Terbaru/News

Aktiviti menarik di Tadom Hill, Banting Selangor yang harus anda lawati.

Kali ini ingin kami kongsikan kepada anda aktiviti menarik di Tadom Hill Resorts, Banting Selangor yang pasti membuatkan anda teruja dan teringin untuk ke sini.

Aktiviti #TravelWithBuddies baru-baru ini membuatkan ramai tertanya-tanya apakah uniknya Tadom Hill Resorts sehinggakan menjadikan salah satu destinasi pilihan percutian keluarga yang menarik. Kali ini kami akan kongsikan kepada anda apa yang menarik dan untuk anda rasai sendiri aktiviti, permainan dan keindahan yang terdapat di Tadom Hill Resorts.





Tadom Hill Resort diberi nama sempena nama Bukit Tadom dan terletak berhadapan Tadom Hill Resorts di Kampung Labohan Dagang,42700 Banting, Selangor. Ramai yang terkejut anda boleh menikmati kawasan sebegini lebih kurang 1 jam perjalanan dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur sahaja. Panorama yang indah bersama aktiviti beriadah dan sukan lasak tersedia untuk anda.



Penginapan 2 hari 1 Malam di Bamboo Hakka Village.

Bamboo Hakka Village terletak di Tadom Hill Resorts dihasilkan lebih daripada 6000 batang buluh yang boleh menempatkan 150 orang dalam satu-satu masa. Kediaman ini menjadi daya tarikan tersediri di hasilkan sama seperti bentuk asal ini negara China oleh komuniti Puak Hakka. Apa yang menarik di sini menggunakan buluh keseluruhannya.







Terdapat juga jenis penginapan seperti Semantan Chalets, Gendui Chalets, Bamboo Madu Chalets, Bamboo Hut, Hammock Spheres dan Bamboo Tents. Senarai harga bilik anda boleh KLIK di sini.












Konsep buluh diketengahkan oleh pihak pengurusan Tadom Hill Resorts bagi menghargai alam semulajadi serta memberikan keunikan kepada pengunjung. Bagi memastikan dan memelihara keindahan alam semulajadi, Tadom Hill Resorts sentiasa berkerjasama rapat dengan orang asli tempatan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada mereka.







Harga Rm25 untuk dewasa pada hujung minggu Rm22 hari biasa dan kanak-kanak Rm20 dan Rm17 hari biasa boleh dikategori harga terbaik bagi pengunjung. Percuma bagi kanak-kanak bawah 3 tahun dan warga emas.



Sedikit penerangan perkara yang boleh dilakukan ketika berada si sini dan sedikit tour bagi pengunjung berkumpulan atau team building bagi menegal pasti kawasan-kawasan di sekitar Tadom Hill Resorts.







Selain aktiviti mandi dan berakit banyak juga aktiviti lain yang terbaru dan terkini yang sempat kami cuba adalah Flying fox, Archery combat, ATV, Bamboo raft race,Paintball dan banyak lagi yang menarik.










Memang puas bermandi manda di sini dengan air yang sejuk dan yang paling penting semua peserta harus menggunakan baju pelampung keselamatan walaupun anda pandai berenang sekalipun. Kawasan mandi sentiasa di pantau keselamatannya.


























Permainana Flying Fox yang melintas atas air memang rasa sangat teruja dan mencabar. Jika ke sini jangan lupa untuk mencubanya nanti. Keselamatan amat di titik beratkan Tadom Hill Resorts jadi anda tak perlu risau. Setiap permainan di berikan penerangan yang terbaik oleh guide terlatih.







Archery combat memang menarik iaitu panah getah yang lembut bagi sesiapa yang inginkan cabaran archery combat yang lasak. Peserta pasti berpeluh ketika bermain aktiviti yang memerlukan kerjasama pasukan.




Aktiviti Atv memang sentiasa mendapat perhatian sebab anda boleh redah hutan dan laluan berbukit di belakang Bukit Tadom. Jika inginkan aktiviti mencabar saya sarankan anda berkunjung ke sini.



Aktiviti perkemahan dan team building juga boleh di lakukan di sini.

Kalau dah layan semua aktiviti haruslah makan makanan yang boleh memberi tenaga kembali.
Kali ni kami cuba nasi buluh daun pisang yang sedap. Sekiranya anda berpeluang ke sini, anda haruslah mencuba menu tengahari set Bamboo Rice di Cafe Tadom Hill Resorts yang sedap dan menarik.













Suasana malam lebih tenang dan agak sejuk ketika di sini. Terdapat restaurant untuk anda menikmati makan malam dan bersantai bersama-sama.








Pengunjung boleh menempah gazebo untuk menikmati makan malam sendiri seperti bbq bersama kawan-kawan dan keluarga. Pihak Tadom Hill Resorts menyediakan menu dan bahan mentah untuk anda memasak bersama-sama.














Antara fasiliti yang tersedian untuk anda nikmati seperti kemudahan untuk tempat permainan, bilik- bilik mandi dan surau.











Sebelum pulang kami berkesempatan berjumpa dengan Dato' Lai Yeng Fock yang sempat memberikan penerangan dan menunjukkan proses arang buluh, cuka buluh dan proses pembuatan baja compos melalui sisa pertanian. Jika berkunjung ke sini jangan lupa membeli cenderahati sebagai buah tangan.















Rancang percutian anda dan untuk maklumat lanjut mengenai Tadom Hill Resorts anda boleh layari laman web dan sosial media mereka :

Monday – Sunday (9.00am – 6.45pm)

Phone numbers:
012-5225728, 012-5225908, 012-5225883

#TadomHillResorts #dboystudio
#TravelWithBuddies #MalaysiaTravelBlog


No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...