"2023 Hadiah Untuk Ayah" Semangat Yasin Untuk Berjaya Bersama USAHAWAN AINAA Beauty
"2023 Hadiah Untuk Ayah" Semangat Yasin Untuk Berjaya Bersama USAHAWAN AINAA Beauty.
Menjadi USAHAWAN AINAA Beauty bukan sesuatu perkara yang mudah hingga berada dalam suatu tahap yang boleh membanggakan. Kini menumpukan perniagaan bagi membantu keluarga dan ayah untuk menjalani hidup dengan lebih selesa. Setelah putus asa pada kali pertama tidak menghalang Yasin untuk bangkit semula dalam bidang yang kurang diceburi oleh lelaki lain bersama AINAA Beauty pengeluar produk penjagaan kecantikan yang popular pada masa ini.
USAHAWAN AINAA Beauty Yasin, 24 tahun berasal dari Klang, Selangor telah bersama AINAA Beauty selama 4 tahun bermula dari 2018 berhenti sebentar bagi menyambung pelajaran dan kembali aktif pada tahun 2019 setelah habis belajar di Kolej Poly-Tech MARA ( KPTM ). Cuma bermodalkan RM 400 beliau terus menumpukan usahawan AINAA Beauty walaupun hanya 2 hingga 3 orang lelaki sahaja yang turut serta dan mengambil masa mempelajari pasaran produk kecantikan.
Turut berniaga luar talian bagi mencari jualan dari kenalan rapat dan keluarga yang membantu jualan pada awal 2 minggu pertama hingga berterusan sehingga kini menjadi Senior Leader AINAA Beauty. Apabila ayah beliau berada di hospital dan memerlukan penjagaan, semangat terus bertambah apabila Pengasas Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad turut memberikan kata-kata semangat meneruskan perjuangan setelah kurang semangat menghasilkan jualan dan kandungan media sosial.
Pemilihan Usahawan AINAA Beauty
Terlibat dalam pelbagai dunia perniagaan sebelum ini bersama keluarga dan ingin menceburi lebih dalam lagi sekali gus bagi menjana hasil lumayan hasil bimbingan daripada syarikat AINAA Beauty. Setelah meneliti sistem yang lebih tulus dan perjalanan kisah benar bagi membantu usahawan lain tanpa mengira kemampuan kewangan masing-masing.
Pengasas Ainaa Beauty Nursyafiqah Abdul Wahab (Syafiqah Aina) dan Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad (Hafiz Mahamad) turut banyak membantu dari segi motivasi untuk usahawan AINAA Beauty berkongsi manfaat dan berfikir masalah berputar menjadi peluang.
Program USAHAWAN AINAA Beauty
Produk penjagaan wajah AINAA Beauty sememangnya cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia. Mula diperkenalkan pada tahun 2018, jenama ini terus konsisten menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.
Bermula dengan modal serendah RM200 stokis agen yang setia bersama AINAA Beauty bukan sahaja menjadi pengguna setia produk penjagaan wajah bahkan mereka mampu menjana pendapatan sendiri. Apatah lagi dengan sokongan daripada pengasas AINAA Beauty, para USAHAWAN AINAA Beauty ini telah didedahkan dengan sistem pengurusan yang betul serta sistematik. Begitu juga dengan kepimpinan organisasi turut dikongsikan.
Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru. Para USAHAWAN AINAA Beauty juga diberikan bimbingan terutama bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya, from zero to hero. Peringatan serta kesedaran secara konsisten bagi mengekalkan momentum USAHAWAN AINAA Beauty lebih sukses bukanlah mimpi tetapi satu realiti. Seperti harapan Encik Hafiz Mahamad, dimana beliau juga bercita-cita mahukan ada antara USAHAWAN AINAA Beauty ini berjaya membuka Klinik Aestetik milik mereka sendiri dengan kepakaran doktor aestetik.
Kejayaan Demi Kebahagiaan. Inilah motto AINAA Beauty yang mahu agen stokis mereka iaitu USAHAWAN AINAA Beauty untuk sama-sama perolehi kejayaan seterusnya menikmati kebahagiaan. Bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan tempiasnya juga dirasai oleh orang-orang yang tersayang.
Moga Usahawan AINAA Beauty terus maju menuju kejayaan. Tahniah kami ucapkan..
No comments
I want you to know how much I value your support.