Terbaru/News

SURIA KLCC Melaksanakan Tanggungjawap Sosial Korporat (CSR) Melalui Kempen Kesihatan Mental Selama Sebulan.

SURIA KLCC Melaksanakan Tanggungjawap Sosial Korporat (CSR) Melalui Kempen Kesihatan Mental Selama Sebulan.

‘We Are With You’ ialah kempen kesedaran kesihatan mental yang pertama di dalam pusat membeli-belahnya dari 8 November hingga 8 Disember 2021.

Pandemik Covid-19 telah memberikan kesan yang besar terhadap orang ramai dengan kebanyakan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran yang boleh mengakibatkan tekanan terhadap tanpa mengira peringkat usia. Perlaksanaan langkah kesihatan awam boleh menurunkan jangkitan Covid-19, namun, ianya juga boleh menjadi penyebab kepada perasaan terasing dan kesunyian yang boleh menambahkan tekanan dan tahap kebimbangan.

Susulan daripada Bulan Kesihatan Mental Sedunia dalam bulan Oktober, pusat membeli-belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC termasuk Pusat Membeli Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman akan berkongsi bagaimana orang ramai boleh mengendalikan kesejahteraan psikologi dengan cara mudah tetapi menyeluruh.


“Sebagaimana pada kebiasaannya, kami sentiasa mempromosi pusat membeli belah kami sebagai tempat yang selamat untuk dikunjungi, memanfaatkan ruang untuk memberi didikan tentang kepentingan kesihatan mental merupakan satu lagi langkah yang ingin kami lakukan sebagai dalam menyediakan tempat yang selamat. Untuk itu, kami telah bekerjasama dengan beberapa organisasi tempatan untuk berkongsi maklumat secara kreatif dalam mengharungi waktu yang sukar ini,” menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Syarikat Suria KLCC, Andrew Brien.

 

 

Untuk mencapai matlamat itu, Suria KLCC berganding bahu bersama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Befrienders KL, RELATE dan Green Ribbon Group serta Kementerian Kesihata Malaysia di samping pelancaran initiatif pengumpulan dana melalui penjualan “Suria Ribbon Pin”

Brien percaya Suria KLCC merupakan pusat membeli belah pertama di Malaysia yang melancarkan kempen kesedaran kesihatan mental seperti ini dengan menyediakan ruang selamat untuk masyarakat secara amnya bertemakan ‘We Are With You’ yang bermaksud ‘Kami Bersama Anda’.

“Kami ingin mereka dan membina sebuah ruang selamat di Suria KLCC sebagai tempat tumpuan masyarakat untuk membincangkan kesihatan mental,” menurut beliau. 

Kempen berlangsung dari 8 November hingga 8 Disember, Safe Space @ Suria KLCC akan menjadi platform dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti menarik berkaitan kesihatan mental. Ianya terletak di Aras 1, Ampang Mall dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Orang awam akan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai kesihatan mental dari NGO terpilih dalam suasana yang menyenangkan. Terdapat juga pameran mengenai usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak NGO tersebut. 

Aktiviti seperti workshop, ceramah dan perbincangan panel oleh professional dalam kesihatan mental akan diadakan untuk memperkasa ilmu mengenai kesihatan mental di kalangan orang awam.


Safe Space mengalukan kehadiran pengunjung dengan galeri maklumat mengenai kesihatan mental seperti latarbelakang, statistik dan perkongsian pengalaman kisah benar. Diharapkan orang awam dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai perkhidmatan kesihatan mental yang terdapat dalam negara ini disamping kesedaran mengenai bila dan di mana bantuan boleh diperolehi.

Pusat membeli belah ini juga turut mengadakan jualan Suria Ribbon Pin berharga RM10 setiap satu bagi mengumpul dana untuk disumbangkan untuk membantu menjayakan aktiviti berkaitan kesihatan mental. Safe Space @ Suria KLCC atau kesihatan mental secara amnya akan menjadi fokus jangka panjang Kumpulan Syarikat Suria KLCC sebagai salah satu inisiatif CSR untuk 1 ke 2 tahun akan datang.

