Terbaru/News

Iftar Perdana Ehsan Ke-21 & Penyampaian Bantuan Hari Raya - Ehsan Group of Companies 2019 Bertempat Di Masjid India Kajang.

Iftar Perdana Ehsan Ke-21 & Penyampaian Bantuan Hari Raya - Ehsan Group of Companies 2024 Bertempat Di Masjid India Kajang.


Telah berlangsung Majlis Iftar & Penyampaian Bantuan Hari Raya anjuran Ehsan Group of Companies yang telah disempurnakan oleh tetamu khas kehormat YB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) bertempat di Masjid India Kajang.

Bersempena bulan yang mulia ini, Ehsan Group of Companies telah bermurah hati menyampaikan sumbangan kepada Anak-Anak Yatim & Asnaf Zakat. 

Majlis turut disertai seramai lebih 100 orang Anak-Anak Yatim & Asnaf Zakat kawasan Kajang dan sekitarnya serta melibatkan sejumlah 38 rumah anak yatim dan kebajikan.

Bercakap kepada media, Dato’ Haji Abdul Hamid PV, selaku Pengerusi Masjid India Kajang (juga dikenali sebagai Madrasah Assirathul Mustaqeem) yang juga merupakan CEO Ehsan Group of Companies berkata, objektif penganjuran majlis berbuka puasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik disamping mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini.

Turut hadir Para Penerima Sumbangan, Tetamu & Qariah. Majlis turut disertai Tazkirah Ramadhan, serta Doa Pembukaan Majlis oleh pengacara, Ucapan Aluan oleh Y.BHG Dato, Haji Abdul Hamid Bin P.V. Abdu serta Tuan Pengarah Jawi Tuan Haji Mohd Ajib Bin Ismail, ucapan Tetamu Kehormat YB Mohamed Hanipa Bin Maidin ketika di majlis pembukaan menceriakan suasana majlis.

Antara sumbangan ikhlas ada dari sponsor ehsan group:

Ehsan Group of Companies,
Ehsan Plant & Property Sdn Bhd,
Ehsan Auctioneers Sdn Bhd,
Ehsan Trading & Machinery Sdn Bhd,
Ehsan Productions Sdn Bhd,
Ehsan Housing Development Sdn Bhd,
Ehsan Property Management,
Ufuk Perdana Sdn Bhd,
Salam Nadiah Sdn Bhd,
Kuntum Kantan Sdn Bhd,
Perkasa Laungan Sdn Bhd,
Ehsan Bumi Sejahtera,
Ehsan Hartamas Sdn Bhd,
Ehsan Teras Bina Sdn Bhd,
Lookeast Capital Sdn Bhd,
Lintang Hebat Sdn Bhd.

Turut berlansung penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri beserta jamuan Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Solat Isyak Sehingga Tarawih.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...