Terbaru/News

PIZZA HUT MEMBAWA SELERA ANDA KELUAR BERCUTI DENGAN PELANCARAN PIZZA HAND CRAFTED LIGHT & AIRY BAHARU PADA RM1.90

Jom nak berkongsi dengan anda semua. Pizza Hut sekali lagi tampil untuk mengukir sejarah dengan ciptaan kerak terbaharu yang bakal mengangkat kelazatan piza ke tahap yang lebih hebat. Setelah bertahun-tahun berkembang, kerak piza jenis Hand Crafted San Francisco yang terbaharu ini memberikan citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam, dicipta khas untuk menggembirakan selera para pencinta piza terkini.


Sebagai jenama pizza yang paling dikenali di Malaysia, tiada yang lebih penting daripada meletakkan citarasa dan selera pelanggan sebagai keutamaan kami, memastikan setiap pengalaman menikmati pizza mudah dan enak untuk semua lapisan masyarakat. Peningkatan citarasa dan selera semasa terhadap makanan jenis ‘artisanal’ dan autentik di kalangan generasi muda memberi peluang kepada Pizza Hut untuk menampilkan produk berinovasi ini kepada mereka.





“Hand Crafted San Francisco Style Pizza terbaharu ini disediakan segar setiap hari menggunakan doh jenis sourdough yang melalui proses penapaian yang panjang, mewujudkan struktur sel terbuka yang benar-benar mengubah rasa dan tekstur pizza. Ini menghasilkan kerak piza unik yang garing di luar, namun lembut dan ringan pada setiap gigitan, sambil meninggalkan rasa enak dan lazat.”

Hand Crafted San Francisco Pizza - Veggie Lover

“Teknik pembuatan yang inovatif ini mengangkat kerak piza jenis nipis yang biasa terdapat di pasaran menjadi satu-satunya kerak enak luar biasa dengan kesedapan unik, hanya terdapat di Pizza Hut. Hand Crafted San Francisco Style Pizza adalah kerak piza bertekstur, penuh dengan keenakan rasa, namun ringan. Ini benar-benar tiada tandingan, begitu ringan tetapi lazat, dengan harga yang sesuai dinikmati oleh semua rakyat Malaysia," kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.

Bagi meraikan pelancaran ini, Pizza Hut telah merangka kempen kreatif berkait dengan keinginan yang mungkin dirasakan oleh semua rakyat Malaysia sekarang - kerinduan untuk bercuti dan berjalan jauh sambil menimba pengalaman baru namun terhalang di musim PKP yang ketat semenjak Jun lalu. 

Hand Crafted San Francisco Pizza - Creamy Crispy Chicken

Pizza Hut ingin mengembirakan pelanggan dengan memberikan satu alternatif dimana ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati percutian dan pengalaman travel dengan cara unik menerusi tekak dan selera mereka dengan Hand Crafted San Francisco Style Pizza yang baharu. 

Kelazatan kerak terbaharu ini akan melahirkan kepuasan rasa yang hebat seakan-akan perasaan anda semua apabila dapat makan angin dan bercuti ke tempat yang baru.

Hand Crafted San Francisco Pizza - Creamy Beef Fiesta
"Kami berharap musim PKP ini lebih bermakna dengan kempen kreatif ini dimana 10,000 rakyat Malaysia yang bertuah akan dapat merebut Pek Travel Pizza dengan harga pengenalan RM 1.90 untuk menikmati pengalaman piza baru yang luar biasa dengan mudah dalam suasana simulasi seakan-akan anda akan keluar melancong," kata Emily Chong. 

Sementara itu, Pek Travel Pizza unik ini akan dijual pada 14 – 16 Ogos 2021 (3 hari) pada pukul 3 petang untuk waktu yang terhad (selama 1 jam sahaja).
Hanya boleh didapati di https://travel.pizzahut.com.my dengan (terhad, siapa cepat, dia dapat). 


Sementara itu, Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418 kedai Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat dibawa pulang dari www.pizzahut.com.my , Aplikasi Pizza Hut, GrabFood atau anda juga boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in (terhad di kawasan mengikut pengumuman terkini kerajaan) atau bawa pulang.

Kerak inovatif ini boleh didapati dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte. 

Promosi untuk kerak baru ini juga tersedia dalam promosi khas 50% diskaun sempena pelancarannya. Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promos


No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...