Terbaru/News

Harga Tiket Boyzone Live In Malaysia

Konsert terakhir Boyzone sebagai tanda terima kasih dan selamat tinggal kepada peminat Malaysia.


Rebut peluang ini! Ini peluang terakhir untuk peminat Boyzone mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, kerana kumpulan pop dari Ireland ini akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert mereka yang terakhir pada bulan Jun ini. 

Kuartet dari Ireland ini yang terdiri daripada Ronan Keating, 40, Shane Lynch, 41, Keith Duffy, 42, dan Mikey Graham, 45,akan membuat peminat mereka kagum dengan persembahan penuh nostalgia yang akan mengimbau masa lalu dengan lagu-lagu mereka yang pernah menguasai carta. 

Boyzone mula-mula menjadi terkenal pada tahun 1995 dengan lagu Love Me for a Reason. Semenjak itu, kumpulan ini telah mengeluarkan lima album yang telah menjuarai carta, menjual lebih daripada 20 juta album dan menggetarkan jiwa peminat mereka dengan 21 lagu yang pernah mendapat tempat teratas di carta British Pop Charts yang tidak dapat dilupakan, seperti Love Me for A Reason, No Matter What, All That I Need dan banyak lagi. 

Boyzone telah mengadakan persembahan mereka di Kuala Lumpur buat pertama kali pada Ogos 2018 untuk meraikan ulang tahun mereka yang ke-25 sebagai kumpulan. Ketika konsert itu, mereka telah menyatakan bahawa mereka sedang membuat album baru dan berjanji akan kembali ke Kuala Lumpur tidak lama lagi. 

Dengan pelancaran album terakhir ini, Boyzone telah memulakan Thank You & Goodnight The Farewell Tour pada Januari 2019, bermula dari UK dan Ireland, diikuti oleh Australia, New Zealand, Eropah dan Asia. 

Apabila mengumumkan tour ini, mereka berkata: “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang taksabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahun kemudian…” 


Selepas Thank You and Goodnight The Farewell Tour ,kumpulan ini akan bersara untuk selamanya. 

Bergembiralah peminat Boyzone! Ini peluang terakhir anda untuk melihat kumpulan pop kegemaran anda dalam konsert live mereka yang terakhir di Kuala Lumpur. Marilah ucapkan selamat tinggal kepada Boyzone Jun ini. Ambil peluang terakhir ini! 


Boyzone THANK YOU & GOODNIGHT 
The Farewell Tour 2019 
Tarikh : Jumaat, 14 Jun 2019 
Masa : 8.30pm 
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam 
Tiket berharga RM198, RM438, RM588 and RM688 

Tiket boleh didapati di www.airasiaredtix.com dari 6 Mei 2019, bermula12 tengahari 

Eksklusif untuk 200 pelanggan VIP yang terawal – akan dapat bergambar dengan kumpulan Boyzone

200 orang pelanggan VIP yang pertama akan dapat bergambar bersama Boyzone! Secara eksklusif untuk 200 pelanggan pertama yang membeli tiket VIP (berharga RM688 setiapsatu). Cepat, rebut peluang ini! 

Boyzone Thank You and Goodnight The Farewell Tour 2019 di Kuala Lumpur dianjurkan oleh WOWSTAR Creative Entertainment dan diuruskan oleh J StarLux Entertainment Group dan Aco Media.

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...