Pepsi dan ZUS Coffee Bergabung Tenaga Bagi Memperkenalkan Dua Minuman Sensasi Terbaharu
Pepsi dan ZUS Coffee Bergabung Tenaga Bagi Memperkenalkan Dua Minuman Sensasi Terbaharu
Alami gabungan perisa baharu dengan Pepsi Sour dan Pepsi Cloud! Dihasilkan khas oleh Pepsi dan ZUS Coffee, rakyat Malaysia kini boleh merasai minuman pilihan sempurna ini di seluruh negara
Bulan September ini, bersedia untuk sebuah pengembaraan kafein unik yang bakal tiba di cawangan ZUS Coffee seluruh negara melalui kolaborasi menarik antara Pepsi dan ZUS Coffee. Penggemar kopi kini boleh menikmati dua varian minuman eksklusif, Pepsi Sour dan Pepsi Cloud, yang pastinya menjanjikan kelainan yang memuaskan kepada pengalaman kopi biasa anda.
Dalam kerjasama yang julung kali dilaksanakan, Pepsi dan ZUS Coffee telah bekerjasama untuk menghasilkan gabungan minuman dengan rasa berlainan namun istimewa; Pepsi Sour - sentuhan kreatif pada gabungan klasik Pepsi dan kopi yang menyegarkan, minuman pilihan yang sempurna pada bila-bila masa sepanjang hari. Kerjasama ini juga bakal menampilkan Pepsi Cloud - ciptaan yang lazat dari nostalgia klasik iaitu 'vanilla float soda' dengan sentuhan moden yang menggabungkan rasa hebat Pepsi, dan “Velvet Crème”, sentuhan istimewa ZUS Coffee yang pastinya akan membuat pelanggan terus menginginkan minuman ini. Minuman ini bukan sekadar menggabungkan dua perisa berbeza, tetapi turut menggabungkan dua dunia menjadi SATU dengan rasa luar biasa yang akan mengubah pengalaman minuman kopi biasa anda.
Kedua-dua minuman eksklusif ini kini di pasaran, telah bermula pada 25 September 2023. Sebelum pelancaran eksklusif di kedai, kedua-dua varian minuman eksklusif ini juga tersedia untuk pembelian pra-pelancaran mulai 22 September 2023 di 290 cawangan di seluruh negara melalui aplikasi Grab. Pengguna Grabfood mendapat akses awal dengan memilih bahagian khas melalui seksyen ‘Untuk Anda’ di aplikasi tersebut.
Bagi menambah keterujaan para penggemar kopi, Pepsi dan ZUS Coffee turut memperkenalkan elemen interaktif yang bakal menarik perhatian pelanggan. Di beberapa cawangan ZUS Coffee, sebuah mesin layan diri dengan rekaan istimewa daripada ZUS Coffee & Pepsi bakal tersedia bagi memberi pelanggan peluang untuk mendapatkan produk edisi terhad daripada kempen kolaborasi yang sedang berjalan. Mesin layan diri ini boleh didapati di beberapa cawangan terpilih ZUS Coffee; Mid Valley, IOI Rio City, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras Leisure Mall, Kota Damansara, Sri Gombak, IOI Conezion dan Seksyen 13, Shah Alam.
Untuk memenangi produk edisi terhad ZUS x Pepsi, pelanggan boleh mendapatkannya menerusi dua langkah mudah. Mereka hanya perlu membeli minuman menggunakan aplikasi ZUS Coffee atau di mesin layan diri di cawangan terpilih!
Sekiranya pelanggan ingin mendapatkannya sebagai hadiah, mereka perlu membuat pilihan untuk mengambil minuman di kedai, dan salah satu minuman adalah daripada varian Pepsi ZUS Coffee, dengan pembelian nilai minimum RM30 dalam satu pesanan di aplikasi ZUS Coffee.
Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin layan diri di cawangan terpilih, anda hanya perlu membeli dua minuman, dan memilih daripada varian tersebut untuk mendapatkan kod unik. Imbas kod untuk mengambil bahagian dalam cabaran dan dapatkan produk Edisi Terhad ZUS x Pepsi sebaik sahaja anda menyelesaikannya!
Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan, berkata, “Pepsi amat teruja untuk bekerjasama bersama ZUS menerusi kolaborasi yang luar biasa bagi membawa pelanggan kami minuman yang unik melalui varian Pepsi Sour dan Pepsi Cloud. Ia pastinya akan menghiburkan citarasa anda. Kolaborasi bersama ZUS Coffee ini merupakan satu inisiatif untuk kami mencipta inovasi perisa yang unik yang jarang dicipta. Melalui kreativiti serta penyelidikan, kami telah menggabungkan dua jenis minuman yang sangat berbeza, dan kami berharap akan membawa keterujaan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.”
Naib Presiden Pembangunan dan Pemasaran ZUS Coffee, Stephy Foong, berkata “Kolaborasi ini merupakan satu penghormatan kepada ZUS Coffee untuk bekerjasama dengan jenama multinasional seperti Pepsi untuk membawa rasa yang menarik dan mencipta gelombang, bukan sahaja buat citarasa kita semua, tetapi juga dalam inovasi minuman kerana inovasi dan komuniti adalah dua perkara yang cukup penting bagi ZUS Coffee, dan kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada rakan kongsi Pepsi melalui kolaborasi ini.”
Kolaborasi Pepsi dan ZUS Coffee akan berlangsung dari 22 September 2023 hingga 22 Oktober 2023, memberikan penggemar kopi peluang untuk berkunjung ke mana-mana cawangan ZUS Coffee bagi menikmati rasa Pepsi Sour dan Pepsi Cloud yang menyegarkan!
Pastikan anda turut serta bagi merasai kolaborasi eksklusif ini yang direka untuk menyemarakkan citarasa anda! Rasai gabungan rasa berani baharu gabungan Pepsi dan kopi. Kunjungi kami di cawangan ZUS Coffee terpilih di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ZUS Coffee di www.zuscoffee.com.
No comments
I want you to know how much I value your support.