Terbaru/News

Peladang Setiu Agro Resort

Penginapan menarik seterusnya adalah di Peladang Setiu Agro Resort yang penuh dengan aktiviti menarik dengan kawasan yang luas untuk beriadah, team building dan aktiviti lasak





Peladang Setiu Agro Resort menjadi tarikan kerana terkenal dengan kawasan yang sesuai untuk melakukan team building, aktiviti lasak, meredah denai dan hutan. Kawasan yang luas dan mempunyai kolam bagi aktiviti air.



Kebanyakan bilik mempunyai beranda menghadap kolam yang dapat memberikan anda suasana yang tenang dan sejuk. Terdapat juga ikan-ikan besar di dalam kolam tersebut seperti pacu, jelawat dan lain-lain lagi.










Suasana bilik yang agak luas mempunyai sambungan ke bilik lain sesuai untuk keluarga besar menginap di sini. Bagi kanak-kanak terdapat kolam mandi yang menarik untuk mereka dan luas.



Aktiviti flying fox di Peladang Agro Resort Setiu, Terengganu ini dikatakan mencabar kerana anda perlu menaiki menara setinggi 3 tingkat. Bagi peminat aktiviti lasak anda harus mencuba kerana Flying fox ini akan melalui kolam dan agak mencabar.



Anda tidak perlu risau kerana ada guide terlatih akan membimbing anda melakukan setiap aktiviti dengan selamat. Pastikan kesihatan anda dalam keadaan yang baik.











Peladang Setiu Agro Resort ini mempunyai kawasan yang cukup luas untuk bersantai bersama keluarga atau kawan-kawan. Pelbagai aktiviti seperti berkayak dan tubing juga turut di sediakan.





Selain itu terdapat juga aktiviti night walk di Peladang Setiu Agro Resort. Kami berpeluang melakukan night walk di Gunung Tebu. Pelbagai jenis fauna dan flora dapat dilihat tapi tidak sebanyak pada waktu hari siang.




Terdapat pokok melunak yang cukup besar dan aliran sungai mati yang hilang dalam tanah. Cukup hebat apabila dapat menghabiskan aktiviti mencabar ini. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web dan laman sosial mereka di :

Website : www.agroresort.com
Email : peladang_agroresort@yahoo.com
Facebook : Peladang Setiu Agro Resort

PELADANG SETIU AGRO RESORT
Lot 3912, Guntong 22040 Setiu 
Terengganu, Malaysia.
09-6920059/ 019-9192240

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...