Terbaru/News

12 Tempat menarik di HUALIEN, TAIWAN yang harus anda lawati.

Penerbangan mengambil masa selama empat jam setengah dari Kuala lumpur ke Kaohsiung International Airport, Taiwan.

Kali ini kita akan menjelajahi bahagian pesisiran pantai Timur Taiwan. Antara tempat menarik  dan makanan halal yang ingin kami kongsikan adalah di Kaohsiung, Taitung, Hualien dan Yilan.



Kaohsiung Airport terletak di selatan Taiwan jadi untuk menuju ke pantai timur Taiwan kami menaiki keretapi menuju ke Taitung dan menaiki kereta dari travel agent yang kami hubungi.

Untuk perjalanan muslim friendly travel kali ini akan kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan popular menjadi yang tarikan tumpuan pelancong ke sini.

1. Wuhe princess Coffee.

Wuhe princess Coffee di pilih bagi mewakili minorti kawasan ini bagi mempromosikan produk kopi dan tea mereka. Mereka mengumpulkan dan menghasilkan kopi dan tea yg di tanam oleh masyarakat dan penduduk setempat. Antara yang popular adalah Princess Oolong dan honey black tea.

Jolokan nama wuhe princess coffee sebagai simbolik atau duta kepada pemilik kedai ini yang banyak membantu penduduk dan memberi peluang pekerjaan kepada kawasan setempat.



  


Terdapat pokok kopi berusia lebih 100 tahun dari zaman penjajahan kolonial Japan.


Anda dapat berpeluang merasa sendiri pelbagai jenis tea yang terdapat di sini dan boleh membancuh kopi anda sendiri. Pernah kisar kopi sendiri? Cubalah nanti di sini.

Alamat:
No. 336號, Section 2, Zhongzheng South Road, Ruisui Township, Hualien County, Taiwan 978
www.wuhe.asia/shop/


2. Promisedland Resort.

Promisedland Resort adalah hotel yang tersenarai dalam 100 hotel terbaik dunia dan mendapat pensijilan halal muslim friendly. Kemudahan bilik juga tersediakan bagi mengalu-alukan dan memenuhi keperluan tetamu muslim. 

Mereka juga menyediakan sejadah solat untuk tetamu waktu solat, tafsir Al-Quran dan arah kiblat. Bahagian makanan terdapat bilik khas dengan peralatan pinggan dan sudu yang berbeza dari biasa.











Hotel ini digabungkan dengan reka bentuk seni bina gaya Sepanyol, semua corak jubin tangga di atas hotel yang diilhamkan oleh mosaik Maghribi, Atrium fountain seperti taman-taman Islam.



Lebih 90 bilik yang mengadap tasik buatan dengan ikan dan air dari kawasan pergunungan memang cantik. Pengunjung juga boleh melakukan Diy dan aktiviti riadah seperti berakit, memasak pizza dan membuat uncang beg pewangi.

Alamat:
No. 1號, Lixiang Road, Shoufeng Township, Hualien County, Taiwan 974
http://www.plcresort.com.tw/en

3. Li chuan aquafarm.

Jika ke Hualien jangan lupa singgah menikmati makanan di Restaurant linchuan aquafarm yang terkenal dengan hidangan lala dan makanan laut halal muslim friendly untuk muslim. Lebih 48 tahun beroperasi dan mempunyai pekerja dikalangan Indonesia dan Singapore.













Mempunyai kolam ternakan lala yang terbesar dan satu-satunya membuat membuat essence oil dari lala yang mempunyai vitamin B12 yang baik untuk hati dan memberikan tenaga. Jangan lupa membeli produk berasaskan lala ini.







Sempat juga melawat kilang memproses lala air tawar yang sangat besar. Jika berkesempatan boleh berkunjung ke sini dan menangkap lala dan memberi makan ikan di kolam.

Aquafarm ini di katakan bertaraf 5 bintang kerana menggunakan air dari gunung yang jarang di lihat di mana-mana. Bersebelahan kedai ini anda boleh melawat muzium batu jed yang menarik.

Alamat:
974, Taiwan, Hualien County, Shoufeng Township, 魚池45號
http://www.lichuan.tw/

4. Qixingtan Beach.

Pantai yang cantik dengan ombak dan batu-batu yang cantik. Kalau kena pada masanya anda akan dapat lihat nelayan menarik pukat ke pantai. Ikan-kan tersebuat akan di angkat menggunakan kren.

