Coocaa Memasuki Pasaran Malaysia Dan Eksklusif Bersama Lazada Antara TV Mampu Milik Terbaik
Buat penggemar teknologi terkini seiring dengan zaman teknolgi tanpa wayar anda mungkin akan berfikir untuk mendapatkan sebuah Tv Pintar yang mana anda boleh melayar internet, bermain game, menonton filem, melayari youtube dan pelbagai lagi dengan Tv yang besar dan luas. Mungkin ini adalah peluang terbaik untuk anda.
Coocaa komited dalam membawa produk TV Pintar yang inovatif dan berkualiti tinggi, dilengkapi dengan teknologi terkini yang canggih, pada harga mampu milik. Telah dilancarkan di Indonesia, Thailand dan Vietnam pada tahun 2018, coocaa muncul sebagai jenama peralatan rumah nombor 1 terlaris bagi Lazada Asia Tenggara dalam tempoh lapan bulan pelancarannya.
Coocaa, jenama TV Pintar yang baru telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada hari Khamis, 27 Jun. coocaa merupakan jenama TV dalam talian sepenuhnya yang hanya boleh diperolehi secara eksklusif di Lazada. Usahasama coocaa-Lazada yang dijalin semenjak bulan Ogos 2018 telah menerajui kemasukkan coocaa ke beberapa pasaran Asia Tenggara.
Coocaa yang telah dilancarkan di Indonesia pada Ogos 2018, dengan serta merta menguasai pasaran dan menjadi jenama TV nombor 1 di Lazada. Berikutan kejayaannya di pasaran Indonesia, coocaa melancarkan pembukaan kedainya secara rasmi di Lazada Thailand pada November 2018 diikuti dengan Vietnam dalam tempoh yang sama dan Filipina pada awal tahun ini.
Dikenali dengan logo oren yang terang, coocaa dengan pantas telah meraih bilangan pengikut yang tinggi di negara ASEAN yang lain. coocaa, memahami bahawa pengalaman menonton tv adalah berbeza bagi setiap pengguna, kerana itu ia memperkenalkan tiga siri produk, iaitu siri Explore, Innovate dan Change. Slogan, “Play in Your Style”, direka khusus untuk golongan muda serta mereka yang berjiwa muda dan mendorong pengguna untuk menerokai dunia baru, bergembira sambil mengejar impian dan tidak takut untuk menampilkan personaliti diri. Dengan rangkaian TV Pintar yang menakjubkan, setiap rakyat Malaysia akan mampu memiliki rangkaian hiburan yang terkini dalam kehidupan mereka.
Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia berkata, “Kami optimistik bahawa coocaa akan mendapat sambutan yang mantap di kalangan rakyat Malaysia selepas melihat sambutan yang memberangsangkan di pasaran kami yang lain serta teruja untuk melanjutkan lagi usahasama ini ke Malaysia. Ketika rakyat Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital untuk keperluan harian, Lazada meneruskan evolusinya untuk menjadi destinasi gaya hidup sehenti yang mampu kami penuhi melalui ekosistem kami yang membawa jenama tempatan dan antarabangsa. Kerjasama kami bersama coocaa memberi peluang kepada kami untuk menawarkan kepelbagaian kepada para pembeli dengan harga mampu milik tanpa menjejaskan kualiti serta gaya.”
Terdapat lima SKU yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia. Setiap satu menampilkan panel berkualiti, resolusi unggul dan menyokong aplikasi perkongsian skrin. Kesemua model ini berfungsi menggunakan Android 8.0 dan coocaa lite dan bagi memudahkan perayauan ia juga turut menyokong pelbagai format fail seperti JPG, MP3, AAC dan Movie (MP4, MKV, dsb.), membolehkan pengguna memenuhi apa jua citarasa mereka. Tambahan pula, ia didatangkan dengan jaminan perkhidmatan selepas jualan selama 2 tahun di seluruh negara, bagi memastikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan.
