Terbaru/News

Vacay Gateway Media Appreciation Ten-Pin Bowling Tournament sempena Sarawak Foodtrail Lan Berambeh Makai Ba' Sarawak

Vacay Gateway Media Appreciation Ten-Pin Bowling Tournament sempena Sarawak Foodtrail Lan Berambeh Makai Ba' Sarawak

Telah berlangsung acara Vacay Gateway, Media Appreciation Ten-Pin Bowling Tournament sempena program Sarawak Food Trail "Lan Berambeh Makai Ba' Sarawak" di Megalanes Sarawak, Superbowl, King Centre, Kuching, Sarawak. 


Seramai 42 orang peserta dari agensi media tempatan, peserta media digital dari Semenanjung Malaysia yang menyertai Program Sarawak Foodtrail Lan Berambeh Makai Ba' Sarawak serta wakil daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah menjayakan pertandingan boling ini.


Sebanyak 5 kategori pertandingan telah dipertandingkan iaitu Kategori Kumpulan, Kategori Keseluruhan Individu Lelaki, Kategori Keseluruhan Individu Wanita, Kategori Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki dan Kategori Jatuhan Pin Tertinggi Wanita. 


Selain itu, hadiah misteri juga menanti peserta bagi merebut gelaran Pakaian Terbaik Lelaki dan Pakaian Terbaik Wanita yang mengikut tema pada acara tersebut iaitu Vacay Gateway. 



Para pemain telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada pihak media dan wakil dari agensi yang berlainan supaya dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.



Berikut merupakan senarai pemenang pada malam tersebut:
1. Kategori Kumpulan
a. 1st Prize: Ismail Roslan Ismail Bin Roslan, Charles Bronson Berita RTM Sarawak, Muhd Muize CATS FM
c. 3rd Prize: Noriah Jaafar, Lester Geres BorneoTalk, Abang Fadli MyTravellicious.com Foods&Travel Blog
2. Keseluruhan Individu Lelaki
a. 1st Prize: Tan Chok Bui 联合日报 Weareunited
c. 3rd Prize: Nazrieman Bujang Sarawak Travel, Malaysia, Borneo
3. Keseluruhan Individu Wanita
a. 1st Prize: Milyana Arshad JKKN Sarawak
b. 2nd Prize: Siti Aida Alek Berita RTM Sarawak
c. 3rd Prize: Nomi Shirly&Nomi
4. Jatuhan Pin Tertinggi Lelaki: Tan Chok Bui 联合日报 Weareunited
5. Jatuhan Pin Tertinggi Wanita: Milyana Arshad JKKN Sarawak
Pakaian Terbaik Lelaki : Encik Aereon Wong
Pakaian Terbaik Wanita : Cik Tania Japar
Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
Terima Kasih juga kepada semua peserta media dan agensi yang terlibat dalam menjayakan acara ini.



MEDIA SEMENANJUNG MALAYSIA

No comments

I want you to know how much I value your support.

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH

Konsert Sulung Selamat Ulang Tahun NADIN AMIZAH Nadin Amizah , penyanyi dan penulis lagu yang semakin popular dengan lagu penuh emosi kepada...