Pelancaran Produk Terbaru NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY Dan Memperkenalkan Duta Terbaru Iman Troye
Pelancaran Produk Terbaru NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY Dan Memperkenalkan Duta Terbaru Iman Troye
Tahniah kepada NIMS ADELICIOUSZ SDN BHD yang telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY. Produk ini adalah berasaskan perisa strawberi dimana coklat yang digunakan adalah coklat strawberi dan bijirin yang digunakan juga berwarna merah jambu dan berbentuk bintang.
NIMS ADELICIOSZ SDN BHD telah hampir 5 tahun dalam pasaran makanan ringan, memiliki kilang sendiri di Meru Klang dan bersedia untuk pasaran Antarabangsa. Memiliki ejen diseluruh negara produk Nims Choco Tub boleh didapati diseluruh negara.
Tahun 2022 Nims sudah mula menebusi pasaran Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Bakal membuka satu lagi cawangan kilang di Indonesia menjelang tahun 2023. Produk terbaru ini juga adalah untuk merialisasikan impian mereka yang sentiasa mahukan produk terbaru selepas Nims crispy Choco Tub, Mini Rainbow Crunch dan white chocolate.
Puan Tengku Norhanim Bt Tengku Othman merupakan pengasas NIMS ADELICIOSZ SDN BHD, EN Faiz Bin Hussamuddin pula merupakan pengasas bersama. Majlis pelancaran produk terbaru ini adalah khusus buat ejen-ejen nims yang memberikan sepenuh komited sepanjang tahun.
NIMS ADELICIOUSZ SDN BHD turut memperkenalkan duta terbaru Iman Troye dengan penampilan yang cukup ceria sesuai dengan produk NIMS CRISPY CHOCO TUB STARBERRY yang terbaru kali ini. Iman Troye sempat menyanyikan dan menghiburkan tetamu yang hadir dengan beberapa buah lagu terbaru dari single beliau.
NIMS ADELICIOUSZ SDN BHD turut mengadakan HOMECOMING Grand Seminar dan cabutan bertuah kepada ejen-ejen nims yang telah sama-sama membantu dan berkongsi rezeki dalam kejayaan bersama.
"Untuk membangunkan satu-satu produk terbaru, bukan perkara yang mudah dan perlu ambil masa berbulan-bulan dengan proposal, r&d, searching material, design, marketing planning dan sebagainya. Alhamdulillah, dengan apa yang kami capai hari ini, kilang kami tak besar seperti orang lain, tapi sinilah berjuta-juta tub telah diproses sehingga hari ini. Dari buat menggunakan dapur induction, kacau coklat pakai tanggan, beratus-ratus periuk sehari sehingga menggunakan teknologi tinggi dan penggunaan machine yang boleh memaksimakan kapasiti hampir 2 tan sehari," Ujar Puan Tengku Norhanim Bt Tengku Othman pengasas NIMS ADELICIOSZ SDN BHD
Alhamdulillah kilang NIMS telah berstatus HALAL dan bakal mendapat pengiktirafan GMP. Insyallah kami akan terus mengeluarkan produk yang berinovasi, berkualiti, sedap dan digemari ramai. NIMS takkan seteguh ini pada hari ni tanpa orang-orang di sekeliling kami. Terutama team kami yang masih setia sehingga hari ini. Merekalah tunjang utama, dan kekuatan NIMS, tanpa team NIMS, tanpa mereka, takkan mampu kami berdiri seteguh ini.
Ucapkan jutaan terima kasih pada semua turut berkongsi rezeki bersama dan NIMS LOVER kerana sentiasa support produk NIMS, produk orang melayu, islam, dan produk lokal. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media di:
Facebook : https://www.facebook.com/NIMSADELICIOUSZ
Instagram : nims.hq
No comments
I want you to know how much I value your support.