ke Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019. 

Contoh jawapan: EPISOD 1 SKSedekadDah 

*Tertakluk kepada terma dan syarat.





PERTUNJUKAN FESYEN & MALAM PENGHARGAAN DI MAJLIS MALAM SEDEKAD SITI KHADIJAH 

Sebuah pertunjukan fesyen istimewa juga akan berlangsung pada Malam Sedekad Siti Khadijah pada 5 April 2019. Pelbagai koleksi produk Siti Khadijah yang baru akan diperagakan pada pertunjukan fesyen tersebut istimewa sempena ulangtahun ke-10 SK. 









Selain itu , #TeamSK juga akan memperkenalkan REKAAN BENTUK MUKA TERBARU telekung SK pada malam tersebut. Malam itu juga julung kali akan diadakan sebagai satu penghargaan kepada semua pihak seperti rakan media & blogger, para pembekal, vendor SK, kakitangan SK dan yang paling penting para pelanggan tetap SK yang setia dengan produk Siti Khadijah sejak tahun 2009. Majlis makan malam ini dijadikan seperti satu platform untuk lebih merapatkan hubungan ukhuwah antara satu sama lain.






JUALAN MEGA SEDEKAD SK 

Sempena ulang tahun ke-10 Siti Khadijah, Jualan Mega Sedekad akan diadakan pada 6 April 2019, iaitu sehari selepas Malam Sedekad Siti Khadijah. Jualan awal tahun 2019 ini akan diadakan Dewan Ballroom 2, Hotel Marriott, Putrajaya selama 1 hari sahaja bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam. 

Promosi Jualan Mega Sedekad im istimewa dijalankan oleh #TeamSK sebagai tanda terima kasih dan sokongan #FamilySK selama 10 tahun . Pelbagai diskaun menarik menanti anda . #TeamSK juga teruja untuk mengeluarkan produk-produk SK yang baru untuk anda pada hari tersebut.


https://www.sitikhadijah.com/




No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...