Signature Market Semarak Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina sebagai Rakan Kongsi Utama Tastefully Food Expo, Konvensyen F&B Terbesar di Malaysia
Signature Market Semarak Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina sebagai Rakan Kongsi Utama Tastefully Food Expo, Konvensyen F&B Terbesar di Malaysia
Acara penuh keseronokan itu akan diadakan pada 13-15 Januari, menampilkan lebih 300 vendor F&B dan dijangka menarik minat lebih 120,000 pengunjung
Mr. Jeffrey Tem Jian Hui, Signature Market General Manager and Ms. Esther Fong, Tastefully Event Director officiating the partnership between Signature Market and Tastefully for Tastefully 2023 Food Expo that will be happening on 13 - 15 January 2023
Untuk maklumat lanjut sila layari Signature Market di Instagram, Facebook, YouTube
(From Left to Right) Mr. Qi Yang, Signature Market Chief Finance Officer; Ms. Irene, Signature Market Chief Strategy Officer; Ms. Chriss Beh, Signature Market Head of Retail; Mr. Jeffrey Tem Jian Hui, Signature Market General Manager; Ms. Esther Fong, Tastefully Event Director; Jin Lee, Tastefully Sales Director; Cayden Yeoh, Tastefully Marketing Manager and Rich Mah, Tastefully Sales Executive
Tahun ini, Signature Market akan mengambil bahagian dalam ekspo makanan dan minuman terkemuka Malaysia, Tastefully Food Expo Malaysia yang akan diadakan di Pusat Pameran Midvalley Kuala Lumpur dari 13-15 Januari 2023.
Mr. Jeffrey Tem Jian Hui, Signature Market General Manager officiating the event on behalf of Signature Market
Sempena meraikan penyertaan julung kalinya sebagai rakan kongsi utama Tastefully, Signature Market akan menawarkan produk, barangan dan hadiah eksklusif edisi terhad. Perkongsian ini adalah sebahagian daripada usaha jenama itu untuk meningkatkan lagi kehadirannya di pasaran dan dalam talian di Malaysia, berhubung dengan pelanggan setianya dan mempromosi kelazatan snek berkhasiat dan produk kesihatan holistik kepada lebih ramai rakyat Malaysia.
Sempena ekspo itu, Signature Market telah melancarkan [Signature Market x Tastefully] Blooming Prosperity Gift Box yang merangkumi produk bernilai RM60, tetapi akan dijual pada harga RM9.88 sahaja. Set eksklusif itu hanya boleh dibeli melalui signaturemarket dengan pengambilan di kaunter penebusan di ekspo tersebut. Signature Market akan menyediakan tiga gerai di Tastefully Expo, gerai utama di dewan utama dan dua gerai lagi di dewan bersebelahan. Para pengunjung akan berpeluang untuk melihat dan membeli produk Signature Market di setiap gerainya.
Selain set eksklusif itu, pengunjung juga akan mendapat beg cenderahati Signature Market apabila mendaftar kehadiran mereka di kaunter penebusan ekspo. Mereka juga berpeluang mengambil bahagian dalam dua cabutan bertuah dan aktiviti pentas lain yang dianjurkan oleh Tastefully dari 12 tengahari hingga 3 petang, manakala aktiviti pentas Signature Market akan bermula dari 1.30 petang hingga 2 petang dan 7.30 malam hingga 8 malam.
Dengan perbelanjaan minimum RM100, pengunjung berpeluang untuk menyertai peraduan Teka dan Menang Signature Market yang dijalankan setiap hari dengan jumlah tawaran hadiah sehingga RM 388,000 yang akan diberikan kepada 20 pemenang setiap hari.
No comments
I want you to know how much I value your support.