Terbaru/News

34 Tempat menarik, Penginapan Dan Makanan Halal Muslim Friendly Di Pantai Timur, Taiwan

Penerbangan mengambil masa selama empat jam setengah dari klia2 ke Kaohsiung International Airport. Kali ini kita akan menjelajahi bahagian pesisiran pantai Timur Taiwan. 
Kaohsiung - Taitung - Hualien - Yilan


Kaohsiung Airport terletak di selatan Taiwan jadi untuk menuju ke pantai timur Taiwan kami menaiki keretapi menuju ke Taitung. Untuk perjalanan muslim friendly travel  kali ini akan kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan popular menjadi yang tarikan tumpuan pelancong ke sini. 

Adakah keindahan alam semulajadi, kebudayaanya atau senibina banggunan mereka. Taiwan mempunyai lebih dari 16 etnik orang asli yang menjadi daya tarikan pelancong ke sana untuk melihat sendiri keunikan mereka. Jom ikuti perjalanan kami #SalamTaiwan dan #HalalTaiwan yang telah saya kongsikan di sosial media Facebook dan Instagram.

Sebelum ke Taitung menaiki keretapi kami singgah di Restaurant Jawawa salah satu kedai masakan halal dari indonesia di sini.





Selain daripada makanan Indonesia yang terdapat di sini untuk anda cuba jangan lupa merasai gula-gula asam jawa dan durian.

Alamat:
No. 168, Minghua 1st Rd ., Zuoying Dist., Kaohsiung City 813, Taiwan
Tel : 07-5509889 HP : 0921238282


2. Masjid Kaohsiung.


Sebelum ke Taitung kami singgah ke Masjid Kaohsiung iaitu masjid ke 2 selepas Masjid Agung Taipei di Taiwan. Masjid ini di bina pada tahun 1949 dan di perbesarkan lagi pada tahun 1992.





Masjid ini berdekatan dengan MRT Weiwuying Station dan hanya 10minit berjalan kaki. Jangan lupa singgah ke restaurant halal di sebelah masjid.

Alamat: 
No. 11, Jianjun Road, Yuya District, Kaohsiung City 
Tel: 07-7496812 
http://www.kh-masjid.org.tw




Antara mural yang anda boleh lihat di sekitar Masjid jika ingin ke Mrt station. Kaohsiung Station menempatkan train mrt dan keretapi. Masih ada proses kerja-kerja pembikinan tetapi tetap nampak cantik dan besar.







Perjalanan ke Taitung menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang 3jam dengan tiket NT dollar 351. Anda boleh melihat jadual keretapi di sini.

http://twtraffic.tra.gov.tw/twrail/EN_QuickSearch.aspx



Taitung City ( Taitung Station. )

Kami tiba telah malam dan melihat sendiri Taitung station yang besar dan menonjolkan lukisan dan arca dari seni tribe orang asli mereka. 








3. Etaiwan Halal Restaurant

Singgah menikmati makan malam setelah tiba di Taitung station dari Kaohsiung. Restaurant eTaiwan , Tacos House menjadi pilihan dengan pelbagai hidangan menarik dan menjadi hub halal di sekitar Taitung dan seluruh Taiwan.








Lawati website bagi menjual dan membeli product halal di Taiwan.  




4. Yes Hotel.

Penginapan pertama kami adalah di Yes Hotel yang betul- betul berada di town city Taitung. hotel ini terkenal dengan salad bar dan daging di gantikan dengan makanan laut. 


Hotel muslim friendly tourism. Hotel ini mempunyai bilik muslim friendly dan makanan sarapan halal dengan pilihan pelbagai hidangan menarik.

www.yeshotel.com.tw








5. Tiehua Village dan Pasar malam

Artis tempatan, usahawan dan orang asli di tempatkan di sini bagi membudaya seni kreatif buatan tangan dan produk Taitung tempatan. 







Sebahagian kedai cenderahati yang menonjolkan tribe orang asli di Taitung. Kesemuanya nampak menarik dari hasil tangan dan lukisan hasil seni budaya mereka.