Kesemua model sasar bagi menawarkan pengalaman menonton TV Pintar yang unggul kepada semua rakyat Malaysia pada harga mampu milik. Sempena pelancaran di Malaysia, coocaa dan Lazada menawarkan harga pra-jualan Pertengahan Tahun istimewa pada diskaun sehingga 46 peratus yang terbuka kepada semua pembeli bermula daripada 29 Jun sehingga 11 Julai serta Jualan Kilat pada 12 Julai.
Rangkaian TV Pintar coocaa yang hebat ini direka untuk memberikan pengalaman hiburan yang maksima kepada pengguna. Dengan lebih 23 tahun pengalaman dalam proses pembuatan berteraskan kepada kualiti Jepun yang tinggi, coocaa menawarkan gaya hidup santai yang menyeronokkan dan melangkaui pengalaman impian untuk semua.
TV coocaa di Malaysia
Lima model TV coocaa di Malaysia adalah: 32-inci 32S3C, 40- inci 40S3C, 40- inci 40S5G, 50- inci 50Q5 dan 55- inci 55Q5 dan kelima-lima datang dibawah tiga siri yang berlainan iaitu, Explore, Innovate dan Change – dimana setiap satunya membawa pengalaman menonton yang unik untuk memenuhi cita rasa menonton yang sofistikated rakyat Malaysia yang senantiasa berubah.
Siri Explore (50/55Q5) dijana oleh Google Assistant dengan kemampuan Teknologi Alot yang mampu menghubung serta mengawal peranti pintar di rumah anda. Pengguna akan berupaya untuk menghidupkan kipas, memasang lampu dan mengaktifkan pelembap udara hanya dengan bercakap melalui alat kawalan jauh Android TV coocaa. Ia juga boleh digunakan sebagai pembantu peribadi kerana ia mampu mengingati kata laluan, mencatat kalendar, memaklumkan keadaan cuaca, memberi cadangan restoran, dan pelbagai fungsi hebat yang lain.
Siri coocaa Innovate (32/40S3C) memiliki fungsi dalaman video Amazon prime yang membolehkan pengguna menikmati lebih daripada 700+ buah filem dan rancangan TV. TV Pintar ini juga mampu memaparkan kandungan Youtube dan menyokong fungsi perkongsian Mirror dari peranti lain, yang membolehkan anda menonton melalui paparan skrin besar. Sistem pintar dan reka bentuk estetikanya disempurnakan dengan skrin infiniti menjadikan ia sebagai barangan mesti milik bagi mereka yang mengimpikan sistem hiburan yang sempurna dan menyeronokkan.
Siri Change (40S5G) merupakan satu-satunya TV Android coocaa tanpa bingkai, dengan paparan FHD dan sistem operasi Android 8.0, anda boleh menikmati kehebatan perkhidmatan Google pada skrin yang memenuhi ruang tidur anda dengan sempurna.
Jualan Pengenalan Istimewa
Sertai pra-jualan coocaa 29 hingga 11 Julai dan bayar hanya 10 peratus deposit untuk model 55-inci 55SQ5 dan jadilah salah seorang pembeli bertuah untuk dapat menguji produk selama 15 hari. Hanya untuk bilangan unit yang terhad. Tidak suka? Pulangkan dalam keadaan baik dan dapatkan bayaran balik penuh atau belikannya dengan harga diskaun.
Salah satu tawaran pengenalan yang paling menarik untuk TV Pintar coocaa ialah jualan Bundle, gabungan model 50Q5 dan 32S3C. Hanya unit terhad sahaja yang boleh didapati – harga istimewa untuk jualan bundle ini akan diadakan pada 11 Julai.
Apa tunggu lagi tiba masanya untuk anda memiliki sebuah Tv pintar untuk ruang tamu rumah anda. Satu pengalaman baru seisi rumah dapat menonton bersama keluarga. Jangan lupa rebut peluang dan promosi terbaik ini.