Pengasas dan Presiden Green Ribbon Group, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah melahirkan rasa sukacita terhadap usaha Suria KLCC dalam menekankan kesihatan mental dengan bertitah, 


“Kami amat bersyukur untuk melihat inisiatif yang dijalankan oleh Kumpulan Syarikat Suria KLCC kerana ianya menekankan sesuatu yang sangat diperlukan di waktu pandemik ini dan ketika pemulihan kelak. Green Ribbon Group berhasrat untuk mengetuai pendekatan kemasyarakatan dalam isu kesihatan mental dan inisiatif Suria KLCC adalah contoh terbaik dalam perlaksanaanya. Beta memuji usaha Suria KLCC dalam memperkasakan NGO seperti MMHA, Befrienders dan RELATE – satu lagi contoh bagaimana Green Ribbon Group dan Suria KLCC mempunyai hasrat yang sama. Perbincangan mengenai kesihatan mental perlu berterusan.”

 


President MMHA and penasihat polisi kepada Green Ribbon Group, Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, 

 

“Amatlah penting untuk masyarakat di Malaysia dididik secara berterusan mengenai kesihatan mental kerana rata-rata memandang serong terhadapnya. Keberkesanan Pendidikan adalah penting untuk menemui jalan penyelesaian terhadap isu kesihatan mental dan oleh itu, usaha pihak Suria KLCC dalam mengetengahkan kesihatan mental sangatlah terpuji. Pendidikan bermula dengan langkah pertama dan sebagai sebuah pusat membeli belah, Suria KLCC telah mengorak langkah dengan berani dalam mengelolakan kempen sepanjang sebulan ini.”



Harith Iskandar, Dr. Jezamine Lim dan Dato’ Chevy Beh merupakan antara ‘influencer’ media sosial yang turut menyatakan sokongan kepada ‘We Are With You’ yang turut akan dijayakan di Alamanda Shopping Centre dan Mesra Mall. Di Alamanda Shopping Centre, Galeri Kesedaran Kesihatan Mental juga akan diadakan dalam skala yang lebih kecil dari Suria KLCC.

Mengenai Malaysian Mental Health Association (MMHA)
MMHA merupakan sebuah NGO bukan berasaskan keuntungan yang diurustadbir oleh komiti yangdilantik oleh aktivis dan para professional termasuk penjaga mereka yang mengalami gangguan mental. MMHA berhasrat untuk mempromosikan kesihatan mental yang baik dikalangan masyarakat dan menyediakan khidmat sokongan terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan penjaga mereka melalui penyediaan perkhidmatan, Pendidikan, Latihan, kajian dan advokasi. Maklumat lanjut di mmha.org.my.

Mengenai Relate Mental Health Malaysia (RELATE)
Relate Mental Health Malaysia telah ditubuhkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan mental melalui pencegahan dan Tindakan awal memalui kajian, perhubungan dan cadangan polisi. RELATE berkerjasama dengan agensi dan komuniti untuk meningkatkan pengetahuan dan penjagaan kesihatan mental.

Ia juga menyediakan perkhidmatan nasihat psikologi atas talian untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk saringan kesihatan mental dan cadangan rawatan secara percuma tanpa mendedahkan maklumat peserta. Maklumat lanjut di relate.com.my.

Mengenai Befrienders Kuala Lumpur
Befrienders KL ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memberikan sokongan emosi 24jam sehari, 7 hari seminggu secara percuma untuk mereka yang dalam kesunyian, kesusahan, berputus asa dan terlintas untuk membunuh diri. Perkhidmatan pelbagai kaum dan bukan seksual. Maklumat lanjut di befrienders.org.my.

Mengenai Green Ribbon Group
Green Ribbon Group sangat bersemangat untuk menyumbang terhadap secara empatik dan pendekatan kemasyarakatan bertaraf dunia demi kesihatan mental di Malaysia. Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui advokasi, pengumpulan dana dan kolaborasi. 




Ianya telah diperkenalkan oleh YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah dan Puteri Nor Ariane Yasmin pada Januari 2021 ketika Baginda menjadi Penaung Antarabangsa Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020-2021. 

YAM Tengku Puteri mula mendukung isu kesihatan mental tiga tahun lalu. Maklumat lanjut di greenribbongroup.com.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web :

Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...