Cara-cara pengurusan pembuangan sampah mereka di Taiwan. 
Setiap malam ada jer lagu macam org jual aiskrim tapi sebaliknya adalah lori sampah. Memang terbaik bersih dan tak ada bau pun.




Pelbagi jenis buah-buahan turut di jual dan kesemuanya nampak segar dan sedap. Anda boleh berjalan di sekitar pasar malam dan membeli belah.


6. Taitung Railway Museum.

Sebelum bertolak kami singgah ke kawasan peninggalan keretapi lama yang masih di jaga rapi dan juga muzium keretapi yang terdapat di sini menjadi tarikan para pengunjung. 







7. Jialulan.
  
Kawasan hentian rehat yang mempunyai kawasan padang rumput yang luas menghadap ke Lautan Pasifik, Kawasan rekreasi Jialulan terdapat banyak karya seni kayu sepanjang pantai. Sesuai untuk beriadah dan bergambar untuk instagram anda. Pasti teruja melihat ombak yang memukul pantai.










8. Fushan fisheries resources conservation area.

Memang menarik bagi membuka satu kawasan pelindungan dan penjagaan ikan yang semakin tidak terkawal penangkapannya. 
Kawasan ini dibuka bagi menjaga kawasan bagi membantu menjaga habitat ikan dan kawasan batu karang. 








Pengunjung boleh bermain dan dan memberi makan kepada anak-anak ikan. Bayaran masuk adalah sebanyak  NT 40 dan makanan ikan yang di perbuat dari rumpai laut berharga Nt 25. 

Alamat:
No.58-1 Shanyuan,13 Lin, Fushan Village,
Beinan Town.



9. East Coast National Scenic Area.

Taiwan mempunyai 16 tribe orang asli yang kesemuanya di beri peluang untuk mempersembahkan bakat kretif dan karya seni mereka. Persembahan Amis tribe ini menjadi daya penarik kebanyakkan pelancong dari Jepun dan Korea yang turut sama-sama menonton.












Antara di sebut adalah persamaan tribe orang asli yang berasal dari tanah selatan atau nusantara. Perkataan dan bahasa hampir sama dengan tribe orang asli Amis ini seperti lima, mata, telinga dan lain-lain. Tiupan Seruling melalui hidung juga terdapat disini yang dikatakan popular di Malaysia.

Alamat:
No. 25, Xincun Road, Xinyi Village, Chenggong Township, Taitung County




Kawasan hentian rehat bagi perjalanan ke Hualien dari Taitung, Taiwan. Siap ada butang kecemasan dalam setiap bilik air. Penat memandu boleh santai layan cuaca sejuk bayu laut sambil berehat. Memang sesuai juga untuk bersenam dan bergambar.


Perjalanan dari Taitung menuju Hualien melalui laluan tepi pantai dengan pemandangan yang cantik dan ombak yang kuat ketika masa kami ke sini. Terdapat juga kawasan bermain papan luncur laut di kawasan ini.



10. Xingang (New Port).

Jom tengok bagaimana mereka menjual hasil ikan kepada peraih dan peniaga di sekitar new port fish market. Pelbagai jenis ikan yang ada dan segar seperti tuna, tenggiri dan ikan layar.

Struktur ekonomi bandar utama adalah pertanian dan perikanan. Aktiviti ekonomi utama di kawasan itu dikumpulkan di sekitar pelabuhan nelayan xingang. Xingang adalah pelabuhan terbesar di Pantai Timur. Rekabentuk yang menaik seperti sebuah kapal.

Alamat:
No.19, Gangbian Rd., Chenggong Township, Taitung







Perjalanan di teruskan melalui lebuh raya baru di kawasan Pergunungan Jade yang dapat memendekkan masa perjalanan dan lebih mudah melalui terowong baru. Gunung Jade akan bersalji ketika musim sejuk di bahagian puncak. Sepanjangan laluan sejauh 16.22km selama 30minit ini anda akan melalui perjalanan di dalam terowong sejauh 2 kilometer. Terowong ini akan mengeluarkan air jika kawasan terowong itu panas.





