Terbaru/News

Saringan Awal Mencegah Kanser Bersama Kempen ‘NEW NORMAL, SAME CANCER’

Kempen baharu oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia menggesa orang ramai supaya tidak menangguhkan pemeriksaan kanser dan rawatan berjadual.

Kami ini ingin kami kongsikan  kepada anda salah satu kempen terbaru ‘NEW NORMAL, SAME CANCER. Akibat dilanda pandemik, ramai pesakit kanser tidak dapat membuat pengesanan awal dan ini akan menyebabkan peningkatan risiko kanser peringkat lanjut yang lagi sukar untuk dirawat. 


Kanser sememangnya tidak akan berhenti untuk COVID-19. Atas sebab ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) telah bekerjasama untuk melancarkan kempen 'New Normal, Same Cancer' dengan sokongan AstraZeneca Malaysia untuk menangani kesan berterusan akibat pandemik COVID-19 mengenai penjagaan kanser sambil menggalakkan orang ramai untuk bertindak awal lalu menjalankan pemeriksaan penjagaan kesihatan yang sesuai.


Dilancarkan sempena bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat, kempen 'New Normal, Same Cancer’ ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan, bersama Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM, Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, Dr. Anand Sachithanandan, Pengasas Bersama dan Presiden LCNM, dan Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara AstraZeneca Malaysia. 


Kanser merupakan satu kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia merupakan punca kematian kedua utama di dunia dan di Malaysia. 

Menurut penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini, Covid-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA, terdapat penurunan drastik sebanyak 74% dalam diagnosis kanser sejak dunia diserang pandemik. 

Ramai doktor telah berkongsi bahawa mereka mengalami kelewatan dalam susulan untuk pengesanan, pemeriksaan, dan rawatan untuk pesakit kanser dan kumpulan berisiko tinggi.


Dengan penurunan drastik dalam kadar diagnosis dan kadar saringan para pesakit, ketiga-tiga organisasi ini telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan populasi pesakit yang belum lagi didiagnosis atau dirawat. 

Selain daripada pendidikan mengenai penjagaan kanser yang betul melalui media sosial dan laman mikro kempen, 'New Normal, Same Cancer' bertujuan menggalakkan para pesakit untuk kembali menerima rawatan pada waktu norma baharu ini dengan menyediakan baucar saringan dan konsultasi bagi kanser payudara, paru-paru dan prostat di hospital di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini.


"COVID-19 boleh meragut nyawa, begitu juga kanser. Sejak satu setengah tahun yang lalu, penjagaan kanser mungkin tidak diutamakan kerana sistem penjagaan kesihatan kita telah menghadapi jumlah kes COVID-19 yang tinggi. Kanser adalah pembunuh senyap dan tanpa disedari ramai, penyakit ini mungkin sudah pun menjejaskan kesihatan mereka. Sambil kita menyesuaikan diri dengan norma baharu ini, kita tidak boleh lagi mengabaikan masalah yang besar ini. 

Diagnosis kanser yang lewat akan merendahkan peluang hidup dan meningkatkan kos rawatan dan penjagaan. Kita perlu mempertingkatkan kepentingan pengesanan awal, dan masa untuk kita bertindak adalah sekarang,” kata Dato' Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

 


Menurut Dato’ Dr. Saunthari, kempen bersama LCNM yang disokong oleh AstraZeneca ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat: meningkatkan kesedaran kanser di kalangan orang ramai, menyerlahkan kepentingan pengesanan awal, dan menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.


“Kanser paru-paru adalah salah satu kanser yang paling biasa dengan kadar kelangsungan hidup yang paling rendah di Malaysia kerana sebahagian besarnya dikesan terlalu lewat pada peringkat 3 dan 4. Jika dikesan awal, ia adalah penyakit yang boleh disembuhkan dengan hasil yang baik. Wabak dan sekatan COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan dengan kelewatan dan gangguan untuk pemeriksaan berjadual dan saringan kanser. Ini langsung mengakibatkan lebih banyak diagnosis dibuat pada peringkat lanjut,” kata Dr. Anand Sachithanandan.

 



“Kami memahami keengganan orang ramai untuk datang menjalani pemeriksaan kanser semasa pandemik. Atas sebab ini, LCNM berbesar hati untuk memainkan peranan dalam kempen ini demi meningkatkan kesedaran bahawa saringan kanser paru-paru untuk individu yang berisiko boleh dilakukan dengan selamat dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya. Matlamat kami adalah untuk mencapai peralihan peringkat dan mengesan lebih banyak penyakit pada peringkat awal yang boleh dirawat dengan lebih berkesan,” jelas Dr. Anand.


“Di AstraZeneca, kami komited untuk melampaui pil dengan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan hasil rawatan. Aspek ini termasuk pendidikan dan kerjasama awam-swasta untuk memacu diagnosis awal bagi pencegahan kanser. Kempen ‘New Normal, Same Cancer’ ini merupakan inisiatif global sejak 2020 dimana kami telah bekerjasama dengan organisasi profesional dari beberapa negara untuk membawa pesakit kanser kembali ke penjagaan kesihatan,” kata Dr Sanjeev.


Kerjasama dengan NCSM dan LCNM membantu memastikan kemajuan dicapai dalam rawatan kanser untuk memastikan kelangsungan hidup. Selaras dengan peralihan negara ke fasa endemik, kami berhasrat untuk memberi inspirasi untuk melakukan tindakan awal, menggalakkan orang ramai untuk menghubungi doktor mereka jika mereka mempunyai sebarang tanda atau gejala kanser,” kata Dr. Sanjeev.


Ms. Selvarani A/P Krishnan, berkongsi pengalamannya dalam memerangi kanser payudara pada pelancaran media kempen ‘New Normal, Same Cancer’

Kelewatan dalam pemeriksaan dan diagnosis kanser telah mengakibatkan pesakit lambat menerima rawatan yang berkesan. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebarang gangguan dalam kesinambungan penjagaan kanser boleh memudaratkan hasil rawatan, jadi adalah penting untuk para pesakit kembali mendapatkan rawatan kanser.

 

Untuk menggalakkan pesakit dan orang ramai meneruskan rawatan berjadual dan saringan awal, baucar saringan boleh dimuat turun dari laman web kempen. Anda hanya perlu ke laman web  www.newnormalsamecancer.org dan pilih lokasi kawasan terdekat anda.

Untuk kemudahan tambahan, tempahan untuk saringan boleh dilakukan dengan 18 hospital yang mengambil bahagian di pelbagai wilayah di Malaysia.

Senarai hospital yang mengambil bahagian:
Bagan Specialist Centre
Beacon Hospital
Borneo Medical Centre
Darul Makmur Medical Centre
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
KPJ Puteri Specialist Hospital
Mahkota Medical Centre
National Cancer Society Malaysia Cancer & Health Screening Clinic
Nilai Medical Centre
Pantai Hospital Ayer Keroh
Pantai Hospital Kuala Lumpur
Penang Adventist Hospital
Putra Medical Centre Alor Setar
Putra Specialist Hospital Melaka
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
Sri Kota Specialist Medical Centre
Subang Jaya Medical Centre
Sunway Medical Centre

Kanser tidak menunggu, anda pun jangan tertunggu-tunggu. Bertindak sekarang. Hubungi doktor anda dan dapatkan pemeriksaan. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dan baucar saringan, sila lawati laman web www.newnormalsamecancer.org

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...