Untuk maklumat lanjut layari https://www.lazada.com.my/shop/coocaa
#coocaaMY #MYcoocaa #tv#shopping #onlineshopping #homeliving

“Kami teruja membawa coocaa ke pasaran Malaysia. Kami merupakan jenama baru yang berinovasi dan mensasarkan pelanggan dari golongan muda yang pintar digital dan menghargai serta menghayati akan keunggulan paparan berdefinisi tinggi semasa menonton mahupun bermain game serta kejituan sambungan talian yang disediakan oleh TV kami. Melalui usahasama yang kami jalin bersama Lazada, salah satu dari platform e-dagang terunggul di Malaysia, ditambah pula dengan peningkatan jualan alatan elektronik melalui platform e-dagang, kami optimistik akan membawa impak besar kepada industri TV Pintar. Dan hari ini, kami berbangga untuk menampilkan TV Pintar coocaa, TV Pintar Android mampu milik melalui Lazada Malaysia,” ujar Encik Daniel Huang, Pengurus Projek coocaa.
"Kami menjangkakan sambutan yang positif dan penuh keterujaan dari rakyat Malaysia. Dengan peningkatan penggunaan internet – kepada 87.4 peratus pada 2018 berbanding 76.9 peratus pada 2016 – peningkatan ketara yang diperolehi melalui kemantapan penyampaian hubung rangkaian yang lebih baik, sambungan talian yang lebih unggul serta pelan data berinovasi dan kompetitif, kami menjangkakan peluang pertumbuhan yang besar di Malaysia. Kami berhasrat untuk memenuhi kehendak golongan alaf baru yang merangkumi sejumlah 50 peratus pengguna internet. Kami juga mensasarkan untuk mengulangi kejayaan di Indonesia dan menduduki tempat teratas dalam kategori TV bagi pasaran e-dagang di Malaysia,” ujar beliau selanjutnya.
Dikenali dengan logo oren yang terang, coocaa dengan pantas telah meraih bilangan pengikut yang tinggi di negara ASEAN yang lain. coocaa, memahami bahawa pengalaman menonton tv adalah berbeza bagi setiap pengguna, kerana itu ia memperkenalkan tiga siri produk, iaitu siri Explore, Innovate dan Change. Slogan, “Play in Your Style”, direka khusus untuk golongan muda serta mereka yang berjiwa muda dan mendorong pengguna untuk menerokai dunia baru, bergembira sambil mengejar impian dan tidak takut untuk menampilkan personaliti diri. Dengan rangkaian TV Pintar yang menakjubkan, setiap rakyat Malaysia akan mampu memiliki rangkaian hiburan yang terkini dalam kehidupan mereka.
Ketua Pegawai Operasi Lazada Malaysia berkata, “Kami optimistik bahawa coocaa akan mendapat sambutan yang mantap di kalangan rakyat Malaysia selepas melihat sambutan yang memberangsangkan di pasaran kami yang lain serta teruja untuk melanjutkan lagi usahasama ini ke Malaysia. Ketika rakyat Malaysia sedang mencari lebih banyak penyelesaian digital untuk keperluan harian, Lazada meneruskan evolusinya untuk menjadi destinasi gaya hidup sehenti yang mampu kami penuhi melalui ekosistem kami yang membawa jenama tempatan dan antarabangsa. Kerjasama kami bersama coocaa memberi peluang kepada kami untuk menawarkan kepelbagaian kepada para pembeli dengan harga mampu milik tanpa menjejaskan kualiti serta gaya.”
Terdapat lima SKU yang ditawarkan bagi pasaran Malaysia. Setiap satu menampilkan panel berkualiti, resolusi unggul dan menyokong aplikasi perkongsian skrin. Kesemua model ini berfungsi menggunakan Android 8.0 dan coocaa lite dan bagi memudahkan perayauan ia juga turut menyokong pelbagai format fail seperti JPG, MP3, AAC dan Movie (MP4, MKV, dsb.), membolehkan pengguna memenuhi apa jua citarasa mereka. Tambahan pula, ia didatangkan dengan jaminan perkhidmatan selepas jualan selama 2 tahun di seluruh negara, bagi memastikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan.
Kesemua model sasar bagi menawarkan pengalaman menonton TV Pintar yang unggul kepada semua rakyat Malaysia pada harga mampu milik. Sempena pelancaran di Malaysia, coocaa dan Lazada menawarkan harga pra-jualan Pertengahan Tahun istimewa pada diskaun sehingga 46 peratus yang terbuka kepada semua pembeli bermula daripada 29 Jun sehingga 11 Julai serta Jualan Kilat pada 12 Julai.
