Terbaru/News

Subang Parade Alami Banjir Kilat yang Luar Biasa Selepas Hujan Lebat

Subang Parade Alami Banjir Kilat yang Luar Biasa Selepas Hujan Lebat

Pengurusan Komited untuk Memastikan Keselamatan Pengunjung & Penyewa dan Meminimumkan Gangguan


Subang Parade, sebuah hartanah utama milik Hektar REIT, kini giat menguruskan kesan banjir kilat yang di luar jangkaan akibat hujan lebat semalam, 5 November 2023. Pihak pengurusan pusat membeli-belah sedang bekerja keras menjalankan usaha bantuan banjir dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerjanya dalam tempoh yang mencabar ini.


Banjir kilat akibat hujan lebat itu berlaku semalam iaitu kira-kira jam 5 petang. dan menjejaskan bahagian tingkat bawah dan tingkat bawah tanah pusat beli-belah itu. Walaupun tiada sebarang laporan kecederaan, Subang Parade telah mengalami kerosakan di beberapa bahagian, termasuk stor, kawasan umum dan kemudahan parkirnya.

Susulan daripada situasi itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hektar Property Services Sdn. Bhd. (Pengurus Harta Hektar REIT), Puan Aldela Puspa Nordin berkata, “Kami berdedikasi untuk menjaga keselamatan dan kebajikan pengunjung, penyewa dan pekerja yang kami hargai. Pasukan kami giat berusaha mengurangkan sebarang gangguan perniagaan dan mempercepatkan proses membaik pulih pusat beli-belah untuk kemudahan semua.”

"Kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, termasuk Jabatan Bomba & Penyelamat dan Majlis Bandaraya Subang Jaya, untuk siasatan dan langkah mencegah berulangnya peristiwa yang tidak diingini seperti ini di masa akan datang."

Subang Parade merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan dan masyarakat atas sokongan mereka dan kepada Jabatan Bomba & Penyelamat atas tindak balas pantas dan segera.


Subang Parade kini beroperasi seperti biasa selepas pekerja dan krew pembersihan membersihkan kawasan yang dilanda banjir. Tingkat Bawah, yang terjejas teruk, akan beroperasi sepenuhnya esok.

Subang Parade akan terus menyalurkan maklumat terkini mengenai situasi itu melalui platform media sosialnya. Untuk butiran lanjut & kemas kini semasa, sila layari www.subangparade.com.my

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...