Terbaru/News

Pelancaran Rosyam Kambing Perap Dengan Sos Korea Hot & Spicy Pertama di Malaysia

Pelancaran Rosyam Kambing Perap Dengan Sos Korea Hot & Spicy Pertama di Malaysia.


Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Rosyam Nor melancarkan Rosyam Kambing Perap dengan sos Korea Hot & Spicy yang pertama di Malaysia. Keistimewaan kambing perap ini terletak pada sosnya iaitu sos pedas Korea.


Menurut Rosyam yang juga pengasas produk terbaru keluarannya itu, kambing perap dengan sos pedas Korea adalah yang pertama di Malaysia dan beliau yakin ia bakal mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

“Bukan saja Kpop menjadi fenomena di Malaysia, malah apa saja produk keluaran negara itu menjadi kegilaan ramai jadi kami inspirasikan sos pedas Korea yang digemari ini. Pelancaran kambing perap ini juga tepat pada masanya ketika umat Islam bakal menyambut Ramadan hanya berapa hari sahaja lagi.



“Justeru, kambing perap boleh menjadi antara juadah berbuka puasa buat seisi keluarga dan rasanya yang pedas pasti membuka selera, Ujar Rosyam lagi, kambing perap itu menggunakan bahan bermutu tinggi dan premium. Selain sos pedas Korea, pelanggan juga boleh menikmatinya dengan sos BBQ.




Kambing perap itu dijual pada harga RM43.90. Khusus untuk Ramadan ini ia dijual pada harga promosi RM39.90 sahaja, dari 1 Mac hingga 9 April. Orang ramai boleh membelinya dari stokis dan ejen yang terdapat di Selayang, Klang, Puchong, Petaling Jaya, Melaka, Pasir Gudang (Johor) dan Gelang Patah (Johor).




Atau mereka boleh membelinya di semua outlet ST ROSYAM MART dan SRI TERNAK. Sebungkus seberat 600gm dan terdapat tiga keping kambing perap. Rosyam Kambing Perap dikilangkan oleh Delicious western Sdn Bhd dengan sijil HALAL GMP HACCP MESTI. Diedarkan oleh Deliwest Marketing Sdn Bhd.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...