Terbaru/News

Epson melancarkan barisan projektor pawagam rumah yang baharu, 4K PRO- UHD

Epson melancarkan barisan projektor pawagam rumah yang baharu, 4K PRO- UHD membolehkan penyiaran imersif bagi teater kediaman anda.

Projektor 4K PRO-UHD bermodel EH-TW7400 (kiril) dan EH-TW9400 (kanan) keluaran Epson.

Epson telah memperkenalkan barisan projektor pawagam rumah yang baharu, iaitu projektor EH-TW7400 dan EH-TW9400 yang dikuasakan oleh teknologi 4K PRO-UHD yang terkini. 




Barisan projektor ini menampilkan keupayaan teknologi pemindahan piksel, menambah resolusi yang membawakan pengalaman 4K serba imersif dan menakjubkan bagi para penggemar filem. 



Dengan teknologi pemerkayaan 4K, projektor pawagam rumah terbaharu ini boleh menyampaikan kualiti imej yang luar biasa dengan penampilan pelbagai ciri seperti kecerahan, ketepatan wama dan perincian imej untuk pengalaman 4K PRO-UHD yang terbaik. 

Projektor-projektor PRO-UHD ini menawarkan nisbah kontras berdinamik tinggi sebanyak 1.200.000:1. gamut wama yang luas untuk memaparkan keseluruhan ruang wama DCI-P3, dan dengan kecerahan pelbagai warna termasuk warna putih secara saksamanya berupaya dipaparkan pada tahap setinggi 2,600 lumen.



Tambahan lagi, projektor ini juga sesuai dengan kandungan High Dynamic Range' (HDR) yang mampu menyampaikan julat warna yang besar serta butiran dalam adegan-adegan yang kelihatan cerah serta gelap sambil membawakan warna-warna yang diperkayakan dan nampak natural. 



Dari segi prestasi imej, projektor ini menampilkan cip pemprosesan digital 12-bit dengan Frame Interpolation dan 'Advanced Motion Control untuk mewujudkan transisi antara babak yang dijadikan lebih lancar, serta mengelakkan imej daripada kesan pelangi yang boleh menganggu penonton. 





Projektor-projektor ini mudah untuk digunakan dan lengkap dengan lensanya yang berkuasa. Untuk tujuan fleksibiliti pemasangan, ia didatangkan dengan julat penetapan lensa yang luas iaitu sebanyak +96 peratus secara vertikal dan +47 peratus secara mendatar.

Projektor Epson 4K Pro-UhD  model EH- TW7400 di tawarkan pada harga Rm 9,800 dan EH-TW9400 pada harga Rm14,919 boleh didapati di pasaran pada pertengahan bulan April.

Untuk maklumat lanjut, layari

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...