Sepanjang perjalanan kami melalui laluan lebuhraya No 9 terdapat banyak tanaman bunga canola yang dapat menghasilkan minyak masak. Pemandangan di sini sangat cantik dengan pemandangan gunung dan batuan sungai yang kelihatan ketika musim sejuk. Peminat alam semulajadi pasti teruja!



11. Wuhe princess Coffee.


Wuhe princess Coffee di pilih bagi mewakili minorti kawasan ini bagi mempromosikan produk kopi dan tea mereka. Mereka mengumpulkan dan menghasilkan kopi dan tea yg di tanam oleh masyarakat dan penduduk setempat. Antara yang popular adalah Princess Oolong dan honey black tea. 

Jolokan nama wuhe princess coffee sebagai simbolik atau duta kepada pemilik kedai ini yang banyak membantu penduduk dan memberi peluang pekerjaan kepada kawasan setempat.




  



Terdapat pokok kopi berusia lebih 100 tahun dari zaman penjajahan kolonial Japan. Anda dapat berpeluang merasa sendiri pelbagai jenis tea yang terdapat di sini dan boleh membancuh kopi anda sendiri. Pernah kisar kopi sendiri? Cubalah nanti di sini.

Alamat:
No. 336號, Section 2, Zhongzheng South Road, Ruisui Township, Hualien County, Taiwan 978


12. Promisedland Resort.

Promisedland Resort adalah hotel yang tersenarai dalam 100 hotel terbaik dunia dan mendapat pensijilan halal muslim friendly. Kemudahan bilik juga tersediakan bagi mengalu-alukan dan memenuhi keperluan tetamu muslim. Mereka juga menyediakan sejadah solat untuk tetamu waktu solat, tafsir Al-Quran dan arah kiblat. Bahagian makanan terdapat bilik khas dengan peralatan pinggan dan sudu yang berbeza dari biasa













Hotel ini digabungkan dengan reka bentuk seni bina gaya Sepanyol, semua corak jubin tangga di atas hotel yang diilhamkan oleh mosaik Maghribi, Atrium fountain seperti taman-taman Islam. Lebih 90 bilik yang mengadap tasik buatan dengan ikan dan air dari kawasan pergunungan memang cantik. Pengunjung juga boleh melakukan Diy dan aktiviti riadah seperti berakit, memasak pizza dan membuat uncang beg pewangi.

Alamat:
 No. 1號, Lixiang Road, Shoufeng Township, Hualien County, Taiwan 974



13. Li chuan aquafarm.

Jika ke Hualien jangan lupa singgah menikmati makanan di Restaurant linchuan aquafarm yang terkenal dengan hidangan lala dan makanan laut halal muslim friendly untuk muslim. Lebih 48 tahun beroperasi dan mempunyai pekerja dikalangan Indonesia dan Singapore.














Mempunyai kolam ternakan lala yang terbesar dan satu-satunya membuat membuat essence oil dari lala yang mempunyai vitamin B12 yang baik untuk hati dan memberikan tenaga. Jangan lupa membeli produk berasaskan lala ini.






Sempat juga melawat kilang memproses lala air tawar yang sangat besar. Jika berkesempatan boleh berkunjung ke sini dan menangkap lala dan memberi makan ikan di kolam. 

Aquafarm ini di katakan bertaraf 5 bintang kerana menggunakan air dari gunung yang jarang di lihat di mana-mana. Bersebelahan kedai ini anda boleh melawat muzium batu jed yang menarik.
Alamat:

974, Taiwan, Hualien County, Shoufeng Township, 魚池45號





14. Qixingtan Beach.

Pantai yang cantik dengan ombak dan batu-batu yang cantik. Kalau kena pada masanya anda akan dapat lihat nelayan menarik pukat ke pantai. Ikan-kan tersebuat akan di angkat menggunakan kren.

Anda akan mendengar bunyi batuan yang di tarik ombak jika berkunjung ke sini. Sejuk mata melihat laut yang membiru dan udara yang segar.
.