Anda akan mendengar bunyi batuan yang di tarik ombak jika berkunjung ke sini. Sejuk mata melihat laut yang membiru dan udara yang segar.
.




Starbucks kontena yang pertama di Hualien dan Asia. Starbucks Taiwan membuka kedai pertamanya di Asia Pasifik yang dibina daripada kontena bekas perkapalan dikitar semula sebanyak 29 unit kontena. Bersebelahan dengan Hualien Bay Mall dengan ukiran dan motif dari tribe asli di dalamnya.





5. Taroko Village Hotel di Taroko National Park.

Taroko Village hotel menjadi tarikan kerana pengunjung dapat mendalami sejarah dan keunikkan tribe Taroko dengan budaya persembahan mereka. Puak atau tribe Taroko yang diajar untuk bekerja dan berdikari.
Kesemuanya kecuali pengasas hotel Taroko Village adalah orang asli Taroko. Sedaya upaya membantu masyarakat orang asli Taroko berubah menjadi berdaya saing bagi jenerasi yang baru.






6. Swallow grotto trail.

Taroko National Park mempunyai salah satu daya tarikan yang memukau jika anda datang ke sini, Tunnel baru yang lebih besar dan anda boleh melihat laluan jalan lama yang telah ditutup.





Jambatan dan terowong lama banyak yang di tutup mengantikan tunnel berbumbung atas sebab keselamatan. Pemandangan yang sangat cantik denga dek pemandangan yang luas dan selesa. Pengunjung dapat melihat menikmati keindahan alam semulajadi Taroko National Park.


7. Baiyang waterfall.

Pengalaman memasuki terowong gua batu kapur dan certain waterfall memang satu pengalaman yang menarik. Melalui beberapa buah tunnel sebelum sampai ke air terjun. Anda berpeluang merasai kesejukkan gunung dan mandi air yg melalui celahan terowong. 

Taiwan terkenal dengan torowong serta laluan mendaki. Terdapat pelbagai trail untuk anda merasa sendiri termasuklah mendaki ke puncak Taroko National park.











8. Sakula nature & healty Restaurant.

Sakula Nature & Healty Restaurant menjadi pilihan restoran halal muslim friendly yang memiliki sendiri tanaman sayuran dan herba-herba. Makanan ala Taiwan dapat anda cuba di sini yang memang sedap dan memikat hati. Jualan barangan halal juga tersedia di sini.








9. Hualien Dongdamen Tourist Market.

Hualien terkenal dengan kedai-kedai buku dan kedai Kopi Tengah bandar Hualien City yang cukup cantik dan bersinar-sinar pada waktu malam. 

Bazar malam yang cukup besar mempunyai 3 bahagian dan salah satu daripadanya adalah untuk masyarakat oarang asli bagi berniaga atau menunjukkan bakat mereka.



Pelbagai jenis jualan termasuklah makanan dan cenderahati. Agak sukar mencari makanan halal di bazar ini cuma buah-buahan yang sesuai di makan.
10. Madina Indian & Pakistani Food.

Jika lapar bolehlah ke Madina Indian & Pakistani Food untuk menikmat makan malam. Sempat juga menikmati nan chess, kari kambing dan udang memang sedap. Jangan lupa cuba juga manggo lassi yang pekat menjadi pilihan.




Sempat juga kami menuju ke supermarket di kawsan sekitar hotel untuk melihat sendiri barangan halal yang boleh di beli.



11. Hotel Cullinan.
Hotel Cullinan antara hotel yang berada di tengah-tengah bandar Hualien bersebelahan dengan shopping Mall antara halal muslim friendly hotel yang menarik. Mereka juga menyediakan sejadah solat untuk tetamu waktu solat, tafsir Al-Quran dan arah kiblat.






12. Hualien train station.

Kemudahan yang lengkap serta ada kerja-kerja penambahbaikan sedang dilakukan bagi menerima lebih banyak pengunjung. Station keretapi yang bersih dan cantik.



Perjalan di teruskan menaiki keretapi menuju ke Yilan dari Hualien. 

Taiwan mempunyai lebih dari 16 etnik orang asli yang menjadi daya tarikan pelancong ke sana untuk melihat sendiri keunikan mereka. 

Jom ikuti perjalanan kami #SalamTaiwan dan #HalalTaiwan yang telah saya kongsikan di sosial media Facebook dan Instagram.

Boleh follow instagram saya untuk lebih banyak travel tips www.instagram.com/dboy_studio
Boleh juga baca blog di : www.dboystudiomy.com

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...