Rangkaian TV Pintar coocaa yang hebat ini direka untuk memberikan pengalaman hiburan yang maksima kepada pengguna. Dengan lebih 23 tahun pengalaman dalam proses pembuatan berteraskan kepada kualiti Jepun yang tinggi, coocaa menawarkan gaya hidup santai yang menyeronokkan dan melangkaui pengalaman impian untuk semua.
TV coocaa di Malaysia
Lima model TV coocaa di Malaysia adalah: 32-inci 32S3C, 40- inci 40S3C, 40- inci 40S5G, 50- inci 50Q5 dan 55- inci 55Q5 dan kelima-lima datang dibawah tiga siri yang berlainan iaitu, Explore, Innovate dan Change – dimana setiap satunya membawa pengalaman menonton yang unik untuk memenuhi cita rasa menonton yang sofistikated rakyat Malaysia yang senantiasa berubah.
Siri Explore (50/55Q5) dijana oleh Google Assistant dengan kemampuan Teknologi Alot yang mampu menghubung serta mengawal peranti pintar di rumah anda. Pengguna akan berupaya untuk menghidupkan kipas, memasang lampu dan mengaktifkan pelembap udara hanya dengan bercakap melalui alat kawalan jauh Android TV coocaa. Ia juga boleh digunakan sebagai pembantu peribadi kerana ia mampu mengingati kata laluan, mencatat kalendar, memaklumkan keadaan cuaca, memberi cadangan restoran, dan pelbagai fungsi hebat yang lain.
Siri coocaa Innovate (32/40S3C) memiliki fungsi dalaman video Amazon prime yang membolehkan pengguna menikmati lebih daripada 700+ buah filem dan rancangan TV. TV Pintar ini juga mampu memaparkan kandungan Youtube dan menyokong fungsi perkongsian Mirror dari peranti lain, yang membolehkan anda menonton melalui paparan skrin besar. Sistem pintar dan reka bentuk estetikanya disempurnakan dengan skrin infiniti menjadikan ia sebagai barangan mesti milik bagi mereka yang mengimpikan sistem hiburan yang sempurna dan menyeronokkan.
Siri Change (40S5G) merupakan satu-satunya TV Android coocaa tanpa bingkai, dengan paparan FHD dan sistem operasi Android 8.0, anda boleh menikmati kehebatan perkhidmatan Google pada skrin yang memenuhi ruang tidur anda dengan sempurna.
Jualan Pengenalan Istimewa
Sertai pra-jualan coocaa 29 hingga 11 Julai dan bayar hanya 10 peratus deposit untuk model 55-inci 55SQ5 dan jadilah salah seorang pembeli bertuah untuk dapat menguji produk selama 15 hari. Hanya untuk bilangan unit yang terhad. Tidak suka? Pulangkan dalam keadaan baik dan dapatkan bayaran balik penuh atau belikannya dengan harga diskaun.
Salah satu tawaran pengenalan yang paling menarik untuk TV Pintar coocaa ialah jualan Bundle, gabungan model 50Q5 dan 32S3C. Hanya unit terhad sahaja yang boleh didapati – harga istimewa untuk jualan bundle ini akan diadakan pada 11 Julai.
Apa tunggu lagi tiba masanya untuk anda memiliki sebuah Tv pintar untuk ruang tamu rumah anda. Satu pengalaman baru seisi rumah dapat menonton bersama keluarga. Jangan lupa rebut peluang dan promosi terbaik ini.
Untuk maklumat lanjut layari https://www.lazada.com.my/shop/coocaa
#coocaaMY #MYcoocaa #tv#shopping #onlineshopping #homeliving
Nampak gaya smart tv Coocaa nie bakal mendapat sambutan kat Malaysia. Lihat sahaja spesifikasi dan teknologi yg ditawarkan, setanding dgn harga dan harga jauh lebih murah dari harga pasaran jnama2 lain
ReplyDelete