Starbucks kontena yang pertama di Hualien dan Asia. Starbucks Taiwan membuka kedai pertamanya di Asia Pasifik yang dibina daripada kontena bekas perkapalan dikitar semula sebanyak 29 unit kontena. Bersebelahan dengan Hualien Bay Mall dengan ukiran dan motif dari tribe asli di dalamnya.







15. Taroko Village Hotel di Taroko National Park.

Taroko Village hotel menjadi tarikan kerana pengunjung dapat mendalami sejarah dan keunikkan tribe Taroko dengan budaya persembahan mereka.  Puak atau tribe Taroko yang diajar untuk bekerja dan berdikari. 

Kesemuanya kecuali pengasas hotel Taroko Village adalah orang asli Taroko. Sedaya upaya membantu masyarakat orang asli Taroko berubah menjadi berdaya saing bagi jenerasi yang baru. 











16. Swallow grotto trail.

Taroko National Park mempunyai salah satu daya tarikan yang memukau jika anda datang ke sini, Tunnel baru yang lebih besar dan anda boleh melihat laluan jalan lama yang telah ditutup.





Jambatan dan terowong lama banyak yang di tutup mengantikan tunnel berbumbung atas sebab keselamatan. Pemandangan yang sangat cantik denga dek pemandangan yang luas dan selesa. Pengunjung dapat melihat menikmati keindahan alam semulajadi Taroko National Park.



17. Baiyang waterfall.

Pengalaman memasuki terowong gua batu kapur dan certain waterfall memang satu pengalaman yang menarik. Melalui beberapa buah tunnel sebelum sampai ke air terjun. Anda berpeluang merasai kesejukkan gunung dan mandi air yg melalui celahan terowong. Taiwan terkenal dengan torowong serta laluan mendaki. Terdapat pelbagai trail untuk anda merasa sendiri termasuklah mendaki ke puncak Taroko National park.














18. Sakula nature & healty Restaurant.

Sakula Nature & Healty Restaurant menjadi pilihan restoran halal muslim friendly yang memiliki sendiri tanaman sayuran dan herba-herba. Makanan ala Taiwan dapat anda cuba di sini yang memang sedap dan memikat hati. Jualan barangan halal juga tersedia di sini.









19. Hualien Dongdamen Tourist Market.

Hualien terkenal dengan kedai-kedai buku dan kedai Kopi
Tengah bandar Hualien City yang cukup cantik dan bersinar-sinar pada waktu malam. Bazar malam yang cukup besar mempunyai 3 bahagian dan salah satu daripadanya adalah untuk masyarakat oarang asli bagi berniaga atau menunjukkan bakat mereka.


Pelbagai jenis jualan termasuklah makanan dan cenderahati.
Agak sukar mencari makanan halal di bazar ini cuma buah-buahan yang sesuai di makan.



20. Madina Indian & Pakistani Food.

Jika lapar bolehlah ke Madina Indian & Pakistani Food untuk menikmat makan malam. Sempat juga menikmati nan chess, kari kambing dan udang memang sedap. Jangan lupa cuba juga manggo lassi yang pekat menjadi pilihan.






Sempat juga kami menuju ke supermarket di kawsan sekitar hotel untuk melihat sendiri barangan halal yang boleh di beli.





21. Hotel Cullinan.

Hotel Cullinan antara hotel yang berada di tengah-tengah bandar Hualien bersebelahan dengan shopping Mall antara halal muslim friendly hotel yang menarik. Mereka juga menyediakan sejadah solat untuk tetamu waktu solat, tafsir Al-Quran dan arah kiblat. 







22. Hualien train station.

Kemudahan yang lengkap serta ada kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan bagi menerima lebih banyak pengunjung. Station keretapi yang bersih dan cantik.



Perjalan di teruskan menaiki keretapi menuju ke Yilan dari Hualien.



23. Jianxio - Liyan, Taiwan.

Kawasan tanah rata yang luas sesuai tanaman padi dan daun bawang (spring onion). Sangat popular dengan hot spring. Berdekatan dengan bukit menjadikan kawasan ini sejuk dan nyaman. 



Terdapat hot spring untuk membersihkan kaki betul-betul berhadapan dengan Jianxio Station.





24. NO 9 Hotel.

Antara hotel yang mempunyai hiasan butik hotel yang elegan. Kebanyakan bilik baru menggunakan tandas bidet seperti di jepun.








25. Shandori Hotel.

Jiaoxi Township Yilan, Taiwan.
Shandori Hotel penuh dengan ukiran kayu-kayan yg mahal.
Hidangan makanan muslim sup dan vege mengikut musim adalah halal muslim friendly hotel. Terdapat jugak bilik solat untuk seminar dan bilik-bilik baru dengan tandas dengan tandas bidet.






Lebih daripada 100 pengusaha tea di kawasan ini dan mempunyai lebih dari 10 jenis tea dengan pelbagai jenis warna dan rasa tersendiri.












27. Haoke Sannshing B&B Homestay.

Homestay muslim friendly restoran dan muslim friendly tourism. Mempunyai 8 bilik dan mempunya 2 certificate muslim friendly tourism dan restaurant. Terdapat green house untuk melakukan diy pada masa akan datang. 











28. Luodong night market.

Luodong night market penuh dengan pelbagai jenis gerai makanan taiwan, kedai pakaiaan dan cenderahati.



Kilat sungguh lori sampah mereka dengan sistem pengurusan sampah yang menarik.





29. DIY Sanshing chong.

Kawasan yang sesuai dengan tanam daun bawang dari tempat lain kerana cuaca dan sistem pengairan yang baik menjadikan tanaman lebih subur. 

Tanaman lebih panjang dan rangup.
Menggunakan minyak halal dan mempunyai produk halal dari biskut daun bawang. Nt150 untuk merasai pengalaman memetik bawang Nt100 untuk memasak roti canai daun bawang.







30. Fairy Story Village Ecological Farm B&B Yilan

Fairy Story Village Ecological Farm B&B Yilan. Antara homestay yang bertaraf Muslim friendly restaurant dan tourism. 

Hasil tanaman yang segar dan tanpa bahan kimia di gunakan. Segala hasil dari buah-buahan, sayur di kebun dan herba di jadikan produk makanan dan minuman. Nak rasa buat diy kisar beras? Jom ke sini! 
Banyak diy mereka buat seperti memetik hasil tuaian, menuai mengasilkan padi dari kulitnya, memasak roti canai daun bawang dan menangkap ikan dan lala.










31. Meihua lake leisure farm.

Berdekatan dengan Meihua lake yang cukup popular untuk beriadah. Meihua lake leisure farm juga mempunya bilik-bilik besar sesuai untuk kelurga dan team building.






32 . Rothenburg lodge.

Suasana homestay ala-ala rumah agam di German dengan dipenuhi oleh barangan khas menjadikan homestay ini tampak mewah.








33. Riverside inn hotel.

Riverside inn hotel berhadapan dengan sungai dan sawah padi yang menjadikan hotel ini menarik untuk di kunjungi. Hiasan dalaman yang menarik serta makanan halal muslim friendly restaurant dan tourism dengan dua dapur yang besar di tempat sarapan pagi. Di dapur ini pelbagai aktiviti pembelajaran masakan halal di lakukan. 







34. Happiness Skyline Hotel.

Hotel yang mempunya view yang menarik dan berhadapan dengan Luodong train station. Hiasan dalaman yang moden dan cantik sesuai untuk orang muda. Masih dalam renovation bahagian dapur dan mendapat sijil muslim friendly tourism.









Tahniah! Carrefour Taiwan 
Bersungguh-sungguh kawan nak menunjukkan produk halal dekat kami. Rasa bangga dan terkesima jugak banyak produk halal tapi harga berbeza sikit yer tapi tidak perlu nanti bawa banyak-banyak dari Malaysia.



Orang Taiwan suka jem kaya malaysia so boleh la tukar-tukar buah tangan. Antara produk halal yang terdapat di Carrefour Yilan, Taiwan sebagai penutup #SalamTaiwan muslim friendly kita. Sampai Jumpa lagi.

1 comment:

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...